Bermain saham!
Hello pembaca SaifulSham! (Trademark Syazwan menyapa pembaca, hehe)
Beberapa hari lepas saya ada menyatakan kekecewaan saya kerana tidak memohon IPO TH Plantation Bhd. Sebabnya, IPOnya telah melonjak tinggi pada awal penyenaraiannya. Topik bermain saham ini sudah saya kupas dahulu (saya pun tidak ingat bila, anda boleh check kat Best of SaifulSham!hehe.), akan tetapi banyak soalan yang datang menghujani saya, macam mana nak main saham ni?
Oklah, kita lupakan seketika soal bisnes internet ek, sebab Team SaifulSham boleh bercakap atas 4 topik kepakaran kami:
1) Bisnes Internet
2) Hartanah
3) Saham, Insurans, Unit trust dan lln berkaitan
4) Keusahawanan
So, saya akan pilih topik ke 3 hari ini sebagai maklum balas dar anda semua pembaca SaifulSham yang setia.
Sebelum saya bercakap panjang lebar atas topik kali ini, saya perlu membuat pengunguman. Apa yang anda dengari daripada SaifulSham adalah dari mulut anak muda, saya dan Sabri.
Kedua-dua kami adalah berusia 20 tahun. Ya, kami berdua masih berusia 20 tahun. Lahir tahun 1985, so saya dan Sabri belum lagi masuk hari jadi ke 21, kami berdua adalah anak muda lagi.
Sebetulnya, kami berdua tidak berasa layak untuk digelar pakar kerana kami hanya berkongsi apa yang kami tahu dan kami buat dan kesannya kepada kami. Tetapi, walaupun mungkin terlalu muda, jangan ditipu oleh bayangan usia kami.
Because we make tons of money since we start off our business (especially internet business).
Saya sebenarnya tidaklah suka menayang pendapatan kami kepada umum, tetapi atas banyak sebab, kadangkala kita kena juga tunjuk. Nantikan ada yang berkata, SaifulSham tu cakap banyak, tiru cakap-cakap mat saleh, entah betul entah tidak diorang berjaya.
Apabila tunjuk pula, timbul pula masalah lain. Saya pernah ditanya ketika seminar, mana bukti jika anda berjaya dalam perniagaan internet. Serta merta saya buka file laptop saya dan saya tunjuk apa yang saya save, income Paypal, 2checkout dan juga Maybank.
Dan apabila masalah lain pula timbul (saya tak boleh sebut, nanti ada yang datang cari kami berdua ;p), saya hanya berkata kepada mereka “Thank you, i know most of you do not believe our age with this sum of money, but this is what you too can achieve if you followed our step!”. Huhu, dengan serta merta mereka mengambil pen dan menulis setiap patah perkataan kami!
Ok, berbalik kepada bermain saham. Sebenarnya, saya sudah bermain saham ketika saya berusia 18 tahun. Sejurus lepas SPM. Seperti pernah saya kongsikan bersama anda dalam artikel yang lepas, pada awal pembabitan saya dalam dunia saham, saya banyak di pandu bapa saya.
Sehingga hari ini, jika ada saham-saham baru terutama IPO, saya akan telefon bapa saya dan bertanya. “Abah, ni kompeni ni nak kua IPO. Ok ke tak time skang ni? Nak apply?”
Bapa saya selalunya suka menjawab “Nanti abah study dlu kompeni tu, kalau market ok, kita apply”.
Seingat saya antara kompeni yang pernah saya pegang sahamnya adalah KLCC Properties Bhd, Digi Bhd., Scomi Group dan lain-lain. Banyaklah juga.
Memang saya akui tidak ramai pelajar yang bermain saham ketika belajar. Sebabnya adalah modal dan tiada pengetahuan akan peluang potensi bermain saham. Saya belajar di universiti yang memang pure engineering, maka mentaliti pelajar disini adalah menjadi jurutera sahaja.
