Pihak penerbit, PTS Profesional & Publishing Sdn. Bhd (PTS) telah mengesahkan persetujuan menerbitkan buku kami. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penerbit kerana memberikan kepercayaan penuh kepada kami walaupun kami masih di awal remaja. Ini satu petanda mereka tidak mementingkan tahap usia tetapi sebuah buku berkualiti yang dihasilkan oleh sesiapa sahaja.

Kami telah memilih PTS kerana kami telah banyak melihat syarikat tersebut bukan sahaja menerbitkan buku yang hebat tetapi menggalakkan penulis muda menulis buku. Antara penulis terkenal yang pernah menulis untuk PTS adalah Dr. Fadzillah Kamsah, Dr. Sharuddin Thamby, Prof. Ainon dan ramai lagi. Jika anda juga turut mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, mungkin anda boleh hantarkan karya anda kepada pihak PTS.