Nampaknya sejak kebelakangan ini, begitu banyak entiti yang menyusun semula identiti mereka, meperkenal wajah baru yang lebih segar dan menjanjikan seribu satu perubahan yang lebih mantap. Dimulakan oleh Telekom Malaysia, dan pada minggu lepas, kita menyaksikan pula akhbar harian utama berbahasa Melayu, Berita Harian menukar wajahnya.

Dan kami di SaifulSham.com turut melakukan sedikit perubahan kosmetik. :)

Ada Apa Dengan Pisang, begitulah tema wajah baru SaifulSham.com . Puas kami di sini dihujani dengan soalan2 yang mempersoalkan relevannya pisang dengan SaifulSham.com. Sabar dulu, kami akan menerangkan rasional wajah baru kami.

Ke Arah Keusahawanan Mampan

Dengan wujudnya wajah baru ini, maka rasmilah kelahiran SaifulSham.com di dunia digital. Jika sebelum ini SaifulSham.com hanya menampilkan artikel2 mengenai keusahawanan, sambil disokong oleh laman Iklanekanya sendiri, kini SaifulSham.com turut menawarkan kursus-kursus keusahawanan secara elektronik kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu perniagaan. Secara PERCUMA!

Ya! Misi dan Visi SaifulSham.com tetap sama, namun kami telah melipatgandakan usaha tersebut untuk memastikan objektif2 dan matlamat sasaran berjaya dicapai dengan jayanya. Kami juga telah menambah 5 lagi kategori artikel yang mencakupi pelbagai aspek keusahawanan, Online mahu pun Offline. Ini akan menjadikan sesuatu artikel2 selepas ini tersusun dan lebih mudah di cari pelawat berikutan klasifikasi kategori yang lebih spesifik.

Dengan tetapnya wajah baru ini, maka lengkaplah fasa 2 penubuhan SaifulSham.com dan kini kami dapat menumpukan lebih perhatian kepada aspek promosi dan pemasaran laman ini pula. Untuk pengetahuan anda, elemen-elemen baru (cth:kursus2 elektronik) sedang diintegrasikan secara berperingkat-peringkat dan dijangka, fasa 3 (pemasaran dan promosi) dapat bermula minggu depan.

Relevansi Hiasan Laman

    1-Memaparkan semangat muda membara kami.
    2-Lebih “business-like“. Walaupun SaifulSham.com bukanlah bermotifkan keuntungan, namun kami masih memerlukan dana untuk operasinya. Di samping berkongsi ilmu, kami juga mengaplikasikannya dalam proses mengerakkan SaifulSham.com , we walks the talks.
    3. Tahukan anda Smoothies (ais kocak dlm bahasa Melayunya) adalah trend masa kini? Cubalah pergi ke Starbuck, Coffee Bean dan kafe2 setaraf dengannya, Kopi2 kocak pelbagai perisa dijual dari RM6 hingga RM8 segelas! Cukup mahal jika anda membandingkannya dengan harga secawan kopi O mamak, hanya 60 sen! Tersiratnya di sini, kami memaparkan informasi2 terkini, trendy dan yang paling pentingnya, masih hangat di pasaran!
    4. Sedarkah anda, gelas yang digunakan untuk mengisi Smoothies tersebut tidak berlabel? Ya, itulah dunia maklumat digital kita. Masih kecil dan suci. Kami mempunyai aspirasi untuk mewarnai dan megetuai arena ini dan memperkenalkan kepada dunia bahawa Malaysia juga mempunyai tokoh-tokoh usahawannya sendiri.
    5. Dan soalan cepu emas,kenapa pisang?
    Jawapannya mudah, pisang terdapat di merata tempat di Malaysia. Manakala, Smoothies (Ais kocak) semakin popular di seluruh dunia. Sesuai benar dengan matlamat SaifulSham.com untuk menterjemah dan mengasimilasikan ilmu2 keusahawanan antarabangsa sesuai dengan acuan tempatan!

Semoga Maju Jaya!