Derma sambil mengaut keuntungan!
Apabila dilakukan dengan betul, derma akan meningkatkan moral dan pendedahan umum syarikat anda.
Sebuah artikel sumbangan C.J. Prince
Kebanyakan usahawan hanya memfokuskan kepada mengurangkan kos dan meningkatkan pengaliran masuk wang ringgit dalam perniagaan mereka. Menderma bagi kebanyakan usahawan bunyinya agak mewah dan hanya syarikat-syarikat gergasi sahaja mampu melakukannya.
Tetapi dalam suasana perniagaan hari ini yang agak kompetitif, derma korporat adalah satu strategi kompetitif yang paling murah daripada kebanyakan strategi lain.
Menurut kajian “ 2004 Cone Corporation Citizenship Study†yang dikendalikan oleh Cone Inc., 8 daripada 10 rakyat Amerika mengatakan sumbangan korporat adalah penyebab mereka setia kepada seseuatu jenama. Ini adalah kenaikan 21 peratus sejak 1997. Kajian juga mendapati 90 peratus respondan akan menimbangkan untuk beralih kepada jenama, barangan, atau perkhidmatan syarikat lain jika prestasi sosial sesebuah syarikat adalah buruk. Dan juga, rakyat Amerika yang berusia antara 18-25 tahun, akan memilih untuk membeli barangan ataupun bekerja dengan syarikat yang mempunyai sumbangan sosial yang baik.
“Kebanyakan perdebatan antara usahawan mengenai kesetian jenama selalunya dikhususkan untuk syarikat besar, tetapi derma korporat juga adalah antara kaedah terbaik meningkatkan kesetian kepada sesuatu jenama. Yang penting, derma korporat bukan sahaja dikalangan syarikat besar, tetapi juga usahawan-usahawan kecil†kata Mary Fehlig, Presiden Fehlig Group, sebuah syarikat konsultan yang membantu syarikat mempraktikkan tanggungjawab sosial dalam organisasi mereka.
Keuntungan Jangka Panjang
Melakukan strategi yang betul dapat meningkatkan asas syarikat anda. 8 tahun lalu, Steve Cohen, pemilik generasi ketiga Jason Music Center di Pasadena, Maryland, terlihat sebuah sekolah awam kekurangan peruntukan bagi membiayai program muzik dan juga pembelian alat instrument yang baru yang diperlukan pelajar-pelajar sekolah tersebut.
Cohen telah mengikat perjanjian untuk meminjamkan piano baru kepada sekolah tersebut dengan percuma selama setahun dan menggantikannya selepas tamat tempoh setahun. Sebagai balasannya, sekolah tersebut mengadakan iklan jualan, dimana piano yang telah digunakan dijual pada harga diskaun. Jenama Jason telah menerima iklan percuma secara tidak langsung hasil daripada semua program muzik sekolah tersebut sama ada dalam akhbar dan juga majalah.
“ Dalam tahun pertama, kami menghasilkan jualan USD 150,000 hasil daripada program tersebut†kata Cohen. Kini, Cohen mengembangkan program tersebut di sekolah-sekolah di 6 buah negeri di Amerika, dan Cohen menganggarkan syarikatnya mampu mengaut jualan tahunan sehingga USD 1 juta hasil daripada program tersebut sahaja. “Yang pentingnya, melalui program ini, kami mampu menjimatkan separuh kos pengiklanan yang ditanggung kami†tambahnya lagi sambil menegaskan kebanyakan pelanggan baru memilih untuk membeli daripadanya kerana sokongan sosial Cohen kepada sekolah-sekolahâ€.
“ Tanggungjawab sosial sesebuah syarikat mampu meningkatkan kepuasan bekerja bagi pekerja syarikat anda sendiri disamping memudahkan anda dalam proses pengambilan pekerja†kata Chris Patterson, Presiden dan CEO Austin Grill, pemilik 7 rangkaian restoran di Washington DC. Austin Grill mempunyai program yang dinamakan “First Mondayâ€, dimana ia membenarkan pengurus setiap restoran disamping bantuan pekerja, untuk memilih pertubuhan kebajikan tempatan dan menderma sebanyak 1/3 hasil jualan restoran pada setiap isnin bulan pertama. Disamping meningkatkan moral pekerja dan mengurangan cukai yang dikenakan terhadap syarikatnya, Patterson menambah “Ia memberikan kredit pada jenama syarikat anda. Kami mendapat pelanggan yang berulang-ulang membeli daripada kami kerana hanya kami telah melaksanakan tanggungjawab sosial dengan baik.â€
“Isi pentingnya adalah keuntungan jangka panjang†kata Fehlig yang mengkaji berbagai-bagai kaedah strategik untuk mendermakan masa, wang, dan produk bagi meluaskan potensi pasaran. Sebagai contohnya, jika anda seorang usahawan yang baru hendak melancarkan produk baru atau servis, dermakannya kepada pertubuhan amal tempatan yang memberikan anda peluang anda mendapat publisiti disamping dapat mengkaji reaksi pasaran terhadap produk atau servis anda. “ Anda perlu memikirkannya sebagai salah satu bentuk pelaburan dalam perniagaan anda†tambah Fehlig lagi.
Pelaburan sedemikian adalah amat berbaloi bagi usahawan-usahawan yang sedang membangun kerana mereka mungkin berhadapan situasi sukar untuk bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang mungkin menawarkan harga yang lebih rendah daripada anda.
Stephan Jordan, ekskutif U.S Chamber of Commerce’s Center for Corporate Citizenship memberitahu, bagi syarikat yang membangun yang mempunyai sumber stok dan wang yang terhad, pelaburan sebegini adalah amat berkesan sekali. “ Komuniti adalah pelanggan anda â€. “ Membina hubungan akrab dengan komuniti memastikan kelangsungan perniagaan andaâ€.


Leave a Reply