Bidang paling lumayan pernah kuceburi
Jika orang bertanyakan kepada saya, apakah pelaburan terbaik pernah saya libatkan diri sehingga hari ini, saya akan menjawab dengan tenang dan tanpa ragu-ragu ” Hartanah!”.
Saya ada pengalaman dalam beberapa industri pelaburan yang berpecutan tinggi dan hari ini saya akan ceritakan mengapa dalam banyak-banyak industri pelaburan tersebut, saya memilih industri hartanah.
Saya pernah melibatkan diri dalam dunia saham sejak saya mencapai status kelayakan, iaitu umur 18 tahun. Saya pernah merasai untung dan rugi dalam pasaran saham (psst…saya bermain saham bersama bapa saya), dan hari ini saya menjauhkan diri dalam pasaran saham ( pening kepala kerana asyik rugi). Pasaran saham sememangnya diakui boleh memberikan keuntungan tinggi jika keadaan momentumnya meningkat tetapi dalam keadaan sekarang, situasi Bursa Malaysia bukanlah senang untuk diramalkan bila ianya akan kembali bulis (bulis= meningkat) dan stabil. Walaupun tawaran IPO yang kini mengalami trend berharga premium, saya tidak berani membuat come back buat masa ini. Saya hanya memerhati trend sekarang dan saya berharap ada petunjuk untuk membawa saya kembali dalam dunia saham.
Ehem,ehem. Baiklah, seperti yang saya katakan. Mengapa saya tidak berapa suka untuk membuat pilihan pasaran saham adalah terbaik. Pertama, risikonya adalah terlalu tinggi. Apa jua pelaburan memang mempunyainya risiko tersendiri, tetapi pasaran saham adalah berlainan. Hari ini anda mungkin boleh ketawa terbahak-bahak kerana wang keuntungan yang tinggi di pasaran saham tetapi adalah tidak mustahil esok lusa anda akan diserang sakit jantung akibat harga saham yang menjunam. (Diharap tiada yang akan ditalkinkan;P)
Saya pernah mengalaminya, tetapi tidaklah sampai diserang penyakit jantung. Sekurang-kurangnya saya belajar untuk lebih berhati-hati dalam pasaran saham. Begitupun, saya juga pernah membuat keuntungan puluhan ribu ringgit dalam dunia saham bersama bapa saya. Nampak memang menarik, tetapi untuk mengaut keuntungan sebegitu rupa, modalnya juga perlu besar. Kalaulah modalnya setakat ribuan ringgit, lupakanlah pasaran saham! Ini adalah kenyataan. Kerana apa, tiada apa yang anda boleh lakukan dengan nilai tersebut melainkan anda sememangnya tidak bermasalah jika setakat untung puluhan ringgit dan mungkin juga rugi dengan nilai yang sama.
Mmm, saya akan ceritakan panjang lebar mengenai dunia saham nanti. Saya akan ceritakan dari A sampai Z kepada anda pembaca SaifulSham yang setia. Tetapi untuk hari ini, saya hendak membebel mengenai pelaburan terbaik pernah saya dapat sepanjang sistem pernafasan saya berfungsi ( sepanjang kehidupanlah maknanya itu).
Hartanah bukan bidang baru dalam hidup saya. Famili saya melibatkan diri dalam perniagaan hartanah sejak saya berusia 8 tahun lagi. Bermakna, dengan usia saya sekarang iaitu 21 tahun, saya sudah didedahkan dalam dunia hartanah sejak lebih 13 tahun. Sepanjang kitaran hidup saya, inilah satu-satunya bidang yang masih kekal berterusan yang dipegang famili saya hingga hari ini. Jadi, ini bermakna, sudah pastinya keuntungan yang menarik dan mengancam yang tentu mengekalkan tempo tersebut! Hehe, saya akan ceritakan lebih lanjut kepada anda.
Banyak jenis perniagaan yang diuruskan famili saya tetapi hartanah adalah bidang yang paling mencatatkan prestasi yang cemerlang. Belum ada bidang pelaburan yang memberi keuntungan sebanyak 100-300 peratus melainkan hartanah. Saya juga kadangkala agak kagum dengan betapa hebatnya industri ini.
Walaupun keuntungan yang dijanakan adalah tinggi, tidak semua orang mampu melakukannya dengan baik. Hartanah adalah bidang untuk orang yang minat dan mengkaji sedalam-dalamnya mengenai bidang ini dan paling penting, bersabar. Hatta anda mempunyai modal puluhan juta sekalipun, keuntungan dari bidang hartanah hanya untuk golongan yang mengkaji dan memahami situasinya dan mempunyai daya tahan yang lama. (Jangan risau, pengkajian yang perlu dilakukan tidaklah sesukar pasaran saham).
Mari saya berikan satu contoh mudah kepada anda semua mengapa sayalah mungkin orang pertama yang melompat jika isu hartanah dibincangkan.
Tahun 1995, bapa saya membeli satu hartanah dengan nilai lebih kurang RM 100,000. Tahun 2005, nilai hartanah yang dipegang melonjak kepada hampir RM 1 juta! Ini adalah kisah benar tuan-tuan dan puan-puan. Masa yang diambil mungkin agak lama tetapi itulah potensi industri hartanah. Jika anda masih tidak percaya, baiklah berikan saya satu industri yang boleh memberikan pulangan sedemikian dalam tempoh 10 tahun!
Saya rasa hanya satu sahaja yang boleh menyainginya, iaitu dengan berjudi!( Inipun penuh dengan risiko, dan paling penting, confirm tiket ke neraka;p).
Tetapi jangan khuatir, anda tidak perlu menunggu selama itu dalam bidang hartanah. Contoh yang disebutkan tadi hanyalah pada waktu awal-awal keluarga saya menceburi bidang hartanah. Waktu itu, tiada pengalaman secukupnya orang kata. Kini, dalam tempoh 2-3 tahun sahaja, keuntungan yang dijanakan melebihi 100-300 peratus.
Saya sebenarnya berat hati untuk memberitahu rahsia tentang apakah jenis perniagaan hartanah tersebut. Saya tahu, ada cerdik pandai dalam bidang ini sudah tentu dapat mengagak apakah jenis perniagaan hartanah yang memberikan pulangan sebegitu, tetapi buat masa ini, saya menyimpan dululah rahsia saya ini.
Cuma apa yang dapat saya beritahu, kalaulah anda berminat mengenai dunia pelaburan, jenguk-jenguklah pasaran hartanah. Belajar mengenainya kerana ada sesuatu yang boleh anda manfaatkan.
Walaupun saya sekarang menumpukan perhatian saya dalam dunia perniagaan internet, saya juga sentiasa belajar sesuatu yang baru dalam perniagaan hartanah setiap masa. Seperti saya katakan, keuntungan Team SaifulSham.com diinternet akan banyak dilaburkan dalam indusrtri ini kerana saya sudah tidak mampu menahan ghairah saya tentang betapa hebatnya industri ini.
Percaya atau tidak, sekaya manapun jutawan internet yang pernah saya kenal, belum ada jutawan internet tersebut yang dapat menandingi jutawan hartanah terkemuka. Sebab itu saya tidak dapat menolak keinginan saya untuk terus berkecimpung dalam industri hartanah.
Jadi, saya sarankan kepada anda semua yang tercari-cari pelaburan terbaik untuk masa depan, silalah belajar mengenai hartanah. Maaf, ilmu hartanah terlalu mahal untuk saya kongsikan bersama anda secara percuma. Apapun, saya sudah berikan klue kepada anda. Kajilah bidang hartanah. Pertama, mungkin anda boleh membaca buku mengenainya.
Begitupun, setakat ini, belum ada buku yang menulis mengenai jenis hartanah yang saya dan famili saya ceburi! Hehe…serius belum ada di pasaran. Kesemua buku hartanah di pasaran menceritakan jenis hartanah yang sama dan yang selalu orang dengar. Tetapi, apapun, buku tersebut masih lagi benar-benar bermanfaat. Sekadar intro kepada anda yang tercari bidang pelaburan terbaik, bacalah buku-buku tersebut.
Apa tunggu lagi, mulalah menuntut ilmu hartanah sekarang!
—————————————————————
Buku perniagaan internet paling lengkap pernah diterbitkan menanti masa untuk berada dipasaran.
Wahai pembaca setia SaifulSham,
Janganlah anda lepaskan peluang untuk memiliki buku yang dijangka meletup dipasaran, iaitu buku tulisan kami sendiri mengenai perniagaan internet yang dijangka berada di pasaran Mac ini di kedai buku-buku utama seperti Popular, MPH, dan lain-lain kedai buku.
Kami pertaruhkan dalil kami mengapa anda perlu memiliki buku kami nanti:
1) Kami tidak menulis dengan perkataan semata-mata. Kami menulis dalam imej bergambar (bukan kartun yang dilukis!). Belum pernah buku dipasaran yang diterbitkan sedemikian. Kenapa kami buat begitu? Kerana kami tahu kehendak anda. Kami tahu ramai newbie tidak faham buku yang telah ada dipasaran (kerana tulisan teks semata-mata) dan kami selesaikan masalah anda.
