Bagaimana Dato’ K menjadi kaya?
Hello pembaca SaifulSham,
Sudah lama saya tidak menulis sesuatu atas kesibukan semester baru diuniversiti minggu ini. Saya hanya sempat merayau-rayau diruangan ini tetapi tidak sempat membuat sebarang kemaskini.
Apapun, mulai saat ini, saya akan menggempur SaifulSham dengan peluru bertubi-tubi (menulis secara menggila).
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dalam minggu lepas dan minggu ini, saya banyak merayau-rayau di forum-forum sama ada forum dari luar negara atau Malaysia sendiri semata-mata untuk mencari sesuatu.
Dan akhirnya saya ketemui juga, saya dapat membuat kesimpulan, terlalu ramai ahli forum di Malaysia menyertai program-program pelaburan berisiko tinggi tanpa asas pengetahuan mendalam dan pengalaman melabur dalam program sedemikian sebelum ini.
Jujur, biar saya beritahu anda, apakah program pelaburan tersebut:
Forex
Komiditi
Kontrak Hadapan
dan lain-lain seumpamanya…….
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bukanlah niat saya membangga diri tetapi saya terpaksa membuat akuan bahawa saya adalah anak kepada seorang jutawan hartanah dan pelaburan saham yang menolak instrumen pelaburan seperti di atas.
Jadi, apa yang diujarkan saya bukanlah pandangan dari saya semata-mata tetapi adalah pandangan dari seorang jutawan yan berkecimpung lebih dari 15 tahun dalam instrumen pelaburan.
Jadi, selepas ini, jika ada yang ingin mempersoalkan siapa saya untuk bercakap atas program pelaburan sedemikian, saya berharap anda bertanya kepada diri anda kembali, mengapa seorang jutawan seperi bapa saya menolak instrumen pelaburan anda.
Anda harus sedar perkara ini, jutawan selalunya akan menambahkan kekayaan mereka dan mereka tidak akan teragak-agak untuk melabur dalam apa jua bentuk instrumen pelaburan yang mendatangkan pulangan kepada mereka tetapi jika mereka sendiri menolak sesebuah program pelaburan anda (walaupun dijanjikan pulangan luamayan), tentu ada sesuatu yang tidak kena yang diketahui jutawan tersebut.
Maaf jika saya katakan bukan bapa saya sahaja menolak instrumen pelaburan seperti itu, malahan saya sendiri membaca banyak buku-buku dari jutawan terkenal di Malaysia seperti Azizi Ali, Milan Doshi, Resenial Long (jutawan hartanah), Kok Mun (jutawan saham), kesemua dari mereka memberitahu “Please keep away/ Sila jauhkan diri”. Jadi, saya tidak faham mengapa ada orang yang sanggup bermati-matian mempertahankan instrumen pelaburan sebegitu walhal mereka sebelum ini tidak pernahpun melabur dalam pelaburan sedemikian.
Ungkapan popular yang selalu diucapkan mereka:
“Ia bergantung pada profil pelaburan anda, jika anda sanggup kerugian sedikit, maka laburlah sedikit, tetapi jika anda sanggup kerugian banyak, maka laburah banyak”
Ungkapan ini sememangnya digunapakai bapa saya sendiri semasa melabur tetapi, kebanyakan dari mereka yang melabur dalam instrumen pelaburan berisiko tinggi tidak faham apa yang dicakapkan mereka sendiri.
Mereka lebih banyak dipengaruhi orang lain yang sendiri tidak tahu apa yang dilakukan mereka. Ini perkara yang banyak terjadi hari ini dan saya cukup bimbang akan nasib orang yang melabur dalam program sebegini yang berleluasa diinternet ketika ini.
Dalam hati kecil saya berkata “Apalah nasib orang Malaysia sehingga diperlakukan begini, tetapi saya sendiri tidak mampu berbuat apa-apa kerana orang kuat pelaburan begini juga adalah orang Malaysia sendiri”.
Program pelaburan sebegini bukan sahaja disertai golongan biasa malahan golongan profesional juga turut terjebak.
Mereka semua ini terpengaruh bukan dari orang yang bergelar jutawan tetapi dari mereka yang tidak pernah ada asas pelaburan dan pengalaman.
Kadangkala saya tersenyum seorang diri apabila mengingatkan kembali kata-kata popular di Wall Street.
“Alangkah peliknya seorang yang menaiki Roll Royce mendapatkan nasihat pelaburan dari orang yang menaiki keretapi bawah tanah”
(Maksudnya: Orang-orang kaya di New York mendapatkan nasihat dari agen-agen pelaburan yang bekerja dengan menaiki keretapi bawah tanah di New York. Tidakkah terbalik dunia, mengapa orang yang lebih tinggi ilmu pengetahuannya dan kaya lebih mempercayai orang tidak pernahpun membuat sebarang pelaburan dan mempunyai pengalaman mendalam tentang pelaburan)
Tuan-tuan dan puan-puan,
Selalunya niat baik saya menjelaskan perkara ini dipandang serong dari golongan yang sudah melabur berpuluh-puluh ribu atau ratus ribu dalam instrumen pelaburan begini.
Sebabnya mudah, mereka tidak mahu kehilangan wang yang besar dan tidak akan mempercayai kata-kata saya.
Malahan mereka akan berkata, saya tidak mempunyai pengetahuan untuk bercakap.
Saya ada satu kisah yang ingin dibawakan saya. Saya beritahu anda perkara yang telah terjadi dalam hidup saya.
Dalam setahun yang lepas, seorang rakan baik saya ingin meminjamkan wang saya untuk menyertai sebuah syarikat jualan langsung. Yurannya mencecah RM2000. (Saya tahu anda tahu apa syarikat tersebut).
Sebelum beliau meminjam wang saya, saya menjelaskan beliau apa sebenarnya MLM. Apa yang saya tahu (saya memberitahu berdasarkan pengalaman bapa saya sebagai orang kuat MLM), berbagai-bagai perkara saya jelaskan bahawa tidak semudah yang dicakapkan untuk menjadi kaya melalui MLM.
Saya memberitahu perkara sebenar dan berkali-kali menyuruh beliau berfikir kerana beliau masih lagi pelajar seperti saya, memerlukan tumpuan dalam pembelajaran, masih lagi tidak pernah tahu akan MLM dalam erti kata sebenar.
Tetapi tidak, saya pula yang dimarahkannya kerana katanya…
“Apa yang bapa kau tahu? Bapa kau membuat MLM di syarikat lain, mana beliau tahu MLM syarikat yang aku sertai ini. Bapa aku pun orang kuat MLM (sekadar untuk menyanggah kata-kata saya), aku ada bukti orang atas aku dapat income beribu-ribu ringgit dengan hanya seorang pelajar”
Macam-macam kata-kata saya disanggahnya, dan beliau selalu pulang ke rumah pada cuti minggu untuk menarik rakan-rakannya disana menyertai MLM tersebut.
Saya dengan berat hati memberi pinjam beberapa ratus ringgit untuk memberikannya peluang menimba pengalaman dalam MLM (saya tidak perlu bertekak kerana kata orang, masing-masing punya kubur).
Selepas beberapa bulan, semangat yang dahulunya berkobar-kobar (dahulunya siap untuk menempah kereta), akhirnya perlahan-lahan padam. Dan saya mendapat tahu, beliau dan rakan-rakannya di kampung tidak berpuas hati dengan upline yang dikatakan menipu mereka.
Dengar katanya ingin membelasah orang tersebut. Mujur, duit saya sudah dibayar penuh tetapi saya lebih untuk menyoalkan, siapa sebenarnya bersalah?
Apakah benar uplinenya menipu atau mereka sendiri tidak faham situasi sebenar perjalanan MLM? Saya lebih suka menyalahkan mereka kerana mereka sendiri tidak faham syarat dan klausa sebenar sesebuah syarikat MLM.
Dahulu puas saya menjelaskan situasi sebenar MLM tetapi saya pula yang didakwa cuba menyekat rezeki orang lain. Sekarang beliau diam dan tidak lagi menyanggah kata-kata saya.
Jadi anda nampak mengapa saya hadir menjelaskan sesuatu mengenai instrumen pelaburan berisiko tinggi?
Tidak ada gunanya SaifulSham.com ini diwujudkan jika saya menyembunyikan sesuatu yang saya tahu. Saya tidak pernah ada niat menyekat sumber rezeki sesiapa dalam apa-jua bentuk pelaburan yang mereka sertai, tetapi seharusnya, melaburlah pada tempat yang diyakini dan melabur menggunakan akal fikiran.
“There is a difference between a boy and a man. A boy acts by his desire, but a man acts by his mind”Â
Bagi anda yang sudah melabur dan sedar akan kesilapan anda, janganlah pula bersedih dengan pendedahan saya. Saya hanya memberitahu apa yang saya tahu.
Masih terdapat banyak ruang untuk memperbetulkan diri.
Live is about living. Janganlah anda bersedih dengan sedikit kegagalan dan kecuaian. Hidup ini terlalu singkat untuk menyesal dan bersedih!
Jumpa lagi……
Â


July 26th, 2006 at 7:30 pm
Kalau boleh saifulsham senaraikan antara keburukan2 yang bakal ditempuh… sbb saya masih blur lagi… terima kasih
July 26th, 2006 at 7:32 pm
eks…nape sampai 3 entry yang sama? cuba ubah ye saifulsham…
July 27th, 2006 at 12:14 am
Guna keyword Dato’ K.. heheh.. strategi2….
July 27th, 2006 at 3:00 am
saya penah masuk 12dp… huhuhuhu… itulah pertama dan terakhir… taknak layan lagik dah…
July 27th, 2006 at 8:48 am
saya setuju dengan pendapat anda.
July 27th, 2006 at 8:59 am
apa kaitan Dato K ngan artikel nie? puas dok carik hehe…tapi apa2 pon artikel nie mmg best…keep up da good work!
July 27th, 2006 at 9:25 am
agree dengan ur article….tapi tak nampak pun dato ‘ K in the picture…..?
July 27th, 2006 at 10:41 am
Keyword Dato’ K popular search kot….
July 27th, 2006 at 10:58 am
Saya rasa gimik MLM banyak menjanjikan KEKAYAAN!, ramai yang naik syiok… hehe. MLM merupakan antara satu industri yang besar di dunia (billion). Satu bentuk perniagaan. Nak berniaga kena berusaha dan ia suatu usaha yang berterusan (cam smartusaha gitu..). Bila dah tau MLM rupanya kena ‘Bekerja Kuat’..dah frust sebab tak kaya-kaya pun.. then salahkan sistem, upline, etc..tapi tak pe, boleh belajar lagi. Pengalaman tu. Dlm bisness tak leh give-up… eh ..Dato K tu join MLM mana yea..? hehe
July 27th, 2006 at 12:18 pm
assalamualaikum…
pertama kali selamat berusaha dan teruskan usaha anda pada yang dah mahu dalam bisness anda. selamat maju jaya…
dato K orang bisness laa. kalu nak dapat title dato kena buat bisnes la. bisnes yang betul2 bisness bukan bisnes haru biru tak tentu hala. kalu setakat nak join program aje, tak ada maknanya. kena usaha lebih baru dapat lebih. kalu setakat suka-suka macam dalam blog saya nih… http://www.bonusharian.blogspot.com hanya sekadar suka-suka aje yang akan anda dapat.
dalam bisnes kena serius, kalu setakat nak cincau je, where get road? mana nak maju kalu setakat nak join bisness yang sementara aje… bisness semester takkan bertahan lama.
kejap ada, kejap takdak… bertukar ganti syarikat… mana nak dapat income yang berterusan. jangan mudah mengalah. tingkatkan ilmu dan anda bakal menjana ekonomi yang stabil di kemudian hari…
wassalam
July 27th, 2006 at 12:21 pm
MLM menyediakan niche. anda just jual…
MLM tak janjikan kekayaan pun… MLM janjikan “produk berkualiti” yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
Skim Piramid(yang kerjanya beli produk sekali then pastu kerja tarik ahli ramai2) je yg menjanjikan kekayaan juta2 dalam masa 30 hari huhuhu.
Kene tau bezakan ye, skim piramid dan MLM.
80% mereka yang gagal MLM adalah mereka yang bermentaliti skim piramid.
seperti kes yang kawan penulis tu yg masuk MLM bayar RM2ribu tu, itu la bukti mentaliti skim piramid sedang bermaharaja lela.(menjalankan MLM dengan mentaliti skim piramid)
mereka mendakwa, buat belian rm2000 sekali sahaja tidak kira apa produk, pastu tarik ahli untuk buat belian yang sama rm2000 sekali sahaja pastu tiap2 bulan nikmati faedah…
buat permulaan memang mereka berjaya, tetapi kisah mereka berakhir dengan penuh tragis.
jika anda pernah sertai MLM dan gagal, cuba kaji balik, adakah anda bermentaliti MLM atau anda sebenarnya bermentaliti skim piramid?
