Apa itu pelaburan REITs?
Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!
Hello pembaca SaifulSham,
Esok saya akan ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan satu projek terbaru SaifulSham yang akan diumumkan dalam jangka masa minggu ini.
Rata-rata pembaca yang menerima e-mail dari kami tertanya, siapakah Marsyal S, dan apa tujuan Marsyal S muncul? Saya beri sedikit gambaran kepada anda…
Marsyal S sebenarnya sudahpun bersedia untuk mengumumkan siapa dirinya dan apa tujuannya. Tetapi disebabkan laman web saudagar versi 2 belum lagi siap sepenuhnya, maka Marsyal S akan terus berahsia. Tujuan saya ke Kuala Lumpur juga bukan atas sebab Marsyal S, ia adalah projek yang lain. Juga akan diumumkan minggu ini.
Kedua-duanya serentak. Kedua-dua projek ini adalah untuk menambah baik perkongsian ilmu perniagaan internet kepada rakyat Malaysia. (Terpulang untuk anda menerimanya, tiada paksaan, hehe).
Baiklah tuan-tuan dan puan-puan,
Hari ini, saya tidak akan mempromosikan pelaburan hartanah. Saya hanya ingin berkongsi kepada anda apakah itu REITs. (baiklah, bersiap sedia bagi anda yang meminati pelaburan hartanah).
Saya tidak mahu memberi komen jelas kepada REITs kerana saya sendiri tidak lagi mempunyai pelaburan didalam REITs sebabnya, ia masih baru di Malaysia.
Sebelum itu wahai Team SaifulSham, apakah itu REITs?
Ya tuan-tuan dan puan-puan saya akan jelaskan dengan bahasa yang paling mudah untuk difahami anda (psst, jika tak faham, tahu-tahu ajalah, silalah ajukan pada komen dibawah).
REITs dalam bahasa singkatnya “Real Estate Investment Trust”. Ia adalah satu bentuk pelaburan dalam industri hartanah.
(Hoho, perlahan-lahan baca, saya cerita ringkas sangat-sangat) .
Bagaimana REITs berfungsi?
Saya berikan kisah analogi untuk memberi kefahaman.
Katakan syarikat Petronas ingin menawarkan REITs di pasaran saham. Ia bermakna, syarikat tersebut ingin menjual sedikit pegangan dalam Suria KLCC dan Menara Kembar Petronas untuk dijual.
Saya pun berminat, dan saya melabur dalam REITs tersebut.
Dimana pulangan akan saya perolehi?
Suria KLCC dan Menara Kembar Petronas terletak disebuah kawasan elit di ibu negara. Segala keuntungan dari sewaan kedai beli belah di Suria KLCC, dan segala sewaan pejabat di Menara Kembar Petronas, akan dibahagikan kepada pemegang REITs seperti saya.
Apa potensinya?
Untuk memperoleh keuntungan boleh dikatakan tinggi kerana, saham REITs bukan sepeti saham biasa yang mudah goyang dan sangat-sangat ampuh pada perubahan persekitaran (seperti harga minyak naik, orang kenamaan meninggal dunia, inflasi dan sbgnya).
Saham REITs berpandukan kepada nilai hartanah sesuatu tempat. Dan seperti yang saya ujarkan dalam pos-pos terdahulu, hartanah adalah pelaburan kalis inflasi dan lebih kebal jika keadaan ekonomi merundum.
Potensinya juga besar kerana hartanah adalah sumber ekonomi yang terhad (sama seperti petroleum dan bahan mentah).
Tidak percaya? Saya berikan satu lagi sebab mengapa REITs itu berpotensi tinggi.
Pernahkah anda bertanya di kawasan elit di mana-mana sahaja, berapa nilai hartanah disitu. Saya ujar lagi kepada anda, jika dalam tempoh 2,3 tahun, anda datang kembali, dan tanya kembali di kawasan elit tersebut, berapa nilai hartanah di kawasan tersebut.
Saya memberi jaminan hampir 99.99 peratus bahawa ia tidak akan turun malah meningkat naik (melainkanlah tragedi tanah runtuh di Hulu Klang baru-baru ini menimpa ke atas hartanah tersebut;p).
Sebab itu anda boleh lihat, seperti di Star Hill, Kuala Lumpur, pembangunan untuk menaik tarafkannya sedang rancak dijalankan. Sebabnya?
Tujuannya untuk menarik penyewa-penyewa ekslusif, bertaraf antarabangsa menyewa kawasan Starhil. Starhill REITs merangkumi kawasan Starhill Galery, Lot 10, dan Hotel JW Mariot (macam kenal je hotel ni, hehe). Apabila ini terjadi, penyewa tersebut sudah tentu sanggup membayar sewa pada harga tinggi.
Dan apabila ini terjadi juga, pelabur seperti saya akan beruntung kerana syarikat yang menguruskan Starhill akan dapat membayar dividen yang tinggi kepada saya kerana melabur dalam REITsnya.
(Notis:REITs disenaraikan di pasaran saham, buat masa ini hanya terdapat beberapa REITs di Malaysia seperti Starhill Reits, UOA Reits) .
Apa faedah sesuatu syarikat menawarkan REITs?
Syarikat yang menawarkan REITs juga sudah tentu mahukan untung. Siapa tidak mahu untung. Kalau dilihat mata kasar, kalau saya laburkan dalam REITs, syarikat tersebut terpaksa membayar dividen kepada saya. Bila masa syarikat tersebut boleh untung?
Ok, apabila anda laburkan dalam saham REITs, anda sudah tentu membayar duit! Duit itu adalah tunai (mudah sangat-sangat explaination ini), syarikat yang menawarkan REITs akan dapat duit tersebut.
