SaifulSham.com adalah hasil gagasan idea dua anak muda yang bercita-cita besar. Mereka percaya SaifulSham.com mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat berdasarkan kepada beberapa prinsip dan modul yang mereka cipta. Buat masa ini, SaifulSham mempunyai dua agenda utama.

1) Memberi maklumat dan informasi berkaitan keusahawanan.
SaifulSham.com akan menerbitkan dan memaparkan artikel-artikel berkaitan keusahawanan, idea-idea baru untuk dipraktikkan serta nasihat-nasihat dan panduan yang relevan dari semasa ke semasa.

2)Menjadi wadah pengiklanan utama melalui SaifulSham.com Classified
SaifulSham.com Classified adalah hub pengiklanan online, percuma. Satu khidmat yang ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Ia adalah translasi versi Malaysia, Craiglist.org, yang popular di bandar-bandar besar di Amerika Syarikat dan Eropah.

Di samping tujuan, setiap gerakan dan tindakan memerlukan satu visi, prinsip yang membuatkan pendokong-pendokongnya setia dengan matlamat asal mereka, kami di SaifulSham.com tidak terkecuali. Visi kami adalah:

1)Untuk merapatkan jurang digital (digital divide) di antara golongan masayarakat. Secara amnya, diantara generasi Celik IT dan generasi yang tidak. Untuk mencapai visi ini, kami akan memastikan:

i)Teknologi yang digunakan mudah digunakan semua lapisan masyarakat, “User Friendly”.
ii)Pembaharuan dan inovasi akan kerap diusahakan untuk memastikan segala teknologi dan kemudahan dapat segera diaplikasikan untuk kesenangan semua pihak. “Cutting Edge”

2) Untuk menjadi inkubator idea dan pusat inovasi ilmu-ilmu keusahawanan dalam usaha untuk menambah bilangan usahawan berjaya, khususnya di Malaysia.

i) Artikel-artikel yang bersifat membina akan disiarkan secara periodik, dan idea-idea baru dalam bidang keusahawanan akan diketengahkan. Komen-komen dan idea-idea membina dari orang ramai juga akan disiarkan.
i)Mewujudkan satu team R&D yang akan mencerna dan menganalisa trend, perkembangan dan berita-berita semasa dalam bidang keusahawanan.

Mengikut kata-kata pujangga, “Jika anda tidak merancang, maka anda merancang untuk gagal.” Di sini a menjelaskan bahawa betapa murni sekalipun cita-cita sesuatu organisasi itu, andai tidak disokong oleh perancangan yang mantap, ia akan gagal. Maka kami telah merangka beberapa pelan tindakan bersama Edu4vision.INV untuk memastikan SaifulSham.com diterima baik oleh seisi masyarakat. Namun, disebabkan kami dinaungi atas label, “Non-Profit Organization”, maka kami dilarang daripada berkongsi pelan-pelan yang telah dirangka.

Kerajaan baru-baru ini telah melancarkan kempen, “Towering Malaysians”,yang bertujuan untuk menghasilkan rakyat Malaysia yang berjiwa Malaysia, tetapi beprestasi antrabangsa. Begitu juga aspirasi warga SaifulSham.com. Kami mencerna dan mencorak idea-idea antarabangsa untuk diaplikasikan di pasaran domestik. Target kami adalah untuk berdiri teguh dengan disokong rakyat Malaysia, dan menjadi wakil dan ikon yang dohormati di pentas dunia.