Bermain saham : Episod 2
Hello pembaca SaifulSham!
Salam bertemu kembali. Seperti yang saya janjikan, saya akan menyambung penulisan saya mengenai dunia saham. Respon yang diberikan pembaca SaifulSham memang hebat untuk penulisan artikel saham beberapa hari lepas.
Nampaknya, ramai menggesa saya menulis sebuah buku khas untuk newbie bermain saham. Teknik dan cara. Saya akan mulakan penulisan saya mulai Jun ini secara berperingkat-peringkat kerana saya harus menyelesaikan banyak urusan terutama hal ehwal bisnes Team SaifulSham.
Dan yang hebatnya, untuk pengetahuan anda semua, saya sedang menyelesaikan urusan pembelian hartanah pertama Team SaifulSham!
Hartanah pertama yang dibeli Team SaifulSham. Macam mana tu?
Begini kisahnya, saya kini sudah menyerahkan sebahagian wang keuntungan Team SaifulSham kepada bapa saya dan saya sedang melibatkan diri dalam pembelian hartanah bersama bapa saya. Walaupun jumlah share yang kecil, tetapi ini langkah pertama Team SaifulSham ke dunia hartanah.
Sebetulnya, sebelum ini, sejak setahun yang lalu, saya sudahpun ‘menabung’ semua simpanan saya dalam hartanah. Seriously, duit simpanan peribadi yang disimpan sejak saya lahir, hampir 95 peratus saya laburkan dalam hartanah.
Dan indahnya, tahun ini, nilai pulangan sudah naik sekali ganda.
Let’s make rough calculation:
If a year ago, i invested of RM20k, so it has growth to RM40k this year! That’s a true story. ( Jumlah yang dinyatakan adalah contoh)
Indahnya dunia hartanah jika kita tahu teknik dan kaedah dan rahsianya!~
Cuti semester akan datang ini akan menandakan secara rasmi saya belajar secara rasmi hal ehwal berkaitan hartanah. Sebelum ini, saya hanya dibawa bapa saya ke tapak hartanah tersebut tetapi kali ini, saya akan bersamanya untuk ke mana sahaja urusan berkaitan hartanah termasuklah berjumpa pihak guaman.
Jadi, saya akan ceritakan Jun ini, apa kisahnya.
Baiklah, lupakan seketika dunia hartanah kerana saya hendak memenuhi janji saya kepada pembaca yang ingin tahu lebih lanjut mengenai dunia saham.
Beginilah, saya tidak mahu mempromosikan dunia saham sebab ianya terlalu berisiko terutama buat newbie tetapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita tahu bila mahu membeli dan bila untuk dijual.
Sebabnya:
Semua orang tidak boleh membuat sebarang andaian tepat akan pergerakan saham. Hatta pakar pelaburan sekalipun, mereka tidak boleh meneka harga saham dengan tepat. Mereka hanya boleh meramal berdasarkan kajian terhadap sesebuah syarikat, dan itupun tidak terjamin.
Hatta remisier pun selalu salah dalam tekaan mereka. Remisier – orang yang memberi nasihat jual beli saham ( anda boleh jumpa mereka di pejabat sekuriti contoh: Mayban Securities)
Ramai orang berminat apabila saya bercakap akan keuntungan lumayan dari dunia saham. Walaupun saya mengakui, pelaburan saham adalah salah satu cara pemacu kekayaan, tetapi dunianya ibarat anda orang bandar yang mahu menempuh rimba hutan Amazon.
Sukar dan berisiko tinggi.
Kalau saya diberi peluang untuk membuat arahan, saya akan membuat arahan “Jangan ceburi dunia saham samborono, jangan melangkah ke dunia saham kecuali IPO”.
Untuk newbie, ada beberapa kaedah lain selain IPO.
Langkah yang paling selamat adalah anda laburkan wang anda ke dalam dana-dana seperti unit trust (Public Mutual) dan Amanah-amanah saham dibawah PNB (ASM, ASW2020).
Secara logiknya begini, anda mungkin tidak dapat merasa feel bermain saham dengan menyertai dana-dana sebegini. Sebabnya, wang anda akan diuruskan pengurus-pengurus dana ini yang akan melabur dalam Bursa Saham.
Pengurus dana inilah yang akan menggunakan wang yang dilaburkan anda untuk bermain saham dengan matlamat untuk mencatatkan keuntungan. Sebarang keuntungan akan diagihkan kepada anda selepas ditolak caj-caj perkhidmatan mereka dan cukai tertentu.
Walaupun, anda mungkin tidak dapat merasa keuntungan yang besar dalam jangka waktu yang singkat melainkan jumlah pelaburan anda besar, tetapi secara kolektifnya, ia adalah sangat baik.
1) Anda tidak perlu memeningkan kepala memikirkan untuk membeli dan menjual saham syarikat di Bursa Malaysia.
