Strategi Pemasaran Berkesan Diselak dan Didedah
Amat jarang sekali saya menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan SaifulSham.com , kerana mengikut persetujuan asal, Curixs akan mengepalai editorial Bahasa Melayu dan saya akan menguruskan editorial Bahasa Inggeris. Namun atas beberapa alasan :
-
1) Salah satu strategi pra-pemasaran “Projek Buku” kami
2) Lebih mudah…
Saya akan turut menulis menggunakan Bahasa Melayu sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak. Baiklah berbalik kepada tajuk artikel saya pada hari ini. Kita akan bercerita mengenai strategi pemasaran.
Pendahuluan
Pemasaran dan promosi adalah dua bidang yang saling berkaitan, namun kami mengelaskannya kepada dua kategori berbeza. (ini adalah langkah kami menguruskan bisnes kami, mungkin tidak tepat secara akademiknya, lebih ampuh dan sistematik)
Promosi kami kaitkan dengan pengiklanan, iaitu segala usaha untuk mewujudkan kesedaran tentang kewujudan sesuatu.
Dalam konteks ini “sesuatu” itu kami definisikan “brand” atau jenama.
Jadi, promosi kami maksudkan sebagai usaha pengiklanan untuk mewujudkan “brand awareness” yakni kesedaran jenama.
Manakala , pemasaran kami konotasikan sebagai usaha untuk mengaut keuntungan dari promosi yang dilakukan.
Bagaimana kita memanfaatkan promosi? Itulah persoalan yang perlu dijawab oleh bahagian pemasaran.
Senario Hari Ini
Baiklah, sekarang ini promosi semakin cangih dan kreatif. Bilangan agensi pengiklanan semakin hari semakin bertambah, jika dahulu hanya syarikat-syarikat gergasi sahaja yang mampu menghasilkan iklan yang menarik, tetapi kini tidak. Bahkan iklan-iklan dan gimik promosi pada hari ini sangat tinggi mutunya.
Namun ingat satu perkara, “Jika semuanya hebat, maka tidak ada yang hebat”
Jadi dengan persaingan sengit ini, bagaimana kita dapat kekal melakukan jualan dan untung?
Penyelesaiannya
Kunci jawapan tersebut adalah “Nilai Seorang Pelanggan”
Untuk mendapatkan pelanggan baru adalah mahal, kita harus mengeluarkan belanja promosi dan sebagainya untuk meyakinkan mereka untuk menjadi pelanggan kita. Tetapi, bagi pelanggan sedia ada, mereka sudah mempunyai pengalaman menggunakan produk penjual dan mereka tahu serba serbi kelebihan dan kekurangan penjual tersebut.
Jadi lebih mudah anda menjual kepada pelanggan sedia ada daripada menjual kepada “bakal” pelanggan.
Dalam kata orang bisnes: Menjual kepada pelanggan tetap lebih MENGUNTUNGKAN dari mencari pelanggan baru.
Dengan syarat, anda menyediakan khidmat pelanggan terbaik, produk anda berkualiti dan “shopping experience” pelanggan bersama anda cemerlang.
Itulah strategi pemasaran pertama yag kita selak dan dedahkan.
Contoh Dunia Nyata
1. Tukang Jahit
Sekali anda jumpa tukang jahit yang memahami citarasa anda, cutting anda, peramah, harga pun bagus… sudah tentu anda keberatan untuk bertukar tukang jahit lain bukan? Bahkan anda akan mempromosi pula kehebatan tukang jahit anda kepada orang lain.. btol tidak?
2. Doktor Peribadi
Saya teringat ketika kecil dahulu, saya tumbuh bisul (besar juga) di salah satu anggota badan. Emak saya puas memujuk untuk ke klinik bagi membuang bisul tersebut, tapi saya tak mahu. Emak saya kata, “jangan takut, kita pergi Klinik Khizan, doktor tu cermat, lembut. X sakit”. Akhirnya saya mengalah, dan memang betul pun.. Membuang bisul bersaiz satu penumbuk itu langsung tak menyakitkan, dan tersimen dalam minda saya, Dr. Khizan memang baik, bagus, lembut dan tak sakit. Padahal hampir semua doktor pun begitu, sebab mereka guna bius! Tetapi kenapa doktor Khizan tetap utama, kerana pengalaman menjadi pesakitnya sangat baik.
Hendak berkhatan pun saya mahu ke klinik khizan juga. :p
3. Begitu juga dengan Tukang Gunting Rambut.
Kesimpulannya
Beri khidmat pelanggan yang cemerlang. Dan sentiasa sediakan produk sampingan untuk pelangan anda. Biar keuntungan untuk jualan pertama kurang, tapi pastikan ada back end sell, iaitu jualan selepas jualan. Melalui back end sell inilah keuntungan dapat dilipatgandakan, dengan kos yang lebih murah.
Dalam tulisan seterusnya saya akan membincangkan satu case study mengenai modul ini pula.
Iklan Produk dan Servis Anda di SaifulSham.com Classified! Klik Di Sini! Percuma!


Leave a Reply