Hai, seperti yang dijanjikan pada artikel lepas, saya akan mengupas pula identiti korporat Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas kumpulan Genting; syarikat gergasi Malaysia.

Jika pada isu lepas kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari, pada kali ini, tokoh yang akan dikupas juaga bukan calang-calang orangnya. Baiklah, ingin saya jelaskan bahawa apa yang saya dedahkan bukanlah mengenai kekayaan semata-mata tetapi lebih penting bagaimana kita; seorang manusia biasa seperti tokoh-tokoh ini boleh belajar sesuatu dari mereka. Matlamat www.saifulsham.com bukan hanya memberi info tetapi juga mengajar bagaimana menukarkan info kepada nilai ringgit. Kami di www.saifulsham.com berusaha keras membuat kajian daripada pelbagai sumber baik akhbar, tv, majalah, artikel, seminar dan banyak lagi. Dan segala kajian ini kami rumuskan menjadi isi-isi penting dan diringkaskan kepada anda semua secara PERCUMA.

Baiklah, kita teruskan mengenai Tan Sri Lim Goh Tong, mari kita berkenalan dengan beliau terlebih dahulu;

Lim Goh Tong , seorang yang merantau dari China ke Tanah Melayu pada era 30an. Beliau merantau pada umur belasan tahun ke Tanah Melayu semata-mata mencari peluang pekerjaan.
Kejayaan beliau bermula dari bawah. Secara perlahan-lahan bijak mengambil kesempatan berniaga dalam bidang perlombongan. Selepas berjaya meningkatkan modal, beliau menceburi bidang pembinaan.
Hasil usahanya; beliau berjaya mendapat lesen untuk membuka kasino di pusat peranginan Genting. Hingga hari ini, beliau adalah satu-satunya pemegang lesen kasino di Malaysia. namun, beliau bukan memandang kasino sebagai sumber rezekinya semata-mata; maka beliau telah mengembangkan perniagaan kumpulan Genting kepada pelbagai jenis perniagaan.
Sehingga hari ini, beliau disenaraikan, antara rakyat Malaysia yang terkaya dengan jumlah aset melebihi RM12 bilion(setakat Januari 2005) dan kumpulan Genting berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Sumber: My Story, Lim Goh Tong(2004)

Sipnopsis:
Mari kita lihat apa yang dapat disimpulkan dari ringkasan artikel mengenai beliau diatas:

1) Berdedikasi
Pada usia muda lagi beliau mampu berdikari sendiri tanpa memerlukan bantuan/subsidi. Lihatlah, bagaimana beliau merantau dari China ke Malaysia. Pada usia belajar tahun hanya mahu mencari sesuap nasi. Bukan mudah untuk orang seperti kita jika hidup pada zamannya dan merantau ke negara lain.
Hari ini jika dilihat dari berbagai konteks banyak dari kita mengharapkan segala bantuan untuk memulakan sesuatu; Bantuan bukan tidak baik tetapi ia tidak mengajar kita untuk berdikari. Dalam banyak situasi, contohnya pemberian kontrak kerajaan, jika tidak ada kontrak seperti ini; usahawan bumiputera akan lingkup. Kita semahunya mendapatkan bantuan dari A-Z tanpa mahu banyak berusaha sendiri.

Saya ingin ingatkan dalam dunia globalisasi, 10-20 tahun akan datang, kerajaan semakin sukar untuk membantu orang-orang sedemikian. Mengapa?
Kita akan berdepan persaingan dari syarikat multinasional yang akan secara tidak langsung memaksa kerajaan untuk memberi perlindungan kepada mereka. Nasib usahawan kecil kita mungkin setakat terbela untuk cukup-cukup makan. Ingatlah ini sentiasa, jangan terleka. Saya berikan satu contoh kecil sahaja dari berbagai-bagai isu yang akan timbul dalam globalisasi ini;

Ali pada awalnya adalah usahawan runcit. Beliau mampu memiliki sebuah supermarket sederhana, 10 orang pekerja dan perniagaan berjalan lancar. Malahan, hasil dari keuntungan supermaketnya, beliau mampu memiliki banglo, kereta idaman dan bahagia. Tetapi kunci kejayaan utamanya adalah bantuan kerajaan sematamata. Semuanya dengan bantuan pinjaman dari agensi kerajaan. Selepas sedikit berjaya, keuntungan itu hanya dinikmati hanya untuk dirinya. Tambah kereta, tambah rumah atau mungkin tambah isteri?
Tetapi ada sesuatu yang tidak dijangkannya. Menjelang 5 tahun kemudiannya, sebuah hypermarket Tesco; sebuah syarikat dari UK membina hypermarket berhampiran supermarketnya. Bayangkan Tesco lawan supermarket Ali? Apa jadinya? Tidak mungkin langsung Ali memenanginya.
Pada ketika itu, Tesco akan lebih diberikan perhatian oleh kerajaan. Segala duti, isentif diberikan kepadanya. Mengapa?

    1) Tesco mewujudkan 1000 peluang pekerjaan, 100 kali dari supermarket Ali.
    2) Tesco meningkatkan nilai hartanah sekitarnya; tidak mungkin Ali mampu.
    3) Tesco menawarkan harga yang jauh lebih murah, maka larilah pelanggan setia supermarket Ali.

Apa jadi pada Ali ketika itu? Anda sendiri mampu bayangkannya. Sebab itu perlunya Ali berdikari; Jadilah seperti Tan Sri Lim Goh Tong!!

2) Jangan hanya statik!!
Kita tidak boleh statik(berada pada tahap serupa walaupun kita selesa dengannya). begitulah terjadi pada kisah Ali diatas. Tan Sri Lim Goh Tong mebuktikan bahawa beliau bukan hanya bergantung pada perniagaan kasino tetapi bijak mengambil peluang dalam indusri lain.
Umum kita hanya tahu judi, judi, dan judi; Apabila bercakap mengenai Genting atau Lim Goh Tong, kita sudah mula memandang sinis, rata-rata kita akan berkata;
“Alah, bolehla dia kaya, semua pasal judi punya pasal”
Ungkapan diatas atau seumpamanya sudah membuktikan kita ternyata salah. Walaupun diakui banyak keuntungan datang dari perniagaan kasino tetapi banyak juga datang dari perniagaan-perniagaan lain. Maknanya beliau tidak statik. Jika diteliti sebaik mungkin, Kumpulan Genting hari ini meliputi perniagaan perhotelan(Awana, First World), pelancongan ( Star Cruises), infrastruktur dan berbagai lagi. Tan Sri Lim Goh Tong pernah berkata:
” Jika lesen kasino ditarik balik, Genting tidak akan berkubur, Genting masih punya identiti lain”

Apa yang dapat dijadikan ikhtibar? Kita harus sentiasa berubah. Jangan jadi seperti kisah Ali;’ apabila sedikit berjaya sudah mahu bermewah dengan berbagai perkara tanpa memikirkan cabaran pada masa depan. Jadi, jangan bersikap statik! Ingatlah, jangan tunggu bila sudah rebah baru kita tersedar.

Iklankan produk atau servis anda secara PERCUMA di SaifulSham.com Classified