Akhirnya Ringgit Malaysia telah diapungkan!Mungkin rahmat bagi pengguna Malaysia tetapi ia suatu kerugian buat kami yang menjalankan perniagaan diinternet dan juga pengeksport. Bagi sesiapa yang menjalankan perniagaan internet, sebelum ini menikmati kadar yang selesa, RM 3.80 = 1 USD, kini berdepan dengan risiko kerugian. Walaupun tidak mungkin besar tetapi jika Ringgit Malaysia bergerak pada kadar RM 3.00-3.50, ia memberi kesan negatif pada margin keuntungan.

Kami sudah menjangka akan sesuatu yang pelik akan berlaku memandangkan Bursa Malaysia pada akhir-akhir ini mencatatkan peningkatan. Bagaimana dengan harga minyak yang masih tinggi, dan ketika saat Bursa Saham global yang tertekan, Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan yang tertinggi. Ini suatu kepelikan yang dijelaskan samar oleh penganalisis pasaran. Yang jelas, kedatangan pelabur asing yang melabur secara banyak dalam pasaran saham sejak akhir-akhir ini menimbulkan keraguan kami. Mereka mengambil keuntungan atas angin atas kepaungan Ringgit Malaysia. Baiklah, kami akan jelaskan bagaimana mereka mengambil keuntungan atas angin.

Pelabur asing yang datang akan melabur berjuta-juta ringgit. Bukannya 2,3 ribu. Sebagai contohnya, pelabur ini datang dengan membawa pelaburan USD 1 juta. Dalam keadaan sebelum ini, USD 1 juta adalah bersamaan hampir RM 3.8 juta. Baiklah, jika melihat pada arus peningkatan harga saham akhir-akhir ini, mereka sudah pun membuat keuntungan. Katakan mereka melabur RM 3.8 juta dan pelaburan itu meningkat pada kadar RM5 juta atas kenaikan harga saham. Disini mereka telah untung RM 1.2 juta. Mereka akan terus berada dalam pasaran saham sehinggalah pengunguman dibuat Bank Negara Malaysia bahawa Ringgit telah diapungkan. Dalam situasi begini, jika ia diapungkan pada kadar RM 3 (katakanlah), mereka terus membawa pulang wang mereka dan pada ketika mereka menukar kembali wang mereka kepada USD dolar, mereka dengan senang mendapat USD 3,4 juta. Lihatlah, dari USD 1 ke USD 4 juta!! Jumlah sebegitu dengan mudah mereka kaut dalam sehari dua sahaja!! Ini adalah pengiraan asas kami, tetapi selalunya pelabur asing melabur berpuluh-puluh juta dolar! Dan untung mereka juga sudah pasti berpuluh juta dolar atas pengapungan Ringgit Malaysia. Akhirnya, Bursa Malaysia akan kembali terkial-kial mencari petunjuk baru pasaran apabila pelabur asing ini pulang dengan pelaburan lumayan mereka!

Tetapi bagaimana mereka boleh mengagak bahawa kerajaan Malaysia akan mengapungkan nilai ringgit? Jawapan ini sukar dijawab kerana pelabur asing seolah-olah mempunyai amaran awal bahawa kerajaan Malaysia sudah bersedia mengapungkan nilai ringgit. Mereka seolah-olah mempunyai pakar spekulasi untuk mengagak pasaran Malaysia.

Buat kami dan peniaga internet lain di Malaysia, kami mungkin mencari jalan untuk meminimumkan kerugian. Kami sedang menjalankan kajian untuk menukarkan nilai USD dalam tangan kepada Pound Sterling atau Euro dan membawa pulang wang itu ke Malaysia. Sekurang-kurangnya, tidaklah kami menanggung kerugian yang besar jika Ringgit Malaysia meningkat. Tetapi disebalik itu, ia tetap mempunyai rahmat, mungkin pembelian domain atau hosting akan menjadi lebih murah bagi kami.