Hello pembaca SaifulSham,

Saya banyak membaca buku-buku mengenai pelaburan saham, hartanah, juga mengenai perniagaan internet, francais, dan keusahawanan yang hampir kesemuanya ditulis oleh orang yang sudah berjaya dalam bidang mereka.

Sehingga tahun ini, tidak kurang dari 10 buah buku dihabiskan saya (yang semuanya melebihi 200 muka surat, panjangnya – - maaf, tidak termasuk buku yang dikarang saya sendiri-haha — psst target tahun ini adalah membaca sekurang-kurangnya 20 buah buku).

Dan hampir kesemua jutawan yang mengarang buku-buku tersebut menyebut bahawa anda hanya akan jadi kaya, anda hanya akan lebih cepat kaya, dan anda akan mudah untuk kaya jika anda berkawan dengan orang kaya.

Maksudnya disini adalah persekitaran anda. Haha. Saya tersenyum dan ketawa apabila saya menulis mengenai ini kerana ibu bapa saya pun dipertemukan jodoh ketika belajar di universiti yang sama.

Bukankah ini juga satu persekitaran!

Bagaimana pula dengan anda? Dr. Fadzillah Kamsah sendiri mengatakan, lumrahnya, jodoh anda adalah dari orang di sekitar anda. Tidak perlulah anda mencari jauh-jauh. (Nampaknya saya tahu, anda sedang memikirkan siapakah wanita atau jejaka yang berada dekat dengan anda ;p).

Baiklah, berbalik pada kisah tadi. Saya berikan contoh yang lebih jelas dan terang. Satu sebab anda melihat saya ghairah belajar ilmu perniagaan, ghairah menulis mengenai saham, ghairah menulis mengenai hartanah kerana saya hidup dengan bapa saya yang melibatkan diri dalam semua bidang tersebut.

Di rumah, di samping berbual mengenai hal kekeluargaan, saya juga banyak berbual dan belajar ilmu perniagaan, hartanah dan saham daripada bapa saya. Jadi, anda nampak, mengapa, anda perlu berkawan dengan orang kaya!

Selain dari itu, ada lagi pepatah popular. Jika ingin kaya, berkahwinlah dengan orang kaya. Ya memang benar, tetapi disini, melainkan anda Siti Nurhaliza, kaedah ini sukar untuk dipraktikkan.Haha.

Jadi, kita harus berbalik kepada pepatah tadi. Berkawan dengan orang kaya atau lebih tepat lagi orang yang kaya melalui usahanya sendiri merupakan satu pemangkin semangat untuk anda. Anda akan berjaya jika anda hidup dalam persekitaran yang semua orang sekeliling anda adalah orang kaya. Dan anda pun akan turut akan berusaha menjadi kaya.

Tetapi Syazwan, bagaimana, di kawasan saya, tidak ada orang kaya? Kalau ada pun, dia sudah tua, anaknya pula hanya mewarisi kekayaannya, jadi bagaimana?

Itu satu masalah. Apa kata jika anda mencuba mengorat anaknya? Haha. Disebabkan anda terlalu kacak untuk anaknya dan anaknya pula bukanlah tergolong dalam taste anda, disini, praktikkanlah cara saya. Bacalah buku-buku kejayaan kisah orang-orang kaya. Bacalah buku motivasi kekayaan. Bacalah selalu mengenai orang yang berjaya.

Saya sentiasa mempraktikkannya di universiti. Disebabkan berjauhan dari bapa saya, inilah cara saya gunakan untuk memotivasikan diri saya untuk sentiasa memajukan SaifulSham lebih jauh –ibarat kata iklan shell : lebih kilometer!.

Satu lagi kisah yang ingin saya kongsikan kepada anda. Semasa menuntut di MRSM, saya sentiasa dituntut untuk memberikan yang terbaik. Sebabnya, persekitaran saya membuatkan saya sentiasa ingin belajar. Persekitaran saya membuatkan saya bersemangat untuk membuktikan bahawa saya juga adalah pelajar hebat. Dan terbukti, saya memperoleh 8A1 di dalam SPM.

Jadi, apa yang harus anda lakukan? Seperti biasa, saya tidak akan mengerah anda untuk menjadi khadam saya. Saya hanya berikan panduan bahawa, menjadi kaya ataupun berjaya memerlukan banyak pengorbanan.

Dan beban pengorbanan itu akan terasa ringan jika anda belajar dari orang yang sudah berjaya. Ini bukanlah bermaksud orang berjaya itu mempunyai magik. Tetapi ia lebih kepada memendekkan journey anda ke jalan kejayaan!

========================================

Quote Syazwan SaifulSham:

“Jika anda mendapat seorang kekasih yang cantik atau kacak, maka anda akan berasakan diri anda juga adalah cantik/kacak.Jika tidak, mana mungkin anda akan mendapat kekasih seperti Brad Pitt atau Angelina Jolie”! ;p ”

(Quote ini harus difikirkan anda sendiri kaitannya dengan tajuk kali ini)

========================================

Sabri Hijack>> Saya malas nak menambah post baru sebab saya sedang mempertimbangkan beberapa topik untuk ditulis, tak dapat pinpoint yang mana satu nak didulukan yang mana kemudian. Tambahan pula baru lepas menghantar email kepada semua protege (protege, check email) Jadi kena rehat jap kumpul ayat. Just nak beritahu, jika anda perasan post-post saya kebelakangan ini agak “rojak” sedikit di antara Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Bukan sengaja ya, Maafkan saya, sebenarnya sekarang ni musim menghantar assignment di UTP, jadi otak pun confuse, nak guna BM or BI masa menulis (UTP guna English). Insyaallah, datang musim Raya nanti otak saya dah di Melayukan 100% . Satu lagi, badan saya sebenarnya panas kembali, tekak kering… Isy3.. Jadi slow sedikit buat kerja. Malam baru boleh aktif (kenapa saya cerita ni ya? Terlupa plak connectionnya) Apapun, stick with us, ada banyak lagi tips perniagaan internet nak disampaikan bila saya dah sihat sedikit nanti, sekarang nak berehat2 dulu… adios!