Secara tidak langsungnya, ia akan meningkat aliran tunai syarikat tersebut (atau dalam bahasa saintifiknya kecairan yang tinggi). Mana-mana syarikat sudah tentu suka dan gembira mempunyai aliran tunai yang tinggi. Senang untuk buat projek baru, senang untuk menjalankan apa-apa jua operasi.
(Penyewa yang membayar sewa kepada syarikat tersebut belum tentu membayar secara tunai, mungkin bayar setahun sekali, jadi tidak elok pada syarikat yang menguruskan REITs kerana mereka terpaksa menanti pada waktu masa yang panjang untuk mendapatkan kecairan)…..faham ke tak ni?
Apakah risikonya?
Walaupun ia pelaburan dalam industri hartanah berprinsip kalis dan kebal, ia juga mempunyai peluang untuk gagal kerana ia juga adalah saham.
Antara sebab yang mungkin akan mengagalkannya:
- Syarikat yang menguruskan hartanah tersebut bankrup.
- Terlalu banyak persaingan REITs dikawasan sekitarnya.
- Ekonomi dunia jatuh menjunam, dan penyewa tidak mampu membayar sewa mereka.
- Bangunan tersebut runtuh (mungkin tidak akan berlaku melainkan serangan berani mati ke atasnya)
- Sistem infrastruktur yang lemah (banyak kesesakan di kawasannya)
Tetapi secara jelasnya, potensi REITs walaupun banyak berjaya di negara maju belum terbukti lagi di Malaysia kerana ia baru sahaja tahun lepas di lancarkan.
Kita harus melihat kepada 2,3 tahun akan datang.
(Notis: Team SaifulSham tidak menyarankan apa-apa untuk anda melaburkan diri dalam REITs, sekadar berkongsi apa yang kami tahu )
Apakah anda faham setakat ini?
Baiklah, ini bermakna secara tidak langsung anda sudah faham jika ada orang-orang besar yang bersembang mengenai REITs di kedai kopi starbuck. Walaupun secara detailnya, ada banyak lagi untuk dijelaskan mengenai REITs, tetapi asasnya, anda sudah faham akan pelaburan REITs.
Tidak mengapa, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Tahniah sekali lagi kerana jika anda membaca pos ini dari awal hingga akhir, kerana anda adalah orang yang boleh dikatakan mempunyai sense yang tinggi dalam pelaburan saham kerana REITs adalah sesuatu yang baru di Malaysia dan tidak semua dari anda pernah mendengarnya.
Jadi, hari ini, inilah pelajaran terbaru kita. (Nampak seperti belajar ekonomi laah plak). Tak mengapa, ilmu yang anda tuntut hari ini mungkin tidak anda dapati pada masa depan atau mungkin anda tidak akan tahu pengetahuan mengenai pelaburan.
Team SaifulSham berkongsi apa yang kami tahu.
Oh, baiklah, ini tawaran terbuka kami, sebagai membuktikan keterbukaan kami, anda boleh menggunakan peluang ini untuk menyumbang apa-apa artikel : yang penting berkaitan keusahawanan, saham, dan hartanah sahaja. Tiada cerita bola yek (Saya penyokong England!) . Anda sudah tentu diberi kredit.
Kelebihannya: Nama anda terpampang di muka depan SaifulSham dan dibaca oleh ratusan pembaca seharian. Kami juga ingin membantu yang lain mengasah ilmu yang ada didada anda! Jadi apa lagi, kalau tulislah sesuatu sekarang~


June 6th, 2006 at 6:14 am
Huh…masih kabur tentang REITs nihs.. nak send kat maner artikle tentang keushawanan nihs??
June 6th, 2006 at 7:56 am
hehe.. lepas ni cuba buat buku pelaburan plak. dengan buku hartanah. step by step macam RAHSIA BUAT DUIT DENGAN INTERNET.
June 6th, 2006 at 8:41 am
salam..wah.ini suatu yg baru nih..n way thanks ats perkongsian ilmu ini & congrats untuk anda…
June 6th, 2006 at 12:51 pm
harap lebih ader penerangan lebih mendalam ttg pelaburan hartanah dan IPO……..
minat sgt
June 7th, 2006 at 5:10 pm
wa bagus ni
June 8th, 2006 at 6:30 pm
salam…nak tau la apa beza investment property ngan REITs ni???
August 26th, 2006 at 11:26 am
aah la apa beza REITs ngan property investment. apa kelebihan REITs? banyak ke dapat untung?
November 3rd, 2006 at 11:03 am
PELUANG NI….
March 14th, 2007 at 12:27 pm
beri lebih terperinci tentang perniagaan internet. cara-cara atau fungsi.
March 21st, 2007 at 5:56 pm
mcmane saya nak serti pelaburan ini n berapa jumlah saya perlu melabur???
September 17th, 2007 at 1:59 pm
saya kena buat thesis ttg REIT…tlg sket blh..
November 7th, 2007 at 3:38 pm
hi
February 12th, 2009 at 2:39 pm
boleh x kowang list kan journal or article mngenai REIT ni..
i kene buat assignment psal REIT ni..so nak cari journal tambahan..thanx..
March 7th, 2009 at 7:44 am
am blur…..hahahaha. REIT’s kluar dlm test quiz investment last week! am not a business student but am a science student…i masuk kelab pelaburan suka2 jer coz xda student nak masuk…hua hua hua
June 26th, 2010 at 9:40 am
adakah tuan memiliki nama – nama syarikat yang menawarkan REITs?