Dunia korporat Malaysia telah dikejutkan dengan pelbagai kejutan sejak akhir-akhir ini. Sebagai contohnya, episod pertikaian dalaman syarikat makanan “fast food” No. 1 di Malaysia, KFC Holdings mendapat perhatian banyak pihak. Tidak kurang juga kejatuhan mendadak sesetengah harga saham di Bursa Malaysia yang dikaitkan dengan faktor manipulasi melampau.

Tidak kurang juga siri-siri kejayaan yang mewarnai dunia korporat tempatan. Saifulsham.com sekali lagi memberi penghargaan kepada sebilangan CEO yang berjaya memimpin organisasi mereka dan sekaligus memberi sumbangan besar dalam penjanaan ekonomi negara. Dan dalam bulan Jun ini, kami agak sukar untuk membuat penilaian, siapakah yang layak menduduki carta “Ceo of the month” di Saifulsham.com, portal bisnes terbaik di Malaysia. Selepas beberapa penilaian dibuat, berikut senarai 2 penerima anugerah ini.

1) Dato’ Nazir Tun Razak (CEO of Commerce International Merchant Bankers, CIMB)

Beliau adalah penerima tempat pertama bagi bulan Jun. Bukanlah kerana beliau anak bekas perdana menteri tetapi kredibiliti yang dipunyainya berjaya memimpin organisasi besar seperti CIMB bejaya dalam industri perbankan.
Pada bulan Jun ini, beliau telah memimpin dalam penyusunan semula kumpulan perbankan ini dalam membentuk entiti perbankan terbesar di Asia Tenggara. Dibulan ini juga, CIMB dijangka melengkapkan pembelian firma broker saham utama Singapura, GK Goh Holdings dan sekaligus menyediakan akses kepada CIMB untuk menerokai pasaran global.
Saifulsham.com mengiktiraf beliau dan beliaulah paling layak untuk menduduki carta kami untuk bulan ini.

2) Donald M. Condon Jr (CEO of Titan Group)
Pengasas kepada syarikat berasaskan petrokimia terbesar di Malaysia ini telah berjaya membuat penampilan sulung Titan di Bursa Malaysia pada bulan ini. IPO(Tawaran Permulaan Awam) Titan ini adalah yang paling besar setakat tahun ini iaitu RM900 juta.
Walaupun diselubungi kebimbangan harga pasaran yang tidak menentu, Titan masih berupaya mencatatkan premium (keuntungan) pada pembukaan penyenaraiannya di Bursa Malaysia.
Kehebatan Titan bukan sahaja diakui diperingkat tempatan tetapi juga Titan hari ini telah mengorak langkah ke dunia global.

Saifulsham.com mengiktiraf beliau ditempat kedua sebagai “CEO of the month”.

Untuk mengetahui petua pengiklanan berkesan, klik disini.
Untuk mempelajari dan mempraktiikan dari petua diatas, klik disini.