2) Anda tidak perlu menghabiskan masa untuk study market, dan membuat tindakan.
3) Anda tidak perlu untuk membelek-belek beratus-ratus muka surat berkaitan sesebuah syarikat.
Semua kerja yang menyusahkan itu dibuat pengurus dana kerana memang itulah tugas mereka. Merekalah yang akan bekerja keras agar pelaburan anda membawa pulangan yang maksimum.
Satu lagi kelebihan mereka, anda boleh mengeluarkan wang anda sesuka hati tanpa perlu menunggu tempoh dan tarikh tertentu. Maknanya, jika anda mahukan kembali wang anda, on the spot, mereka akan membayar sejumlah wang pelaburan anda.
Faham atau tidak ni?
Begini, saya ceritakan perlahan-lahan.
Anda sudah tentu pernah mendengar Amanah Saham Wawasan2020, Amanah Saham Bumiputera dan berbagai-bagai lagi dana saham yang diwujudkan. Tahukah anda dimanakah wang itu dilaburkan?
Ya, ia dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pengurus dana seperti PNB ini akan menggunakan wang anda untuk membeli saham terpilih dan menjualnya jika perlu. Tugas mereka adalah mencari keuntungan atas pelaburan anda. Dan destinasi mereka adalah saham.
Oleh sebab itulah kerja mereka, jadi mereka adalah orang yang pakar dalam dunia saham.
Jadi, anda boleh laburkan wang anda disana dengan tidak perlu anda bimbang akan pelaburan anda. Anda bayangkan, dengan wang yang diuruskan pakar-pakar ini dengan wang yang diuruskan kita sendiri, sudah tentu wang diuruskan mereka lebih terjamin.
Lagipun, dunia saham bukan boleh dibuat main-main. Silap diurus, anda boleh kerugian besar.
Sebetulnya, saya sendiri tidak mempunyai mana-mana pelaburan dalam mana-mana amanah saham (sebab saya sudah gunakan untuk pelaburan hartanah:p) tetapi saya mengesyorkan buat newbie kerana tahap risiko yang ditanggung adalah minimum. Satu lagi, ianya dijamin pihak kerajaan.
Bapa saya sendiri jarang bermain saham kecuali IPO. Walaupun beliau pernah membeli pegangan dalam syarikat di Bursa Malaysia, kebanyakannya beliau selalu kerugian berbanding keuntungan.
Oleh sebab itu, bapa saya hanya menumpukan kepada IPO berbanding dengan saham biasa.
Kata beliau “No, you cant follow anyone in stock market. Obviously, its so risky. You cannot follow your heart too. Never ever use prediction in stock market.
Kalaupun 1000 orang remisier sekalipun menyuruh saya membeli saham syarikat ini, saham syarikat itu, i’ll never buy!”
Betul tuan-tuan. Bukan semua kata-kata remisier boleh diturut.
Saya ada kisah dimana seorang remisier diwaktu zaman sebelum kegawatan ekonomi menjadi kaya raya disebabkan saham ketika itu melonjak tinggi.
Remisier – walaupun beliau hanya tukang memberi nasihat pelaburan, tetapi sudah tentu beliau pun joint pasaran saham.
Jadi, kisahnya, remisier ini adalah jenis yang tidak pandai menyimpan. Ada sahaja keuntungan, beliau gunakan dengan membawa keluarganya melancong ke luar negara.
Atas sahamlah, beliau boleh dikatakan jutawan pada waktu itu. Tetapi, prediction remisier pun seperti saya cakap, bukan boleh dipakai sangat.
Akhirnya, apabila kegawatan ekonomi tahun 1997, beliau merempat dan terus bersara dari dunia saham, hatta jawatan sebagai remisier.
saham yang dibelinya jatuh merudum, satu kesilapan besar beliau pada saat itu:
Memegang saham terlalu lama, dan yakin akan tiadanya kegawatan ekonomi. Jangkaan itu meleset apabila saham yang dipegangnya jatuh merudum dan beliau kerugian beratus ribu ringgit. Hingga saat ini, saya mendapat tahu, beliau hanya bekerja kecil-kecilan (menjual nasi lemak).
So, anda tahu betapa risikonya dunia saham.
Baiklah, saya rasa biarlah setakat ini ulasan saya. Ada banyak lagi cerita mengenai dunia saham yang saya akan kupaskan dilain hari.
Ok, aKhir kata, saya betul-betul menyarankan dua perkara sahaja kepada newbie:
1) Beli saham IPO (itupun dalam masa tertentu).
2) Beli saham amanah.
Itu sahaja!
Â


May 12th, 2006 at 10:40 am
betul tu. kalau gian jugak nak bersaham. boleh ler beli yang murah². 1 lot lebih kurang 1K. hehe. Buat masa ni boleh main amanah saham dulu. Tunggu ekonomi jatuh (bukan nak doa, tapi itulah masanya saham paling murah – kalau ekonomi tak jatuh, baguslah). Dalam permainan saham ni, disiplin yang paling penting.
