Peserta Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet 23hb July ini, sila semak nama anda di sini (termasuk status Cik/Pn dan juga Ejaan Nama) http://www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

Pembeli buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet yang belum menerima buku anda, hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami. http://support.saifulsham.com

Alumni Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet pada 8 Julai lepas, jangan lupa mendaftar di website keahlian khas untuk anda. ;)

Hello pembaca SaifulSham,

Hari ini saya ada sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Jika sebelum ini, saya selalu menulis mengenai keusahawanan, hartanah dan saham, hari ini saya ingin beralih pada satu topik khas.

Apa dalam fikiran Kenneth Fox…..(misterinya)

Seperti yang anda ketahui, kami seringkali juga berhubung dengan Kenneth Fox (merujuk buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet- lihat bahagian testimoni muka surat pertama; pengasas WindyCityWebSolutions.com) atas urusan perniagaan internet kami.

Sejak akhir ini, kami jarang berhubung (YM) dengannya atas kesibukan masing-masing. Namun, dalam beberapa hari ini, ketika beliau online, saya mengambil kesempatan ini untuk berbual pendek dengannya.

Pada mulanya hanya perbualan kosong meliputi aktiviti-aktiviti terkini masing-masing, dan tiba-tiba tergerak hati saya untuk bertanyakan pendapatnya mengenai pandangan beliau ke atas situasi sebenar pemikiran rakyat Amerika dalam soal berurus niaga dengan orang Islam seperti saya.

Saya tidak tahu sama ada ini mungkin pendapat peribadi beliau atau mungkin juga pemikiran majoriti orang Amerika sepertinya.

Pada mulanya, saya agak takut untuk memulakannya, dan saya tanyakan soalan asas mengenai kefahaman beliau berurus niaga dengan orang Islam seperti saya.

Saya juga memberitahu situasi sebenar perasaan orang Malaysia apabila mendengar perkataan Amerika ataupun Bush.(hehehe)

Ini jawapan Kenneth Fox (sudah dialihbahasakan mengikut nahu dan tatabahasa yang betul):

Oh, saya baru tahu daripada anda (betapa orang Malaysia tidak sukakan Amerika), betulkah situasi begitu disana, Syazwan?

Untuk pengetahuan anda, rakyat Amerika bukanlah seperti yang anda fikirkan. Kalangan orang ramai tidak sukakan cara negara kami bertindak, tetapi majoriti dari rakyat Amerika sebenarnya sukakan keamanan dan kedamaian seperti rakyat negara kamu.

Saya sendiri tidak kisah berurus niaga dengan anda dan tidak ada pun rasa sangsi, yang penting, anda berbisnes secara baik dengan saya, dan saya juga melayan baik anda.

Pernahkah sebelum ini, rakyat Amerika lain yang berurusan dengan kamu (diinternet), lari apabila tahu kamu adalah Islam? (mengikut nama saya, ada perkataan Mohd—jadi mereka tahu saya Islam).

Jawab saya: Tidak pernah, cuma saya inginkan kepastian perasaan orang sana apabila berurusan dengan orang seperti saya.

Sambung Kenneth Fox lagi:

Saya berbisnes, dan saya tiada agenda-agenda lain. Saya rasa begitu juga dengan rakyat Amerika yang lain (yang berbisnes).

Saya akui, ramai orang tidak sukakan cara kerajaan kami bertindak, dan saya juga bukannya setuju 100 peratus apa yang dilakukan mereka, cuma saya berharap, selagi saya melayan pelanggan saya dengan baik, selagi itu, saya tidak ada dalam fikiran saya untuk meminggirkan dan mencurigai bakal pelanggan dari negara-negara Islam seperti anda.

Saya rasa bukan saya sahaja, tetapi kebanyakan peniaga-peniaga lain. Jadi, sudah jelas?

_____________________________________________________________________

Seraya itu, saya jawab: Very clear!Thanks for your info..

Kemudian, saya beralih pada topik-topik bisnes kami berdua sehinggalah perbualan tamat.

Kesimpulannya, apabila kita berniaga (terutamanya perniagaan internet), seboleh-bolehnya (pastikan) elakkan sentimen keagamaan, kerana jikalah kita terlalu menitikberatkan perkara sedemikian, akhirnya pelanggan (harus diingat, majoriti pelanggan dinternet seperti di Amerika adalah bukan Islam) akan lari dan tidak sukakan cara kita berniaga.

Niat kita mungkin baik tetapi berhati-hatilah apabila bertindak dan berurus niaga.

Bapa saya pernah mengatakan kepada saya…

“Dalam perniagaan, elakkan membangkitkan sentimen agama (contohnya: produk anda sahaja halal, dan produk orang lain haram tanpa usul periksa mendalam), sebab, masyarakat besar peniaga hari ini adalah bukan Islam, jadi bersederhanalah.

Kalaupun tujuan kita berniaga sambil berdakwah tetapi harus diingat bukannya membangkit dan mengapi-apikan sesuatu perkara, bersederhanalah dalam perniagaan adalah dakwah paling berkesan.”