Berapa Bilangan Persaingan Anda Di Internet? Kami Ada Jawapannya
Post hari ini masih lagi mengenai persaingan. Berdasarkan feedback yang kami terima berkenaan buku kami, “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” yang memberi banyak maklumat dan mudah difahami mengenai cara memulakan perniagaan Internet sebenar, (boleh dibeli di kedai2 buku berhampiran anda,atau tempah online di Saudagar.com.my), kami mendapati ada pembaca yang meminta satu kaedah yang lebih mudah untuk mencari produk yang boleh dijual di Internet.
Dengan kata lainnya,pembaca mahu cara yang mudah untuk mengenalpasti pasaran yang masih belum tepu dengan persaingan, pasaran yang masih menguntungkan untuk disertai oleh orang-orang baru bermula.
Kaedah yang kami kongsi dalam buku kami, berkesan, cuma hanya satu keyword boleh diperiksa pada satu-satu masa. Kami dengar permintaan anda, dan terimalah, SaifulSham Analyzer!
Satu peralatan yang anda boleh gunakan untuk menentukan “profitability” sesuatu niche sebelum anda menyertainya. Dan yang bestnya, anda boleh menentukan persaingan dalam beberapa niche secara serentak! (kami cadangkan tidak lebih dari 5 pada satu-satu masa)
Klik di sini untuk SaifulSham Analyzer.
Boleh juga diakses di http://analisa.saudagar.com.my
Oh ya, kami juga buat masa yang terhad, membuka ruangan iklan di halaman tersebut kepada mereka yang berminat dan mempunyai produk berkualiti, sahaja! Anda pasti tahu potensi laman tersebut bukan?
Untuk JV & penyewaan ruangan pengiklanan (rates kompetitif untuk 3 pengiklan pertama) hubungi kami di http://support.saifulsham.com
Kami terbuka untuk perbincangan! Terima kasih!
Â


April 21st, 2006 at 3:11 pm
askum,
tahniah atas penerbiatan buku anda, blom abis baca lg so xlayak nak bwat testimonial lg, but so far verry good!!! tentang saifulsham analyzer tu, xtau cara nak guna dia,mana nak letak search term,kotak besar tu ape?kotak kecik tu ape?result yg dapat tu maksud dia ape?
harap dapat beri penjelasan,tq
April 21st, 2006 at 6:09 pm
Kotak besar tu, adalah ruang untuk dimasukkan keyword, satu baris demi satu baris.
Kotak kecil tu, Google API key, boleh diabaikan. Sebab tu saya letak “pilihan”, kalau tidak dimasukkan, program tersebut akan proses request anda secara automatik meminjam “key” kami.
Selepas memasukkan keyword yang diingini;
Regular tu bilangan yang ada kat Google, mcm yg kami tunjuk dalam VCD.
Nak tgk jumlah persainga sebenar, tgk under “in both”
Nak tgk pesaing hard core, tgk “in title”
Sila2, kalau ada yang nak tanya lagi. SaifulSham Analyzer tu satu tool yang sangat membantu kalau digunakan dengan sebaik-baiknya…
April 22nd, 2006 at 1:09 pm
sy rs saifulsham analyzer nie sesuai tuk bwat analisis market n demand kn? kalo banyak pesaing,means market tu besar,betul tak?mane yg lagi baik?amik market yg ramai pesaing atau market yang kurang pesaing?ramai pesaing juga sama dgn banyak permintaan kn?
April 22nd, 2006 at 6:20 pm
Hmm,
Boleh juga Amrul. Tetapi untuk menetukan demand dengan lebih tepat lagi, saya rasa gunakan petua yang kami kongsi di dalam buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”. Kalau banyak pesaing selalunya memanglah ada demand TAPI, TIDAK semestinya.
Kita sesuai amik market dengan kemampuan kita. Dan ada demand yang secukupnya.
Kami ada share di dalam VCD tutorial bersama buku tersebut (sambil dgr saya berceloteh tu, ada juga petua dan tips yang saya selitkan)
January 4th, 2007 at 5:07 pm
sebenarnya kalau dapat produk yang tak perlukan persaingan dan x ramai orang buat lagi baik…contohnya ubat yang dicipta sendiri atau buku yang tajuk x pernah orang create..cerita macammana nak cari kerja kat internet ok gak…
syah
http://www.pil-fiber.com
September 24th, 2008 at 1:13 pm
macm mana nk buat sya sendiri pn x tau harap saiful tel saya 0124602398