Proses penghantaran Corelle…..part 1
Salam pembaca SaifulSham,
Sejak tulisan terakhir pada bulan 1, maknanya sudah lebih 7 bulan blog ini terbiar dan tidak dikemaskini. Sepanjang tempoh itu, banyak yang berlaku yang tidak sempat dicoretkan dalam blog ini.
Antaranya, saya kini bertitle Encik secara rasmi. hehe. Ya, saya sudah melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun yang lalu. Saya mohof maaf kerana tidak sempat dan menjemput pembaca SaifulSham secara rasmi di blog ini.
Baiklah, saya kira penulisan artikel saya akan kekok selepas berbulan lamanya tidak menulis. Paling saya buatpun adalah menulis email. Itupun, gaya bahasa tidak akan sama dengan artikel dan majoriti email dihantar menggunakan medium bahasa Inggeris.
Sempena bulan yang mulia ini, saya ingin menceritakan pengalaman menguruskan bisnes dropship pinggan mangkuk, Corelle. Ramai pembaca yang mengikuti blog SaifulSham semestinya tahu bahawa sejak lebih setahun lalu saya cuba menguruskan bisnes ini.
Nampak seperti mudah seperti mengimport barangan dari China, tetapi sebenarnya, banyak halangan dan lebih susah untuk mengimport barangan dari US. Tetapi, mana pun perniagaan mempunyai susah payah tersendiri. Ianya lebih mengenai bagaimana kita menguruskannya.
Kalau diikutkan hati, lebih baik saya duduk diam dan tidak buat apa-apa. Tiada masalah bakal timbul dan tidak perlu menambah sakit kepala dalam hidup. Tetapi, kalau duduk diam, maknanya kita tidak mengambil peluang untuk memajukan diri, menambah sumber pendapatan, dan mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.
Tulisan saya hari ini adalah mengenai penghantaran Corelle. Untuk pengetahuan anda, Corelle adalah set pinggan mangkuk yang berat. Lihatlah gambar di bawah:
Berat purata satu set adalah bermula 6kg (untuk set 16). Ianya akan bertambah berat jika set pinggan mangkuk itu makin bertambah. Jika anda masih tidak pasti apa itu Corelle, layari laman web kami untuk produk ini: http://www.gedungpinggan.com
Proses penghantaran barangan besar selalunya memeningkan, sebabnya satu, bagaimana ianya dibungkus. Jawapannya sudah tentulah dibungkus didalam kotak.
Semestinya saya tidak boleh menghantar begitu sahaja, iaitu bergantung semata-mata pada kotak Corelle. Kalaulah saya terus mengepos menggunakan kotak Corelle sedia ada, risiko pecah adalah tinggi. Kita tahu bahawa pekerja penghantar barang ni, walaupun diletakkan simbol “Mudah Pecah” pada barangan itu, mereka masih mencampakkannya.
Jadi, untuk mengurangkan risiko, Corelle itu perlu diletak di dalam kotak yang lebih besar daripada kotak Corelle. Disini, saya menyarankan anda gunakan khidmat Box.com.my. Inipun saya dapat selepas mencarinya dalam laman web Lelong.com.my.
Dibawah ini contoh kotak yang digunakan saya:
Kotaknya mudah dilipat dan paling baik sebab ada tempat pemegang. Maknanya, orang penghantar barang ni tidaklah membuang campak sebegitu saja. Saya tahu sebenarnya ada lagi syarikat yang membuat kotak dan boleh menghasilkan berbagai lagi tetapi meraka tidak reachable seperti syarikat Box.com.my. Maksud saya adalah syarikat ini mempamerkan perkhidmatan menghasilkan kotak di Lelong.com.my dan di laman web syarikat. Ia memang mudah dan membantu usahawan lain.
Selepas dapat kotak, perkara kedua adalah mencari sesuatu dijadikan sebagai alas atau penyerap hentakan. Anda boleh gunakan surat khabar tetapi surat khabar ini sedikit berat. Ia mungkin boleh mempengaruhi harga kos penghantaran.
Sebolehnya, gunakan alas seperti alas span atau beg angin (beg berisi udara) sebagai alas. Saya tidak pasti mana mahu dapatkan beg angin atau alas span sebab saya pun recycle daripada alas span yang dihantar dari Amerika Syarikat sewaktu menghantar Corelle.
Saya dapat tahu di luar negara, begitu mudah untuk dapatkan benda-benda begini. Semuanya online. Itulah, negara kita belum mencapai tahap penggunaan internet dimana apa sahaja boleh didapati dengan internet. Ada barangan dan servis, kita masih perlu mencari, membelek akhbar, atau bertanyakan orang.
Ok, baiklah, saya rasa saya akan sambung tulisan saya dilain hari. Hehe. Saya tahu, ada orang akan bertanya, apakah perlu menunggu 6 bulan lagi untuk tulisan seterusnya? Oh! saya akan pastikan tidak sebegitu.
Yang benar,
Wan Syazwan
4 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?
p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini









