Saya banyak menerima emel dan pertanyaan ini dari peserta seminar perniagaan Internet RBDDI SaifulSham;

Kat Mana Nak Cari Dropshipper TerbaikSaya nak buat dropshipping lah

Saya dah tak nak buat handicraftlah, nak buat dropshipping

Saya tak jumpa source dropshipping lah

Sebenarnya anda semua telah berada dalam salah faham. Kenapa?

Dropshipping adalah satu kata kerja, bukan satu perniagaan khusus. Ia adalah satu cara untuk dapatkan produk. Dropshipping ni macam berlari, berjalan dan menulis.

Anda nak buat dropshipping, boleh… Buatlah. Tapi anda sebenarnya perlu tahu anda nak buat dropshipping apa? Itu soalan sebenarnya yang anda perlu jawab. Sebab, dropshipping ni bukan niche tersendiri. Dalam hampir semua niche anda boleh buat dropshipping. Dalam niche hiburan boleh, niche sukan boleh, niche outdoor boleh, macam-macam lah.

Jadi, pastikan anda faham betul-betul. Kemudiannya, sumber untuk mencari dropshipper.Perlu saya tekankan, ada 3 jenis dropshipper. 2 baik, satu jahat. ;)

Dan kami ada berkongsi apakah ketiga-tiga jenis dropshipper dan di mana nak cari mereka ini dalam seminar perniagaan Internet RBDDI kami. Kalau anda peserta seminar kami, buka balik nota-nota dan modul tempoh hari…Lihat dropshipper manual. Anda jangan fokus sangat dengan dropshipper bebas, mereka memang susah nak cari. Dropshipper manual adalah dropshipper kegemaran saya dan mereka ni banyak terdapat ni merata-rata tempat (oops.. di satu tempat spesifik, tapi mereka ada banyak di situ). Sebab tak banyak kerenah. (Syazwan prefer dropshipper bebas)

Nak pergi seminar perniagaan Internet RBDDI 19 Ogos ini? Jom tengok apa lagi faedah-faedah yang anda akan dapat dengan klik di sini: http://www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

Dalam episod seterusnya saya akan merungkai satu lagi soalan yang sering ditanya mengenai dropshipping. Nantikan :)

Hint: Ada dropshipper yang tak tahu pun name pekerjaan yang dia buat tu dropship! :)