Boo.com | Kegagalan Bernilai 150 Juta Dollar
Anda mungkin pernah mendengar jenama ini, BOO.COM dan mungkin juga tidak pernah. Ia muncul lewat tahun 1999 dan karam (bankrup) pada May 2000. Boo.com yang ditubuhkan dengan cita2 untuk menjadi Amazon dalam bidang pakaian sukan tidak seperti syarikat dot com lain yang gagal kerana berbelanja besar untuk program pemasaran, ia gagal kerana:
Laman Webnya tidak berfungsi.
Mari kita lihat komen Jakob Nielson (jurutera Web yang terkemuka dan dihormati)
“Instead of making it easy to shop, the site insists on getting in your face
with a clumsy interface. It’s as if the site is more intent on making you
notice the design than on selling products. Furthermore, it is simply
slow and unpleasant. Not nice.”
Antara punca sehingga dikatakan laman web Boo ini bermasalah adalah kerana ia dibina berdasarkan teknologi Flash. Ia satu teknologi yang cool dan membuatkan laman web menjadi beranimasi, tapi sesungguhnya, bak kata Jakob Nielsen ia lebih kepada untuk menujukkan orang kecantikan rekabentuk dan bukan menjual barang.
Ingat, laman web perniagaan adalah laman web menjual.
Kecuali jika anda menjual perkhidmatan rekabentuk dan design.
Jadi jangan ghairah sangat tatkala melihat laman web yang hebat2 dan mahu laman web jualan anda juga begitu. Tanya, does it sell?
And pegang kepada elemen asas. Keep It Simple & Solid.
 
p/s: Oh ya, laman web tersebut dah bertukar dah. Ni kisah lama, tahun 2000 dulu. Ini snapshot laman web yang dimaksudkan (muka depan, bandingkannya dengan muka depan Amazon)Â :)


June 30th, 2006 at 12:29 am
yer… kebanyakkan orang silap disitu…
mereka lebih mementingkan website yang anggun daripada website yang menjual…
June 30th, 2006 at 12:34 am
Huuh, shuth dulu yg bg komen ekk.. Takper.. hehe..
Saifulsham, sama topik lak tulisan saya dengan tulisan kalian pada hari ni.. Tapi saya more kepada web designer, tapi maksud sama jer..
Apapun, KISS!!
June 30th, 2006 at 10:49 am
Sesungguhnya smartusaha mmg rajin bagi comment! Maner-maner pun ada nama dia
.
Pun lebih kurang sama jugak topik ngan siri penulisan di blog saya . Blog yang cantik tapi interface buruk tak akan menjual. Biar simple+ala kadar tapi cukup sedap mata memandang dan yang penting: memudahkan user membeli. Baru ada sales. I learn it hard way.