Sekadar pendapat
May 13th, 2006 at 3:05 am
Terima kasih banyak2. Bes betul perbincangan pasal saham di website ni. Isu2 lain pun bes juga. Inilah pertama kali saya diperkenalkan kpd dunia saham secara detail oleh orang yang betul-betul terlibat dan bukan sekadar sembang2 kosong. Jasa mu dikenang
Betul juga kata hasrul. Jadi saya cadangakan, kumpul duit untuk melabur semasa ekonomi jatuh. Walaubagaimanapun, saya fikir tidak banyak pelaburan yang dapat dibuat kerana risiko untuk rugi lebih tinggi semasa ekonomi jatuh (takut nilai saham tu jatuh lagi). Nilai ringgit sekarang dah naik sebab usd jatuh, jadi harga barangan Malaysia di luar negara turut menjadi lebih mahal, seterusnya harga barangan malaysia jadi kurang kompetetif. Saya fikir saham syarikat-syarikat yang berkenaan (eksport barang ke luar negara) boleh jatuh sebab hal ini.
Saya belum bermain saham lagi. Masih mencari masa untuk membuka akaun cds. Jadi, jika pendapat saya tidak betul, saya harap ada yang akan memperbetulkannya.
Saya masih memerhatikan senarai IPO di http://www.klse.com.my/website/listing/ipos.htm tapi nampaknya masih tiada yang baru. Dah lama sangat dah, senarai IPO tu tak di update ke?
Ada tak dikalangan rakan-rakan yang melabur dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN? Pernah menang cabutan bertuah? hehe. Sebenarnya saya berminat untuk melabur di sini. Jadi, saya harap jika ada rakan-rakan yang bepengalaman dalam pelaburan SSP, sudi-sudilah berkongsi pengalaman (samada baik/buruk) atau strategi anda dalam pelaburan ini.
Sekian dahulu, kepada team saifulsham.com, sekali lagi terima kasih atas segala usaha kalian dan kesempatan untuk kami (para pembaca/pengikut hehe) berkomen di sini.
May 13th, 2006 at 4:37 am
Pasal Saham, biar Syazwan jawab la. Saya tak tahu sgt
Psl SSP tu, saya pernah simpan tapi tak pernahnya dapat. Tapi pakcik saya banyak kali bertuah. (tp dia simpan time SSP tak popular lagi) Mula2 dpt seterika, lepas tu periuk nasi, akhirnya, Kereta Wira sebijik…
Maybe 10 tahun dah kot. Time Wira baru2 keluar dulu.. SSP ni cam cabutan bertuah la jugak…
May 16th, 2006 at 7:46 pm
hai…pasal SSP tu saya pernah masuk rm500 ..lepas tak smp 2 bulan kenalah cabutan …hadiah saguhati sijil bernilai RM 100..oklah jugak saper nak bagi kan….
jadik kalau sesaper rasa nak melabur tu boley, tapi saya melabur kat situ hanya bersifat sementara dari duit tu floating sementara nak tunggu masa nak digunakan….
apa-apa hal pun, kalau niat nak simpan duit dan susah nak kuarkan, tu lah tempatnya
May 17th, 2006 at 7:39 pm
Terima kasih sabri dan superman.
Bagus jugak idea “membekukan” duit tu.
Saya rasa, saya memang akan membuka SSP nih, sebab saya rasa saya tak akan rugi dan sentiasa dalam peluang untuk dapat duit free/hadiah.. etc
May 18th, 2006 at 2:57 pm
I ade beli SSP , RM1000++ tp blum bnasib baik lagik..
La ni nk beli SSP senang,just beli kt Mesin ATM GIRO tuh..Klik2 jer kt Giro, kurang 1 bulan ,BSN akn hantar SSP ke rumah tp kena ler update alamat nnti antar kt rumah sewa lama pulaks..
I sll outstation , so di setiap negeri dan tpt , i akan beli SSP kt GIRO..so maybe chances nk menang tuh lebih skit sbb more dispersed , beli merata kt Msia….Cuba ler..kot2 rezeki uols murah, mana tau..
May 19th, 2006 at 11:12 pm
Oo macam tu pulak ye. Ok.. mekasih bebanyak Peragawati mengenai strategi yang dicadangkan.
July 24th, 2006 at 2:29 pm
Beli saham atas tip yg kononnya saham akan melambung tinggi seperti iris dan polytower skarang ni memang berisiko tinggi, sangat2 tinggi. Mula2 untung la tapi kalau tamak atau takda strategi jual yang baik…..hancus.