2) Kami beri lagi bonus VCD percuma. Beritahu kami, siapakah penulis buku yang ada pernah membuat kerja gila seperti kami? Beritahu kami, siapa penulis buku mengenai perniagaan internet yang sanggup mendedahkan rahsia melalui VCD pada harga tidak sampai RM40. Cepat, beritahu kami! Kenapa kami berbuat sedemikian? Kerana kami adalah segolongan orang gila tetapi bukan gilakan duit, kami gilakan untuk melahirkan lebih ramai usahawan internet di Malaysia. Kami tahu dan sedar, ramai yang masih meraba-raba dan memerlukan khidmat sokongan. Jadi, kami hadir menghulurkan tangan kami.
3) Buku kami diterima oleh publishing house ternama di Malaysia setelah kami menunjukkan bukti kukuh kehadiran kami di online marketplace. Ya, kami bukanlah seorang wira kampung kononnya menulis informasi-informasi rubbish. Serius, kami tahu anda mungkin dapat memperolehi maklumat perniagaan internet secara percuma diinternet tetapi belum tentu anda dapat mengaplikasikannya kerana kita adalah rakyat Malaysia. Cara dan kaedah untuk rakyat Malaysia menceburi perniagaan online adalah jauh berbeza dengan cara orang Amerika.
Jadi, kami dedahkan segala bukti hasil dari pengalaman kami sendiri. Kami tulis apa yang relevan dan apa yang tidak boleh dibuat oleh rakyat Malaysia. Kami tunjukkan juga taktik-taktik yang tidak pernah terfikir untuk rakyat Malaysia mendapatkan sesuatu diinternet yang secara kasarnya tidak boleh diperolehi.
Jadi, apa tungu lagi. Jangan ketinggalan untuk menantikan hari dan detik buku kami akan dilancarkan. Kami tiada jaminan bekalan stok untuk cetakan pertama anda akan perolehi. Sebabnya, kami sudah menerima minat tempahan lebih dari 100 nashkah setakat ini. Ehem,ehem, tahu apa yang perlu anda lakukan.


February 19th, 2006 at 6:29 am
1. Perniagaan
2. Pelaburan
3. Aset/Harta
4. Simpanan
Kalau yang no 1 hancur, anda masih ada no 2, 3 dan 4.
Hartanah termasuk dalam pelaburan atau harta anda.. Betulkan kalau salah..
p/s: psst, saya nak jadi pembeli pertama buku saifulsham.. Hehe..
February 21st, 2006 at 4:35 am
Heii smartusaha, u r rite!
Trimas kerana anda banyak menyokong kami selama ini. Kami akan cuba memperbaiki mutu pos-pos kami, supaya semua pihak berpuas hati.
Kami juga sama seperti manusia lain, tidak terlepas melakukan kesilapan n from time to time, we will improve etika kami berbahasa.
Adakalanya pos kami tidak bermaksud menyindir tetapi lebih kepada usaha menyedarkan orang ramai dan juga tidaklah bermaksud membandingkannya dengan orang lain. Yes, setiap orang mempunyai kelebihan mereka sendiri dan kami amat menghormati kelebihan masing-masing.
Thank u smartusaha, u give us something to learn.
February 21st, 2006 at 6:58 am
Ohh, pasal ayat atau bahasa tu, tengok tempatlah. Seperti yg saya katakan, kalau sesuatu ‘pihak’ itu memberi ‘bahaya’ atau kesan buruk kepada kita atau sesiapa sahaja, kekadang kita terpaksa berbahasa sikit. Maksudnya menyindirlah tu. walaupun tak terus direct.. Contohnya seperti program skim cepat kaya dan seumpamanya tu, kekadang saya pun menyindir.. hehe.. Especially kepada sifu-sifu skim cepat kaya yg degil, terpaksalah bagi sindiran yg pedas sikit. Kalau sindiran tu tak menjadi, terpaksalah berterus-terang & sedikit ketegasan.
Yg tak perlu sindirnya, mereka yg salah kecik jer, yang tak bagi efek besar pun.. Yg tu kita sama2 betulkan.
Bab compare lak, tak salah kalau untuk memajukan kita. Tapi kalau compare nak menjatuhkan dan dengki, hmm, xleh lah..
Hopefully, saifulsham.com terus maju dan maju. Kami sentiasa di belakang anda..
p/s: Kesalahan itu perkara normal. Tak perlu risau..
Saya pun, tak akan terlepas dari kesalahan..