Pesaing = Kebaikan ? :Episod akhir
Bertemu lagi dalam episod akhir petua bagaimana menukarkan pesaing kepada seseorang yang membawa kebaikan.Inilah petuanya,
Gunakan masa memenangi hati pelanggan
Ya, anda tidak perlu menghabiskan banyak masa anda untuk memikirkan kaedah melawan pesaing anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah anda hanya perlu gunakan masa anda untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan anda. Memikirkan kaedah berkesan melawan pesaing anda hanya akan membuatkan anda berasa bimbang dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya kepada memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan anda. Mungkin wang ringgit dan tenaga lebih banyak dihabiskan untuk melawan pesaing anda. Ini hanya mendatangkan risiko kepada anda sendiri.
Selama pengalaman kami dalam perniagaan internet, anda tidak perlu takut pada pesaing. Jangan terlalu memikirkan apa tindakan yang dilakukan pesaing anda. Mungkin anda tidak mampu melawan mereka dari beberapa perkara kerana mungkin anda kekurangan dari beberapa sudut.
Tetapi dengan memberikan segala perkhidmatan terbaik kepada pelanggan anda sudah cukup untuk membuatkan pesaing anda kalah kepada anda. Berikan apa yang pelanngan mahukan dan sentiasa menunjukkan komitmen 100 peratus bahawa anda sentiasa bersedia memberikan khidmat anda sepenuhnya. Inilah senjata utama anda.
Petua yang disiarkan ini bukanlah suatu rahsia besar tetapi kita seringkali terlupa akan terdapatnya banyak kaedah untuk melawan pesaing. Walaupun kami menjalankan perniagaan internet, tetapi ianya sesuai dipraktikkan dalam apa jua jenis perniagaan. Ada antara kita yang menjalankan perniagaan begitu mudah menyerah kalah kepada pesaing.
Kalaupun anda mengalami kerugian atas faktor pesaing, bukanlah ini menandakan riwayat anda dalam dunia bisnes sudah tamat. Lebih baik untuk menganggapnya sebagai permulaan sebuah kejayaan!


July 31st, 2005 at 9:49 am
Betul apa yg dikatakan dalam posting ini.. Kita perlu ‘melawan’ pesaing dengan sihat.. Dan adanya pesaing merupakan satu kebaikan juga utk kita kerana ia akan sentiasa membuat kita utk memperbaiki kelemahan yg ada & meningkatkan lagi kejayaan yg dimiliki… Saya juga baru mulakan online business tapi baru memulakannya dengan laman blog. Lawatilah saya di smartbiz.tblog.com