Bagaimana mengelak fraud/scam diinternet? = Episod 1
Klik dapat duit? Masukkan duit dalam akaun kemudian duit itu berkembang menjadi puluhan ribu, ratusan ribu?
Inilah antara rentetan dari seribu macam jenis sistem perniagaan diinternet yang mendakwa boleh memberikan kekayaan sekelip mata. Semuanya adalah karut belaka kerana perniagaan internet tetap memerlukan usaha dan pembelajaran yang berterusan. Tidak ada sistem boleh mendakwa mereka boleh memberikan kekayaan dengan goyang kaki. Tetapi sesetengah masyarakat Malaysia adalah antara yang paling banyak mereka cipta sistem kekayaan sendiri dan internet adalah medium terbaru bagi mereka. Bukan itu juga, masyarakat Malaysia sendiri juga sering menjadi mangsa.
Kami agak kecewa dengan perkembangan ini. Kami yang juga mempunyai perniagaan sendiri diinternet telah terjejas kerana perbuatan segelintir pihak yang kononnya mampu memberikan kekayaan sekelip mata.
Untuk pengetahuan anda semua, Malaysia kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sebagai negara yang berpotensi besar dalam fraud/ pencabulan diinternet. Sudah banyak syarikat besar diinternet telah menarik diri dari menerima pelanggan dari Malaysia antaranya Clickbank.com dan terbaru sekali Godaddy.com. Bagi sesiapa di Malaysia seperti kami, anda pasti bersetuju akan kenyataan ini. Bagi perniagaan yang seperti kami, kami membawa nama Malaysia bersama, tetapi jika Malaysia sudah diletakkan dalam keadaan begini, sudah tentu sukar bagi kami.
Baiklah, atas kesedaran ini kami akan membantu anda bagaimana kaedah anda boleh mengelak laman web yang menawarkan sistem kekayaan singkat diinternet. Kami dedahkan satu persatu dalam artikel selepas ini!Nantikannya.


August 17th, 2005 at 3:00 pm
Hmm.. Betul tu… Banyak sangat program2 karut di internet. Bayar sekali, dapat puluhan ribu.. Lepas tu, ribut taufan akan reda, sunyi membisu.. Betul, kita yg buat betul2 bisnes ni terjejas sebab mereka2 yg pentingkan diri sendiri.. Apapun, perjuangan kita yg ‘sejati’ ini mesti diteruskan! Jangan cepat mengalah..
August 18th, 2005 at 1:38 pm
Aik, GoDaddy pon tanak amik kita dah ke?..aku masih bole lagi…atau baru2 ni derang tanak amik malaysian?..
August 21st, 2005 at 2:11 pm
Baru-baru ni.. maybe baru sebulan lepas. Kalau sempat, lebih baik transferkan domain anda kepada registrar lain sebab nanti anda akan mengalami masalah untuk renew domain tersebut.