Setiap yang hidup pasti jua menemui kematian.

Corey Rudl, seorang mentor terkenal dalam internet marketing dan juga boleh dikatakan sifu kepada kami dalam bidang perniagaan internet telah menemui ajalnya 3 Jun lepas dalam kemalangan kereta semasa perlumbaan di Fontana, California. Walaupun agak lewat kami menyiarkannya tetapi kami tetap menghargai dan menyanjung tinggi atas ilmu yang dibekalkannya kepada kami.

Kami agak terperanjat kerana dalam usianya yang begitu muda, 34 tahun dan ketika ilmunya masih ditagih oleh kami, beliau menemui ajalnya. Beliau telah menjadi idola dalam perniagaan internet kami. Setiap tunjuk ajarnya dan taktiknya membawa pulangan kepada perniagaan kami.

Terima kasih Corey Rudl. Namamu sentiasa dalam ingatan kami.
www.coreyrudl.com

Untuk berita lanjut, lawati http://abcnews.go.com/Technology/wireStory?id=829852