Memang baik dan bagus sekali menjadi jurutera (Malaysia kan tak cukup jurutera) tetapi saya rasa itu sahaja tidak mencukupi jika kita mahu berjaya dalam kerjaya kelak. Sebetulnya tidak ramai yang berminat akan keusahawanan di universiti saya, alasan yang paling biasa saya dengar:
1) Lepas ni peluang cerah nak kerja dengan syarikat minyak gergasi. Lagi tinggi dibayar. Boleh kerja di luar negara. Income USD dollar lagi (itupun kalau awak dapat, pointer awak tu berapa je)
2) Buat ape susah nak fikir cari duit sendiri, bila dah jadi engineer nanti, gaji boleh belas-belas ribu. Kalau tak pakai mercedes umur 40, tak payahlah belajar kat sini ( itu hanya angan awak, bukan senang nak dapat tahap tu, ramai yang saya jumpa memang tidak cukup duit walaupun gaji berbelas ribu, believe me, friends of my father ramai macam tu)
3) Aku takde bakat bisnes. Ko lain la, dulu kt MRSM ambil Akaun, aku ambil biologi. (Alasan sahaja!)
4) Aku bersyukur apa yang aku dah dapat hari ni. Aku taknak kaya, aku kalau dah hidup bahagia pun dah tenang ( lagi satu lurus bendul)
Macam-macam lagilah alasan ketika saya cuba mempromosikan untuk join kelab usahawan di universiti saya.
Ok, berbalik pada main saham (sudah jauh saya menyimpang ni), ada teknik tertentu yang boleh anda ikuti.
Saya tidak akan bercakap jika saya tidak tahu, tetapi seperti yang saya beritahu “I make tons of money with stock market”.
My dad make milions since he involved in stock trading in 1983 till now!. Yes, itulah kebenarannya. Saya tahu ada lagi orang yang buat berjuta ringgit dalam dunia saham tetapi mereka ini lebih suka berahsia kejayaan mereka dari berkongsi to the public.
Bapa saya bermain saham ketika beliau masih belajar di UKM, Bangi. Mak saya pernah beritahu saya ” Mama pelik jugak ngn abah Wan time muda-muda dulu. Time belajar dekat UKM, ada-ada sahaja belanja mama makan best2. Setiap kali ajak mama keluar, makan bukan tempat biasa-biasa. Ada duit jugak abah Wan dulu. Pernah abah beli jam tangan kat mama time birthday mama…lama-lama baru mama tahu, abah Wan main saham masa itu!” (Jangan dikisahkan kisah cinta zaman 80-an ;p, saya mahu tekankan kepada main saham sahaja :p)
So, apakah cara untuk bermain saham ketika masih belajar ini. Beginilah saya kongsikan lagi sedikit pengetahuan saya ini.
Bermain saham sudah tentu, paling banyak modal, paling tinggi peluang untuk menjadi kaya. Sebab itu, pelabur yang datang melabur di pasaran saham bukannya melabur ratus-ratus ringgit, selalunya paling kurang puluhan ribu dan paling banyak pun juta ringgit.
Tetapi itu pelabur besar, saya tahu pelajar-pelajar seperti saya tidak mampu untuk sampai di tahap itu lagi.
Jadi, saya kongsi apa yang saya pernah buat ” Start small and finish big”
Tak mengapa anda bermula dengan modal ribuan ringgit sahaja, kerana satunya saya mahu golongan muda ini belajar cara bermain saham. Sebabnya, jika kita golongan pelajar hendak tunggu sampai ke tua, kumpul dulu duit sampai ratus ribu baru hendak main saham, saya kira susah.
Hari ini anda boleh bercakap untuk kumpul duit tunggu sampai tua, tetapi kebanyakannya, tidak sampai 10 peratus pun boleh melakukannya. Sudah tua, lagi banyak komitmen,maka lagi banyak duit diperlukan ke tempat lain, maka tidak sempatlah anda untuk belajar dan menceburi dunia saham.