Mentaliti MLM = Guna, jual produk berkualiti secara berulang2, guna dan jual secara berkumpulan(network). Siapa yang menjual banyak dia dapat untung banyak(melalui untung runcit dan bonus pencapaian).
Mentaliti skim piramid = beli produk mahal sekali sahaja tidak kira apa jua produk itu dan tidak kisah apa kualitinya, tarik ahli ramai2. dapat income hasil pembelian ahli sekali sahaja tadi. lebih ramai join lebih bagus. siapa lebih awal dia untung paling tinggi sebab paling ramai di bawahnya.
July 27th, 2006 at 1:55 pm
rasanya x jumpa pun perkataan Datuk K selain dari tajuk diatas dlm entry…
strategi nih utk keyword…
July 27th, 2006 at 2:59 pm
1 artikel dan komen yang menarik.
Sebenarnya background saya adalah dari dunia MLM dan juga program jana wang di internet( sila rujuk tulisan saudara shuth).
Saya akui bahawa mmg saya buat duit di internet..tetapi saya tidak mempunyai perniagaan pun! Sehinggalah seorang sahabat menyarankan agar saya menghadiri seminar RBDDI dan minda saya mula terbuka..
Maaf..saya tidak berniat utk mengatakan semua program jana wang di internet adalah SCAM..apa yang nak saya tekankan adalah..kita mulakan perniagaan kita sendiri di internet..bukan hanya menjadi ahli sesebuah program..
Terima kasih SaifulSham kerana memberikan saya view sebenar apa yang dipanggil perniagaan internet! InsyaAllah segala ilmu yang anda curahkan dalam seminar RBDDI akan saya gunakan dalam membina empayar saya sendiri..
Good luck to all of us!!!
July 27th, 2006 at 6:56 pm
ish..tajuk punye la gempak..datuk k tuh..sib bek artikel die quite ok la..boleh memberi kesedaran kepada budak2 muda yg mempunyai minded buat bisnes hari ni esok kaya and mls nak mengkaji sesuatu bisnes yg mereka ceburi..main belasah jer..kat utp ni pon ramai gak camtuh..bila saifulsham nak wat kempen menggempur up..kalo nak wat ajak la ye..hehe
August 17th, 2006 at 12:20 am
alamak.. gua terlepas ketapi ler..
punya seronok baca sampai terlupa tajuknya dato’ k. huhuhu.. gua bookmark post ni.. senang nak menjawab ngan mat/minah skim..
4 tambah 4 = 4 tambah 4. Very good. A++++
October 24th, 2006 at 3:21 am
hai mcm maner ni….
sy dah join syarikat 2…
siap dah bli buku pasal jutawan mlm
still x nmpak konsep sbnr
cara taja 2 salah ker?
December 8th, 2008 at 12:29 pm
ape pn bisnes kte kne berusaha..
mmng bnr 9/10 rzki itu dtng dr biz
tp untk dptknnye anda akn didugakan dgn 9/10 dugaan@cabaran..
brulh anda lyk mndpt 9/10 rzki tersebut..
klu na join mlm 2,kaji dlu sykt. tersebut..cek lsen die dkt ssm dlu,potensi..dan sebagainye…sye bust semue nyh utk pastikn biz sye nyh berjaye..
na berjaye same2?..emelkn sje ke mr_milow@yahoo.com.my…
February 20th, 2009 at 3:23 am
Hi,
This is so misleading. Kindly please use “correct” subject to reflect your article. You may think is cool to do so but to some of us it could be a disappointment to read something that is not related.
Sorry to mention this but I have to raise my concern.
Many thanks.
January 18th, 2010 at 12:27 pm
saya amat setuju dengan kenyataan Saiful Hisham di atas. Berapa ramai lagi yang akan menjadi mangsa agaknya. MLM memang boleh membuatkan seseorang itu kaya, tapi bukan senang, bukan mudah, muka mesti kena tebal promote sana sini, cari orang sana sini. dan sebenarnya hanya 10% yang berjaya dalam MLM. 90% lagi, faham-falam lah ye. duit habis, penat pun dapat.
Di Malaysia dan telalu byk syarikat MLM, dh tepu. Tiada jalan singkat untuk dapatkan duit banyak dengan cara mudah.
ang menyedihkan, orang melayu yang ramai terlibat dengan MLM, mesti tahu kenapa kan…. NAK Cepat KAya! + tapi MAlas + nak MUDAH