Hai, bertemu kembali! Baiklah bersambung pada isu sebelum ini mengenai pesaing (competitor). Sebelum Saifulsham.com mendedahkan langkah kedua menterbalikkan pesaing kepada seseorang yang memberi manfaat, mari kita lihat sedikit kajian yang kami perolehi mengenai jangka hayat sesebuah perniagaan pada masa depan dalam menghadapi pesaing-pesaing mereka di Amerika.

5 syarikat utama yang akan terus wujud untuk 1 abad dari sekarang:
1) Microsoft Corporation.
2) Mc Donald.
3) General Electric.
4) Wall Mart.
5) Ford.

Sumber: The Fortune

Anda mungkin boleh meragui ketepatan kajian ini tetapi kajian ini dijalankan atas fakta-fakta yang kukuh. Salah satu fakta yang disebut oleh The Fortune adalah langkah yang diambil mereka dalam menghadapi persaingan sengit dalam pasaran global.Bukankah hebat jika perniagaan anda terus kekal hingga abad akan datang!Baiklah, itu di Amerika. Bagaimana pula anda di Malaysia?

Berikut adalah langkah kedua menukarkan pesaing kepada seseorang yang boleh memberikan manfaat dibawakan ekslusif oleh Saifulsham.com.

2) Kelemahan adalah kelebihan!

Ya, anda perlu bijak menangani keadaan perniagaan. Inilah yang dikatakan manipulasi situasi. Pesaing anda mungkin akan mendedahkan kelemahan anda dan mendakwa mereka lebih baik dari anda. Dalam keadaan seperti ini, jangan mudah menyerah kalah, biar pun ia memang kelemahan anda tetapi anda perlu menyakinkan pelanggan bahawa anda tetap istimewa di hati mereka.Tetapi bagaimana?

Saifulsham.com mendedahkan secara ekslusif temubual dengan Pengerusi AirAsia Berhad ( syarikat penerbangan tambang murah terulung di Asia!), Dato’ Pahamin.
Untuk pengetahuan anda, AirAsia mempunyai banyak kelemahan berbanding pesaing-pesaing terdekatnya, tetapi ia masih kekal mendahului sebagai jenama no 1 di Asia.
Antara faktornya adalah kebijkasanaan pihak pengurusan memanipulasi situasi.

Sebagai contoh, Dato’ Pahamin menyatakan pernah pesaing terdekat dari Singapura, TigerAirway mengeluarkan iklan berbunyi “Lupakan yang lama sedangkan kami mempunyai pesawat baru tercanggih dalam kelasnya”. Iklan ini bermaksud untuk memperkecilkan AirAsia kerana AirAsia menggunakan pesawat-pesawat lama sedangkan TigerAirway menggunakan pesawat Airbus yang baru dan canggih.

Tetapi Dato’ Pahamin menjelaskan lagi, AirAsia membalas dengan iklan berbunyi ” Biarpun lama tetapi pesawat kami masih tetap kukuh, pesawat kami diselenggara oleh syarikat penyelenggaraan terbaik di rantau ini dan ini menjadikan kami sentiasa berwajah baru”.

Bagaimana, hebat bukan! Sebenarnya inilah salah satu cara AirAsia menutup kelemahan mereka dan menjadikan mereka seolah-olah yang terbaik.
Oleh itu, anda perlu memastikan bahawa pesaing anda bukanlah masalah besar bagi anda dengan syarat anda tahu bagaimana untuk menanganinya.

Saifulsham.com hanya memberikan idea terhadap langkah ini dan terpulanglah bagaimana anda mempraktikannya. Dan contoh AirAisa ini adalah yang paling terbaik bagi kami untuk dikongsi bersama anda. Mungkinkah perniagaan anda mampu bertahan sehingga pada abad depan!

Ikuti langkah ketiga dalam artikel akan datang.

Sukar mencari peluang pekerjaan di Kuala Lumpur? Jawapannya ada disini.