1 January 2006, MAS sekali lagi mengumumkan kenaikan harga tiket penerbangan bagi laluan antarabangsanya. Proses penstruktruran semula syarikat penerbangan bertaraf gergasi ini nampaknya berjalan dengan lancar sejak pelantikan CEO baru mereka, Idris Jala.

Sebagai syarikat penerbangan bertaraf premium, kami juga memikirkan perkara yang sama perlu dilakukan MAS. Mereka adalah sebuah organisasi yang besar, mempunyai laluan hampir ke seluruh dunia dan diiktiraf sebagai antara syarikat penerbangan terbaik didunia tetapi pada masa sama terpaksa menanggung beban kerugian yang besar. Terdapat sesetengah orang berpendapat kenaikan harga pada tahun baru itu adalah melampau, tetapi bagi kami ia adalah cara yang perlu dilakukan jika mahu menyaksikan MAS kembali bersaing dengan syarikat-syarikat besar yang lain. MAS tidak boleh selama-lamanya menyerap semua kos yang diluar jangkaan mereka. Banyak syarikat gergasi lain turut menaikkan harga tiket penerbangan mereka.

Lihat sahajalah perbandingan kualiti antara MAS dan Emirates yang setaraf sedangkan tiket penerbangan dari KL-London yang dikenakan MAS hanyalah RM 2340 sedangkan Emirates mengenakan caj RM 2879. Perbezaan sebanyak RM539. Ketara nilainya bukan?

Oleh sebab itu, MAS perlu kembali menyusun semula strukturnya bukan sahaja dari segi harga tetapi malahan juga pengurusan yang efektif bagi memenuhi hasrat pelan mereka, mencatat keuntungan melebihi RM1 bilion dalam tempoh 5 tahun.

Bagi sesiapa yang sudah biasa menggunakan MAS sebagai pilihan penerbangan mereka sudah tentu setuju mengapa MAS perlu melakukan perkara sedimikian. Kami juga melihat MAS sebagai permata penerbangan Asia Tenggara tetapi sedang diselubungi kesengsaraan. Sepanjang kami menaiki MAS, kami sedar akan kualiti yang diberikan MAS. Perkara ini mereka tidak abaikan sama sekali, baik dari awal penempahan sehinggalah berada didalam pesawat dan sampai ke destinasi yang dituju. Mereka benar-benar memberi perkhidmatan yang cemerlang. Layanan memang first class!

Tetapi bak kata pepatah ” what you get is what you pay”. Jadi, MAS juga tidak dapat lari daripada pepatah tersebut. MAS perlu berubah jika tidak mahu namanya hanya menjadi lipatan sejarah.

Bersambung ke episod kedua: Apakah kemunculan AirAsia menambahkan lagi kesengsaraan MAS?

Iklankan produk dan servis anda disini.