Baiklah, artikel sebelum ini kita membincangkan mengenai mengapa “Malaysia untuk dijual” dan pada kali ini saya akan mengupas mengapa kita “merempat” di negara sendiri.
Jika anda membaca artikel sebelumnya, marilah kita menyahut cabaran untuk “dijual”. Kita wajib untuk mencuba menjadi usahawan. Kita tidak boleh hanya menjadi pengguna tetapi seharusnya pencipta dan pengeluar. Lihatlah pada kehidupan kita hari ini, Malaysia pada tahun 2005. Saya akan jelaskan mengapa kita cukup ketinggalan dalam aspek perniagaan malah berterusan menjadi pengguna.Mengapa begitu?
Kerana apabila kita terus menjadi pengguna, wang ringgit yang kita perolehi dari titik peluh kita hanya untuk mengkayakan orang lain. Jelaskah kita akan situasi ini?
Baiklah, beginilah secara ringkasnya:

PAGI
1)Mandi
Anda bangun membuka mata tentunya harus mandi. Mandi anda dengan penuh ekslusif. Sabun, syampu, pencuci muka, pencukur janggut yang semuanya ada nama. Apa tidaknya; L’oreal, Dove, Gillete, dan sebagainya. Semuanya jenama luar negara.Mmm, anda mandi 2,3 atau lebih sehari. Dalam setahun ada 365 hari, kiralah berapa kali anda menjadi pengguna kepada orang asing. Walhal anda hidup di negara yang dikatakan tanah tumpah air kita.

2)Kerja
Keluar bekerja dengan suit kerja yang didatangkan khas dari Itali.Waaah, cukup ekslusif!! Menaiki BMW, Honda, Toyota atau sebagainya ke tempat kerja. Singgah sebentar di Shell, Mobil untuk mengisi minyak.Lagi sekali menjadi pengguna kepada orang asing.

TENGAHARI
Kurang berselera makan nasi. Rehat sebentar ke restoran makanan segera,hmmm Mc Donald ada, KFC ada, Kenny Roggers ada dan berbagai-bagai lagi. Kajian yang dilakukan menunjukkan rakyat Malaysia antara negara Asia Pasifik paling kerap mengunjungi restoran makanan segera dalam sebulan. Paling tidak pun sekali sebulan. Baiklah, Malaysia ada 24 juta rakyat, ambillah separuh sahaja. 12juta orang ke restoran makan segera dalam sebulan!!Kebanykan restoran makanan segera adalah milik negara asing. Misalnya, Mc Donald (Amerika), KFC (Amerika), Starbuck (Amerika) dan banyak lagi. Kalau purata setiap kali pergi kita habiskan RM10 seorang, bermakna kita habiskan RM120 juta sebulan kepada orang asing. Ini baru hal makanan segera, belum lagi banyak perkara lain.Sedih bukan?

PETANG
Keluar membeli-belah selepas waktu kerja.Amboi, cantik sungguh kasut baru anda (Crocodile ,Adidas, Nike dan sebagainya!). Berehat menghirup kopi ‘Starbuck‘.

MALAM
Menonton televisyen bersama keluarga. Rancangan semuanya dari luar negara,Friends, Fear Factor,WWE, EPL dan banyak lagi.Tidur nyenyak di bawah penghawa dingin Hitachi.

Demikian adalah ringkasan seharian yang dapat saya kaji. Semuanya lagi sekali melibatkan wang ringgit!!Benar kata AZIZI ALI dalam bukunya “Jutawan dari Planet Jupiter“, seolah-olah wang ringgit yang kita perolehi hanya untuk memuaskan kehidupan orang lain. Ia ibarat satu persinggahan sementara sebelum diberikan pada orang lain.
Sepatutnya kita bukan hanya menguar wang kepada orang lain tetapi menerima wang yang paling penting. Salah kalau kita menganggap wang bukan segala-galanya. Kerana anggapan begitu, orang kita selama-lamanya berada ditakuk lama.
Seolah-olah kita berdosa kalau menganggap wang adalah segala-galanya. Selagi pemikiran sedemikian ada, selagi itu kita “merempat” di negara sendiri.

Mencari Kerja? Peluang Perniagaan? Hartanah? Segalanya di SaifulSham.com Classified!