Blog | Jiwa Raga Perniagaan Internet
Sebenarnya ada 2 perkara yang paling penting untuk kelangsungan sesebuah perniagaan internet. Maksud kelangsungan ini adalah teknik atau metod untuk mendapatkan jualan secara berterusan.

Ada banyak lagi cara pemasaran yang boleh mendatangkan hasil seperti PPC, program affiliate, berforum dan sebagainya, tapi bagi kedua cara di atas ini, impaknya agak pantas dan berkekalan. Namun bagi yang baru bermula dalam bidang perniagaan internet ini, ada banyak perkara yang bermain di fikiran anda. Sentuh ini tak kena, sentuh itu teringatkan ini dan pelbagai lagi konflik lain. Jadi sekurang-kurangnya saya katakan agar dapatlah anda mempunyai blog sendiri. Blog berkaitan perniagaan anda.
Contohnya:
Jika anda mempunyai sebuah blog berkaitan scarf;
Wujudkan www.globeofscarf.com/blog atau www.globeofscarf.com/fashiontips
Untuk mendapatkan hasil maksimum lagi, anda perlu lakukan sedikit lagi kajian extra, apakah orang yang mencari menggunakan keyword scarf itu dari golongan mana?
Mereka menggunakannya sebagai pakaian tradisi, fashion terbaru atau sebagai pakaian alternatif. Jadi gunakan salah satu dapatan dari kajian anda sebagai tema utama blog anda.
Contohnya, laman web berkaitan sukan bola sepak, anda boleh membina sebuah blog berkenaan berita-berita terbaru berkaitan bola sepak. Berita tersebut misalnya anda boleh dapati di Soccernet.com
Blog yang dimaksudkan di sini adalah blog yang menggunakan domain anda sendiri. Menggunakan blogspot atau lain-lain penyedia perkhidmatan blog percuma adalah bagus tapi sebagai satu faedah kepada proses SEO (secara tak langsung) adalah lebih baik anda menggunakan domain sendiri.
Membina blog sebenarnya cukup mudah. Terutamanya jika anda menggunakan syarikat hosting yang mempunyai Fantastico. (saya rasa SempoiHosting milik shuth ada menyediakannya pada harga berpatutan) Dari control panel hosting anda, klik sahaja “Fantastico” kemudian install “WordPress” . Anda boleh menggunakan perisian blog yang lain, tetapi ada pepatah mengatakan “safety by numbers”. Jika menggunkan perisian yang popular, lebih ramai tempat kita dapat mengadu dan merujuk jika berdepan masalah.
Pengalaman benar!
Oh ya, terlupa pula saya. Jika anda tergolong dalam mereka yang membesar dengan Blogger.com dan merasakan sukar untuk berpindah ke platform blog yang lain, anda juga boleh menggunakan blogger.com untuk membina satu blog ala2 blogspot di domain anda. Pilih “publish by FTP” dan berikan maklumat yang diberikan.
Yang menariknya mengenai blog ini, ia bukan sekadar menjadi makanan search engine, membina hubungan dan kredibliti. Sebaliknya ia berfungsi sebagai penghapus fobia.
Ya, anda takut untuk menyentuh kod HTML, seram sejuk membaca kod PHP?
Kod kod untuk blog adalah lebih mudah dan tersusun hingga mudah difahami. Sekali sekala jika anda ada masa, lihatlah kod blog anda. Dan tambahkan satu atau dua perkara yang menarik. Beri sedikit masa dan anda akan terkejut dengan kemahiran yang anda perolehi.
Blog, the way to go!


June 10th, 2006 at 3:25 am
Ya. SaifulSham Pa alif kap alif ro Yang Sebenar!!
—–edited by Sabri SaifulSham
Terima kasih Labanon atas sokongan anda. Kami sangat menghargainya. Kami akan terus berbakti selagi ada orang yang memerlukan bantuan dan khidmat kami.
Oh ya, komen Labanon tu saya tukarkan part pakar tu dalam jawi. Hehe… seganlah kami, jangan puji lebih2, takut timbulkan fitnah orang pula (kisah benar ni..hehe)
 Kami appreciate sangat, tapi…kami bukan lah pakar sangat pun. Sentiasa tercari2 ilmu buat menambah bekalan di dada.
“Belajar lah dari buaian hingga ke liang lahad”
Thanks sekali lagi Labanon
Â
June 10th, 2006 at 8:23 am
Wordpress best….
June 10th, 2006 at 10:02 pm
yups…. bagus ngajar orang. ilmu sampai ke akhirat
Insyaallah saya pon nak buat blog pakai domain sndri.
June 12th, 2006 at 4:43 pm
ramai yang lebih gemar membaca blog daripada lain-lain w/site berinformasi.
http://www.oh-so-natural.blogspot.com
June 13th, 2006 at 5:31 pm
tq sebab dah tau camner nak buat blog pakai wordpress ….
pueh den pikir nasib baik jumpo kat sini…
August 7th, 2006 at 1:39 pm
Aku nak buat blok yang jiwang karat, semata-mata nak tarik orang jer…
August 13th, 2009 at 12:13 pm
rock kapak pun boleh tarik ape