Pesaing=Kebaikan? : Episod 1
Hai, bertemu kembali dalam “gedung online” bisnes terbaik di Malaysia, Saifulsham.com. Pada kali ini, saya akan membawakan anda kepada topik yang sering kali menghantui berbagai jenis perniagaan sama ada kecil ataupun berskala besar.
Ia adalah mengenai pesaing (competitior). Lumrah apa jua perniagaan sekalipun, pesaing selalunya dianggap musuh anda yang sekaligus mengancam masa perniagaan anda. Mengikut hukum alam, yang kuat akan menang dan yang lemah sebaliknya.
Baiklah, pada hari ini, Saifulsham.com secara eksklusif akan mendedahkan bagaimana menukarkan pesaing ini kepada seseorang yang boleh membantu perniagaan anda. Pendedahan eksklusif ini adalah hasil kajian kami dari berbagai sumber.
Langkah pertama: Anggap pesaing adalah rahmat!
Bunyinya agak ganjil tetapi sebetulnya memang begitu. Anda harus menganggap pesaing anda sebagai rahmat kerana tanpa pesaing anda akan sentiasa duduk selesa dan dari kajian kami 90 peratus dari anda akan merasakan anda adalah terbaik dihati pelanggan. Bilangan pelanggan yang tinggi tidak mencerminkan anda hebat kerana mungkin anda tidak mempunyai pesaing, jadi pelanggan mahu tidak mahu terpaksa membeli produk atau perkhidmatan anda.
Saifulsham.com menyenaraikan beberapa kes bukti dan antara yang paling jelas dan senang diketahui umum adalah “Pertembungan 3 penjuru; Celcom, Digi, Maxis”!!
Tahun 2000, pada ketika itu Celcom dan Maxis adalah raja industri telekomunikasi di Malaysia. Mengikut kajian kami, harga perkhidmatan pada ketika itu tidak berpadanan dengan mutu perkhidmatan. Bayangkan dengan contoh pek permulaan prepaid menjangkau ratusan ringgit, di tambah caj panggilan dan sms yang pada ketika itu hanya mampu dimiliki golongan yang berkemampuan sahaja.Lebih menyedihkan, liputan kawasan dan mutu agak tidak memuaskan.
Tetapi, apabila syarikat kecil Digi yang dipandang sebelah mata, membuat perang harga, dan bilangan pelanggan Digi meningkat mendadak, barulah Celcom dan Maxis sedar mereka bukanlah raja sebenar. Perlahan-lahan, ketiga-tiga syarikat ini berlawan sesama mereka merebut hati pelanggan dengan pakej pada hari ini jika dibandingkan pada tahun 2000 yang agak melampau.
KESIMPULAN:
Harus diingat, pesaing akan sentiasa ada. Jadi pesaing tidak harus dianggap pengancam, tetapi sebagai rahmat agar kita sedar bahawa masih banyak kekurangan yang boleh diperbaiki. Rahsia langkah pertama ini telah banyak diakui oleh banyak ahli perniagaan berjaya.Dan jika diperhalusi kes contoh diatas, ia sebenarnya menguntungkan pengguna kerana harga menjadi semakin rendah. Ya, memang benar, tetapi kita juga harus berbalik pada asas perniagaan, pelanggan adalah nadi perniagaan anda. Jika lari pelanggan, maka perniagaan anda menunggu masa untuk rebah~
Artikel seterusnya: Langkah kedua menukarkan pesaing kepada membantu peniagaan anda.
HEBAHKAN PRODUK@SERVIS ANDA HANYA DI IKLANEKA@Saifulsham.com


Leave a Reply