Dunia saham adalah lubuk emas jika kita tahu caranya. Seriously talking.
Sebab itu, saya tidak kisah jika kita golongan muda mahu mencuba saham biar dengan modal kecil-kecilan. Because u will learn something. Pengalaman kita yang menjadikan kita semakin matang. Pengalaman itulah yang mahal sebenarnya.
Jadi sebelum bermain saham; mari teliti dahulu beberapa persiapan
1)Ada akaun bank simpanan di Maybank atau BCB (yes, kedua-dua bank ini membuka permohonan saham di ATM Machine, saya tak kaji bank lain macam mana, maaf ya, hehe)
2)Buka akaun CDS (syarat umur 18 tahun ke atas). Pergilah mana-mana pejabat sekuriti dan berdaftar akaun CDS. Contohnya : KL Securities Sdn Bhd.) Syarat lagi, akaun CDS itu mesti tally dengan akaun bank kita.
3) Duit busuk-busuk pun RM10k kebawah.
4) Study market, komopeni.
5) Mohonlah saham anda (digalakkan IPO sahaja buat newbie)!
Ya, ya, dan ya. Saya tidak pernah bermain saham selain saham IPO. Bapa saya lainlah, modal dia besar. Tetapi saya yang kecil sekecil ikan bilis ini hanya main saham IPO. Tetapi ingat, i still make tons of money with IPO. Jangan perkecilkan IPO.
Tetapi, IPO pun ada time dia. Macam saham biasa juga, bukan sesuka hati boleh memohon IPO. Saya selalunya perhatikan dahulu keadaan pasaran saham semasa dan asas syarikat yang saya ingin laburkan IPO itu.
Pertama: Kalaulah keadaan pasaran saham seperti waktu ini, (minyak dunia naik sampai USD70 setong), bursa malaysia pun selalu naik turun, saya akan menjauhi pasaran saham biarpun semua IPO yang bakal disenaraikan mencatatkan premium (keuntungan).
Sebabnya, saya pelabur ikan bilis, apa-apa boleh terjadi pada saya. Saya perlukan sesuatu rangsangan yang benar-benar boleh membawa saya kembali pada dunia saham. (Sebab itu saya tidaklah kisah sangat tidak memohon IPO TH Plantation baru-baru ini, cuma merasa sedikti rugi sahaja)
Saya hanya memasuki pasaran apabila trend bulis (meningkat) itu pada tempoh sederhana. Maksud saya, dalam 2,3 minggu, pasaran Bursa Malaysia mengalami kenaikan berturut-turut, maka saya berani membuat kemunculan.
Satu lagi, dalam memohon IPO, nilai juga asas syarikat yang ingin kita pohon itu. Kita kena kajila sedikit latar belakang syarikat tersebut. ( Tetapi dalam banyak kes, saya hanya langgar sahaja. Sebabnya, kalau trend IPO ketika itu premium, dan Bursa Malaysia pun sedang bulis, saya memang akan main apply sahaja IPO itu) —-ini agak berisiko tetapi sehingga pengalaman saya, ia boleh diguna pakai jika kondisi pasaran adalah seperti dinyatakan. Jika tidak, kajilah betul-betul syarikat tersebut.
Huhu…panjangnya…baiklah, nanti kita bersambung lagi cakap-cakap mengenai IPO~ Kita sambung topik ini dalam sehari dua lagi.
Â


May 5th, 2006 at 12:31 am
akums saifulsham, sangat berminat mengikuti blog dan perkembangan anda, semoga sukses
nak tanya, ada tak buku2 yang best yang boleh menolong seseorang itu bermain saham, orang yang zero knowledge, buku yang mungkin fokus kepada ‘kajian’ sesebuah company
topik ini amat menarik dan seharusnya mendapat pujian
May 5th, 2006 at 11:59 am
BEST!!! Dah lama minat nak main saham tapi tak clear caranya. At least your explanation here is the most straight forward ever!
Sama ngan batagolek: Ada tak buku2 yg best utk newbies pasal saham nih.
takpun team saifulsham leh wat e-book tutorial “How-To-Main Saham in Malaysia for Newbies”..
May 5th, 2006 at 12:33 pm
Huhu…stakat ni blom terfikir nk tulis book or ebook ntuk newbie. Penat ngn bende2 lain..huhu.
Sbnrnye kn, sy tk pnh dpt pendidikan formal, so sy tk amk tau sgt buku psl main saham kt kedai2 buku. Sy mmg purely 100 percent belajar dr bapa saya. Sbb satu kedai buku kkdg tk sesuai ntuk market malaysia sbb slalunye import dr US.
Bt, i will survey it later, n klu ade buku2 mnarik psl saham nnti sy bgtau. Nway, klu mmg ade demand, sy bersedia aje mnulis buku psl main saham for newbies.
Sy tunggu respons pembaca, if got demand, i will thinking to write maybe eBook.~
May 5th, 2006 at 7:38 pm
Ya, saya juga tiap tiap hari datang sini, terdapat banyak artikel yang hebat. Saya ni ada juga main saham, tapi rugi teruk. Apa yang boleh saya kongsikan hanya 3 tips saja. Jangan kontra, beli syarikat yang mempunyai masa depan yang cerah, beli syarikat yang mempunyai divident tinggi. itu saje..Tak sangka dapat jumpa pakar saham di sini =)
May 6th, 2006 at 8:50 am
“3) Duit busuk-busuk pun RM10k kebawah.”
Banyak juga sebusuk-busuknye tu … Macam mana kalau saya tidak punya wang sebanyak tu? Atau macam mana kalau bapa saya tidak sekaya itu utk support saya secara financial ?
Mungkin boleh ‘tong-tong’ dengan kawan2….
Sekadar berkongsi pengalaman. Ketika zaman saya sekolah dulu, ada seorang kawan yang bapanya memang terlibat secara aktif dalam saham nie. Seperti Syazwan, minat mula tertanam.
Tetapi kawan saya ni bukan lah ada duit yang banyak, malah bapanya juga tidak berapa nak bermurah hati nak kasi duit. Apa yang kawan saya buat, dia menjadi fund manager, dia kumpulkan duit dari kawan2 yang berminat dalam IPO (mengikut kemampuan masing2) dan duit tu dilonggokkan pada satu tempat. Wang itu tidak sewenang2nya dilaburkan dalam satu IPO, tetapi perlulah mendapat persetujuan dari mereka yang ‘melabur’.
Sekiranya ada satu terbitan baru, kawan saya ni akan edarkan prospektus kepada kawan2 pelabur yang lain. Apa yang menarik, mereka akan sama2 belajar dan mengkaji mengenai kompeni dan market trend. Sekiranya mereka rasakan bagus, mereka akan mintak 2nd opinion dari bapa kawan tadik. Bapa ckp ok, then diorg apply. Setiap hari mereka akan baca paper tengok prestasi saham mereka. In the end, untung juga akan diberi sama rata mengikut peratusan sumbangan wang tadik.
Apa yang membuat saya tertarik, selain dari dapat mempelajari secara praktikal dan selamat, saham ini telah menjadi satu agenda yang mengikat mereka bersama2…
May 6th, 2006 at 11:44 am
Irwan, saya kira awak sudah ada pengetahuan berkenaan saham.
Ya, boleh saja kalau kita nak berkongsi. Terpulang pada kemampuan masing-masing. Saya berkongsi bersama bapa saya walaupun saya hanya bermodalkan dalam peratusan yang kecil.
Saya pernah juga cuba untuk mempromosikan IPo ini di universiti tetapi tahap kefahaman pelajar masih rendah, ramai antaranya mengganggap saham ini ibarat perjudian hidup. Ramai yang meragui. Sebab itu saya lebih selesa membuatnya bersama bapa saya.
Tetapi idea yg anda berikan untuk berkongsi memang bagus. Sekurang-kurangnya, risiko pelaburan kita semakin rendah apabila berkongi, walaupun kalau ada keuntungan ianya terpaksa dibahagikan.
Memang cara berkongsi adalah salah satu cara baik buat pelajar. Terpulang. Insyallah, dalam bulan Jun ini, saya akan mempersiapkan segala ilmu dalam bentuk eBook mengenai dunia saham. Saya akan tunjukkan satu persatu, macam mana nak main saham buat newbie.
Macam mana nak pilih kompeni, macam mana nak predict market. Apa yang perlu ada.
Sebenarnya modal RM10k itu hanya cadangan saya, saya tak menetapkan jumlah khusus. Tetapi sebolehnya, biarlah modal paling busuk RM10k, baru selesa sedikit.
May 6th, 2006 at 2:53 pm
Sebenarnya saya baru aje terjumpa site awak ini hari ni dan saya dapati awak memang hebat..dan tak sabar nak tau cerita awak yang terbaru..
Saiful, awak bertuah kerana ada bapa yang terlibat dengan aktif dengan saham dan sudi membantu anda.. saya seperti kawan2 lain.. berminat gak ngan saham ni.. tapi tu la takut ngan kerugian almaklum la zero knowledge.. tak tau bila masa nak beli bila masa kena jual.. so sangat bagus idea eBook for newbies tu.. saya sokong sesangat..
May 7th, 2006 at 12:31 am
Teruskan usaha untuk terbitkan ebook tu .. sokong sangat…
Ada satu falasi mengenai saham yang kadang kala menyebabkan orang fobia untuk memulakan dengan membaca buku berkaitan saham. Kebanyakan membaca buku saham yang tidak tepat dengan tahap pemahaman lebih2 lagi dalam saham ni ada juga terma2 yang agak sukar untuk difahami. Kalau Syazwan nak buat ebook, seelok2nya kandungannye dapat menghapuskan falasi ini.
Kalau saham IPO, saham ni lebih straight forward. Kalau naik ke paras yang kita nak, seterusnya decide nak jual atau tak. Basic rule. Kepada mereka yang baru2 nak berjinak dengan saham, ini sudah memadai. Sekurang2nya thrill main saham ni boleh dirasakan dahulu.. Seterusnya bila dah rasa thrill nye, teruskan dengan rules yang lain.
Seronok kalau Syazwan bole kumpulkan kawan2 kita ni ramai2 utk blajar. Dengan teknologi sekarang ni, saya rasa lebih mudah untuk belajar market + analisa kompeni .. internet kan adaaaa
Lagi pun, rasa berani sikit kawan2 kita nak apply.. dah rasa yakin esok, cuba la pulak apply sendiri.. kan bagus
May 7th, 2006 at 10:53 pm
wah wah…hebat ni..tak sabar nak baca ebook pasal saham jun nanti…(time cuti sem lak tu,,leh la start kecik2 dulu)..bdway saya dah dpt buku drp bitol (hantar ke bilik saye ,rajinnya).kandungan vcd tutorial tu mmg mantap (humorous)…nanti bolehlah buat vcd pasal saham pulak..saya selitkan soalan sini …Bagaimana nak jual barangan killer product MLM melalui internet..kaedah ‘drop shipping’ ke?
May 8th, 2006 at 3:55 pm
ebook saham setakat nie saya tak nampak lagi, so kalo ada dalam bahasa melayu, akan tip top…especially kalo product saifulsham, bile nak kuar second book ? semua klien saya puji buku tu, kalo buat mini seminar kat Jusco Ipoh / Giant / Tesco saya rasa buku ini akan laris macam goreng pisang…sebab ada CD free…itu yang buat mahal tu……
May 8th, 2006 at 4:06 pm
Batagolek,
terima kasih sokongan anda. Sebab korang semua kami saifulsham duk perah otak menulis sesuatu yang bermanfaat.
Saya habis membelek balik buku-buku, akhbar mengenai saham dan telefon bapa saya. Insyaalah, saya cuba memberikan sesuatu yang tidak menghampakan semua pihak.
Saham dalam bentuk VCD? Huhu, pelik gak tu, macam mana nak buat…nanti saya fikir-fikiran. Teruknya permintaan anda semua ;p
Faliq, pasal killer produk tu, senang cari killer produk di malaysia sudah. byk syarikat MLM kt malaysia, cumanya sakit sikitla..kalau ada order satu-satu, kena beli.
MLM kat malaysia ni ade ke buat drop ship. Klu ade baguslah. boleh je, tapi setahu saya, kita kena beli sendiri di stokis ke, stokis mobil ke.
May 12th, 2006 at 11:00 am
Saya ada satu buku mengenai saham Wall Street dan kejatuhannya. Old School punya buku. Selain daripada tu ada jugak ler buku² lain. Penat nak baca, tebal sangat. Dulu selalu ler beli buku pasal saham ni. Sekarang tak lagi. dah tak amik kisah lagi. Tapi selalu jugak student yang amik postgraduate pinjam untuk buat rujukan.
June 14th, 2006 at 9:32 am
Kalau ada saham-saham kompeni yang cambest untuk melabur, bagitau tau la Syazwan, bleh nak tumpang sekaki. Blehkan? hehehe….
September 4th, 2006 at 5:16 pm
Salam sejahtera,
Mohon turut serta.
Sedikit tentang unit trust. Di negara kita, unit trust telah ada sejak tahun 1959. Berkembang agak perlahan. Mula dikenali pada 1981 setelah PNB melancarkan ASN.
Kerajaan mempromosikan unit trust bagi tujuan meningkatkan pegangan 30% bumiputera dalam syarikat awam dan berhad (DEB).
Belanjawan 2007 menunjukkan hanya 14.6% nilai aset bersih unit trust di Bursa Malaysia. Amat kecil. Tetapi dari masa ke semasa unit trust semakin mendapat tempat dikalangan pelabur-pelabur.
Melabur perlukan sedikit ilmu. Tidak perlu jadi pakar. Supaya kita tahu apa yang kita buat. Tahu apa yang kita perlukan. Apakah risiko yang ada. Berapa lama tempoh yang diperlukan bagi capai objektif kewangan kita.
Unit trust merupakan pilihan terbaik untuk menyimpan duit. Ambil sedikit risiko, insyaallah pada jangka panjang sangat menguntungkan.
Nota: ASW 2020 habis dilanggan dalam tempoh 27 minit sahaja!! Jangan risau, unit untuk kita beli berlambak-lambak lagi. Habis dilanggan tu untuk bukan bumiputera. Sedihnya!!!
Untuk sdr Syazwan teruskan usaha anda
Terima kasih.
November 6th, 2006 at 2:08 pm
Assalamualaikum..
Saya ingin mendapatkan cara bagaimana hendak memulakan permainan saham. Saya memang tidak mempunyai asas mengenai saham.Tidak tahu nak mula dari mana..kene cari remiser ke?…Modal pun tak banyak…jika RM100 boleh ke?Saya ingin menambahkan pendapatan. Sila bantu saya. Terima kasih
June 14th, 2007 at 1:23 pm
askum….leh tahan gak kan kalu dapat bermain saham..ada tak cara atau penerangan yg khusus untuk memulakan saham?dan modal terendah yg boleh dilaburkan?
July 4th, 2007 at 1:22 pm
Hai saiful team. Saya tertarik dengan dana 10k.Tapi kalau nak praktik tu janganlah gunakan offline sahaja.Pada sayalah cadangan itu dibuka secara online.Manalah tau ada secara online nie yang nak bergiat dalam saham.Kongsi-kongsikan harta tuhan oiiii.Heehehehe.
July 24th, 2007 at 10:00 am
hai saiful team.saya ada modal 3k.saya nak main saham tapi x tahu.macam mana yek,tlg lah saya.
October 28th, 2007 at 7:12 pm
SAYA NAK MAIN SAHAM TAPI XTAU
TOLONG LA AJARI SAYA
March 9th, 2008 at 10:23 pm
Salam Semua,
Insya allah, sapa2 minat nak tau pasal forex, kita bole kongsi ilmu pengetahuan.
email:buddyholy_fx@yahoo.com
December 16th, 2008 at 11:15 pm
salam…nak tanyew leh?? nak tanyer pasal saham…braper modal terendah yek?? and nak tanyer ape procedure tuk saham ni yek?? tq….
December 16th, 2008 at 11:16 pm
salam…nak tanyew leh? nak tanyer pasal saham…beraper modal terendah yek? and nak tanyer ape procedure tuk saham ni yek?? tq….
December 17th, 2008 at 3:16 pm
assalam mulaikum,
topik nie memang best sebab saya memang terlibat dgn dunia saham , kira masih baru since 1993 dulu hingga ke saat ini.bagi saya modal adalah tidak berapa penting tetapi yg paling penting adalah ilmu pengetahuan tentang market(pasaran saham)Jika ada ilmu wang dapat di jana dlm masa beberapa minit/ jam/ hari/ minggu bergantung dengan teknik dan kecairan pasaran.Yg terbaik sepanjang saya ceburi adalah analisa teknikal.
jika ada yg nak sembang lebih lanjut email saya:cpo188@yahoo.com.my Insya Allah saya akan konsi ilmu bersama- sama.Saya minta maaf jika lamabat balas kerena saya agak sibuk sikit.
Semoga anda semua berjaya di dunia dan akhirat.
February 20th, 2009 at 11:01 pm
Assalamualaikum, saya nak tanya bagaimana nk bermain saham, tips main saham, dan macam mana nak mula bermain saham? Saya juga nak tahu berapa modal terendah yang perlu untuk main saham…….Tolong ajar saya…..
February 25th, 2009 at 10:57 pm
Assalam mulaikum,sekarang adalah masa yg paling TIDAK sesuai untuk masuk ke pasaran saham.Kejatuhan pasaran di jangka akan beterusan untuk sethaun dua lagi.Tetapi sebagai persediaan kepada mereka yg ingin memasuki pasaran bolehlah membiasakan diri membaca ruangan biz pd the star.Buku yg terbaik untuk mula belajar ialag buku “saham” oleh dato salleh majid.
Jika pasaran dah ok nanti insya Allah modal 3 k boleh start.Buat permulaan buka akaun dengan mana mana broker saham yg berdekatan boleh rujuk kat laman web bursa malaysia http://www.klse.com.my/website/bm/brokers/equities/list_of_brokers_states.html.
Proses pembelajaran adalah lama, adalah lebih baik awak terus je beremail dengan saya, insya Allah saya akan ajar semampu saya.Perlu di ingat ini bukan jalan pintas ke arah kekayaan ,ramai yg telah gagal dan sedikit je yg berjaya.
May 13th, 2009 at 4:15 pm
saiful awak memang jujur memberi penerangan..insyALLAH awak akan berjaya…saya kagum dengan awak…syabas…cuma jangan langgar IPO yang tidak ikut syariah…wasalam
July 23rd, 2009 at 7:06 pm
ni 1st time tgk website ni,lately berminat nk main saham tp zero knowledge…hope boleh dapat more informasi..good luck
October 20th, 2009 at 9:08 pm
nak tnya ttg duit sham dlm tentera, mcamna ktrangan sbenarnya…
December 18th, 2009 at 7:17 pm
kalau kite beli pada harga seunit 20sen (bukan IPO) ari ni dan 2 ari kemudian harga turun jadi 10sen..tp kite biar kn aja smpi die naik semula..adakah kite akan kne cover jugak utk rugi 10sen tu??
May 29th, 2010 at 6:27 pm
act..saye bru sngt nak main shm..
tp..sye xtau..
mane nak cr broker..nak main tu cane..sumelah saye xtau..
haha
tpkn..kalo sye nk stat…leh x kalo 1k je??
August 17th, 2010 at 8:26 pm
assalamualaikum, saya ni bru je nak dekat2 dgn saham ni..leh x saya nak dapatkan sikit2 maklumat…apa 2 saham dan mcm mana nak ceburi bidang ni..harap leh tlg gtau melalui emel..mtak tlg sangat2 yew
August 18th, 2010 at 10:36 am
nak tanya sikit..
warna merah, hijau, kuning dalam senarai saham2 tu ape ek?
October 24th, 2010 at 1:25 pm
Hai saiful
Boleh buat entry asas2 untuk buat pelaburan pada newbie macam saya ni?Apa yg kami perlu study, pengenalan saham (apa yg kami perlu faham dengan saham), bagaimana nak bermula selepas membuka account, dengan siapa kami perlu berurusan (kalau boleh sertakan contact lagi bagus), kemana kami boleh rujuk selain internet dsbnya.
Modal minimum berapa?Terus terang saya nyatakan disini RM10K tu terlalu besar untuk org macam saya.
Dimana nak rujuk senarai pejabat sekuriti untuk membuka account CDS diseluruh malaysia?Saya diterengganu sudah pasti saya prefer lokasi yg berdekatan.Ada cara melalui online tak?
Saya tiada apa-apa pengetahuan mengenai saham.Pendek kata zero knowledge tapis aya berminat nak improve diri dan kehidupan saya.
Harap sudi jawab soalan saya.
Terima kasih.
January 18th, 2011 at 9:12 pm
blog dan artikel yang bagus sekali…terima kasih…
April 11th, 2011 at 2:24 pm
saiful, sekadar bertanya awak ni full time broker or part time, dan pendapat awak main saham ni klau part time adakah sesuai. tima kasih
May 31st, 2011 at 9:40 am
Saya ingin belajar cara bermian saham
June 27th, 2011 at 4:02 pm
Assalamualaikum..
Saya ingin tahu bagaimana hendak memulakan saham. Saya langsung tidak mempunyai asas mengenai saham.Tidak tahu nak mula dari mana..kene cari remiser ke?…Modal pun tak banyak…jika RM100 boleh ke?. Terima kasih
June 29th, 2011 at 2:40 pm
IPO tu pun tak tahu apa mendenye..
July 21st, 2011 at 4:15 pm
salam, saya baru ja habis belajar, abis tu cr la pasal pelaburan ni, tengok mcm menarik jugak. jd aku pun cr la pelaburan entah apa2 nak masuk. termasuk public matual, tp lambat la..dah la sikit hemm…jd rasa nak cr peluang yg besar, nak main la dgn IPO ni.. blh tlg ajar tak mana mana nak main saham ni..
April 28th, 2012 at 2:36 am
Sye minat bab2 main saham ni, tp sye xthu mcm mne nk main saham,… Xde pengetahuan lngsung dlm saham…. Ade sape2 ble bg tunjuk ajar….? Klu sudi add la fb (zdinrazali@ymail.com)
May 5th, 2012 at 11:43 am
just nak share,bagi yg minat dgn terbitan saham baru (IPO)ada saham baru yg akan diterbitkan pada awal mei 2012 nanti. Felda Global Ventures Holding.Harganya RM4650 (1000units).So dah bolehlah sediakan cash dan dengar2lah berita.TQ.