SaifulSham.com pernah menyiarkan artikel kajian kes kami mengenai “CEO of The Month” yang disiarkan pada setiap bulan. Kajian yang dibuat oleh kami berdasarkan prestasi rekod syarikat yang berasaskan keadaan pasaran, keutuhan harga saham, keputusan kewangan dan pengurusan yang mantap. Dan pada akhirnya, kami membuat kesimpulan siapakah yang layak menduduki senarai “SaifulSham Ceo Of The Month”.

Menariknya, pada minggu lepas , “SaifulSham CEO of The Month bagi Julai 2005″ telah juga diakui dan dipilih sebagai Malaysia CEO Of The Year 2005, satu acara anjuran Business Times dan American Express. Beliau adalah CEO Titan Chemicals Corp. Berhad, Donald M. Condon Junior.

Titan adalah pengeluar polyethyelene (PE) dan polypropylene (PP) yang terbesar di Asia Tenggara. Dan pada bulan Julai lepas telah membuat debut sulung terbesar di Bursa Malaysia bagi tahun 2005. Dengan prestasi kewangan yang baik disamping proses pengembangan syarikat yang lancar, SaifulSham tidak dapat menafikan bahawa beliaulah layak menerima CEO of The Month bagi Julai 2005.

Hari ini, segala kajian yang dilakukan kami terbukti berbaloi kerana pilihan yang dibuat kami juga setaraf dengan pilihan yang dibuat oleh panel pakar korporat.