Saya dah melabur lebih 14 tahun, untung susah dan lambat nak buat, akan tetapi rugi boleh dalam sekelip mata. Secara purata nak dapat untung 9% setahun punyalah susah. Baik je labur dalam ASB (dividen boleh tahan, harga tetap rm1).
Sungguhpun begitu, saya memang minat betul dalam bermain saham aka Share Trading.
Saya kini nak berjinak2 untuk menambah ilmu untuk berniaga. Intrnet business/home business lebih baik. Any suggestions ie internet website lain or guidebooks??
September 5th, 2006 at 9:42 am
Salam sejahtera.
Sedikit pasal unit trust. Jika ingin melabur, mulakan dengan melabur dalam unit trust. Risikonya kecil berbanding invest dalam stock. High risk high return.
Invest dalam unit trust tak perlukan modal yang besar. Lakukan secara berkala sebagai satu cara reduced risiko. Sangat berkesan bagi jangka panjang.
Melengahkan pelaburan bermakna rugi. Memasuki pasaran pada rendah dan jual pada harga tinggi memang baik untuk meraih untung. Persoalannya adakah kita tahu bila pasaran merudum? Tedapat sesetengah pelabur melabur pada harga tinggi dan menjualnya pada harga lebih tinggi. Sanggupkah mengambil risiko?
Ambil kesempatan menyimpan/melabur pada usia muda. Semasa kita masih bujang. Semasa komitmen pada keluarga masih kurang. Bila dah berkeluarga, anak dah bersekolah – pada masa tersebut mungkin kita tak mempunyai wang yang cukup untuk menyimpan.
Unit trust merupakan salah satu cara berkesan bagi membina kebebasan kewangan pada masa hadapan.
Terima kasih.
October 3rd, 2006 at 12:41 am
assalamualaikum saudara yang saya hormati…..
apakah maksud IPO itu?
adakah Intellectual Property Owners Association?
January 7th, 2007 at 2:03 am
Beli SSP tu amalan yg baik. Menang atau tak dpt hadiah pun tak apa. Sebab, RM10 sekeping SSP. Lama-kelamaan akn dpt kumpul banyak keping/unit SSP. Bila kita tebus SSP nanti…kayalah kita krn dah simpan byk wang secara tak sengaja….betul kan?
e-mail aku lah jika ada cadangan lain. desmondchan_3686@yahoo.com.my
December 23rd, 2008 at 10:00 pm
Terima kasih team saiful saham amanah Public Mutual sekarang kalau beli memang berbaloi utk jangka panjang nak tunggu harga rendah inilah masa membeli dana unit amanah nak tau contact email saya drmhy_72@yahoo.com
December 23rd, 2008 at 10:14 pm
Pelaburan Unit Amanah Public Mutual ada 2 dividen
1) Distribution Return
2) Capital Growth
Peluang masa sekarang kalau beli dengan Rm1000 bahagi harga sekarang rm0.15 dapat unit 6,666. Kalau harga naik rm0.20 duit tadi akan jadi rm1333 ini belum campur dengan dividen tahunan.. nak tau lagi figure keuntungan sila email drmhy_72@yahoo.com…. Tapi kalau ada yang berminat nak jadi agent Unit trust dialu-alukan. semua nota & soalan peperiksan ada disediakan. income lumayan bergantung kepada usaha masing-masing. Saya dah join Agent Public Mutual setahun setengah Alhamdulillah tidak menghampakan.
December 23rd, 2008 at 10:26 pm
Sesiapa yang ada EPF boleh melabur tanpa membayar sesen pun.Saya boleh uruskan semuanya. Tapi mesti mengikut syarat yang ditetapkan oleh Public Mutual dan KWSP .Panduan kelayakan melabur mengikut umur boleh lihat di laman web KWSP.. atau contact saya drmhy_72@yahoo.com. Ramai rakan-rakan EPF telah melabur kerana ia mudah… tidak membebankan pelabur… yang paling penting duit simpanan dari EPF yang dilaburkan dalam Public Mutual tadi boleh digandakan dan memberi pulangan yang lebih besar untuk simpanan hari tua atau persaraan nanti…Kerajaan sekarang juga turut menggalakkan kita melabur dalam Unit Amanah melalui kempen-kempen media masa..Cuma kita yang tidak perasan. Inilah pelaburan yang dijamin. Kenapa , mengapa kita tak nak rebut peluang ini…Fikir-fikirlah…
January 29th, 2010 at 1:05 am
boleh untuk bermain saham jika kena pada tempatnya.yg paling penting displin. saham terbaru yg boleh di beli ghlsystem 0.400. citigrp 0.080 so sy ingatkan kalau nak beli saham cari saham yg berharga bawah 1.00 utk para newbie..untuk thn 2010 adalah masa yg sangat sesuai utk membeli/menjual saham. saham tgh aktif. tunggu akhir bulan mac, ada terbitan saham baru…