Buang Duit Melalui Perniagaan Internet Dalam Hanya SATU Langkah
Yup. Satu langkah sahaja. Anda ada berapa? Satu ratus, satu ribu, bahkan satu juta pun saya boleh lesapkan dengan hanya satu langkah. Sebenarnya saya mahu meletakkan artikel ini di Membership site peserta seminar kami, tapi Syazwan minta saya post di SaifulSham malam ni, dia dah kekeringan idea. Jadi, kepada yang bertuah dapat baca free, read intently.
Kepada peserta seminar, Yes, It’s that important!
Mula-mula saya mahu letak tajuk Kekayaan Perniagaan Internet dalam Hanya Satu Langkah, tapi saban hari saya tengok ramai pula orang taksub dan fanatik dengan tajuk “Buang Duit” dan meminta (mencabar?) kami untuk menulis mengenainya (kontra kepada Buat Duit la konon-kononnya tu). Tapi tak apalah, supaya mereka ni puas hati, tajuk kita hari ini, Buang Duit Melalui Perniagaan Internet Dalam Hanya SATU Langkah. Tajuk je pun … :)
Baiklah, bercakap mengenai perniagaan Internet ni, saya sebenarnya tidak kisah dan tidak takut sangat. I know it works. Cuma ada satu perkara yang menakutkan saya. Hanya SATU.
Perkara ini timbul ketika peserta-peserta seminar kami sedang rancak membajai memulakan perniagaan Internet mereka sendiri. Saya gusar, jika perkara ini tidak kita buat dengan betul, kita menempah tiket bas Ekspres ke lembah kegagalan!
- Ia bukan mengenai nak buat website.
- Ia bukan mengenai model perniagaan, lelong or website ecommerce sendiri.
- Ia bukan mengenai affiliates or adsense.
- Ia bukan macam mana nak ship barang or nak terima payment.
- Ia bukan produk digital or fizikal.
Semua ini sudah ada jawapannya. Satu soalan di bawah ini yang tiada jawapan.
Niche apa yang saya nak masuk aka (Produk apa yang saya nak jual)
Dalam perniagaan Internet, anda benar2 perlu mencari niche yang boleh buat duit. Pemasaran, boleh dibuat, website boleh dibuat, tapi kalau niche anda salah, buat lah apa sekalipun, anda sekadar buang duit.
Ciri-ciri niche yang anda perlu cari:
1) Kurang Persaingan. (Ingat! Bukan tiada, tapi kurang!)
2) Target Market hendak&mampu membayar untuk produk tersebut.
3) Demand yang tinggi
Selamat Mencari! Tapi ingat:
(Music Please…)
Jangan tunggu lama-lama, jangan tungu lama-lama, nanti diambil orang…..


July 18th, 2006 at 7:50 am
Tertanya2 juga kalau ada sebarang tools istimewa yang membantu kita mencari niche. Mungkin team Saifulsham ada tools yang boleh dikongsi kot ??!
p/s : Tq 4 d reservation
July 18th, 2006 at 9:42 am
“Jangan tunggu lama-lama, jangan tungu lama-lama, nanti diambil orang…..”
aaaa tak sukanya lagu nie…sbb awek selalu nyanyi lagu nie…preasure2…
July 18th, 2006 at 10:23 am
yup..ini lah part yang paling susah sekali…cari niche’. Cari jgn tak cari..
July 18th, 2006 at 6:52 pm
Yup… niche….. Jangan tunggu lama-mana, pergi lah seminar saifulsham cepat. Dengar baik-baik , apply segala tips , rahsia-rahsia yang diberi insyaallah niche yang x terfikir akan datang.
July 18th, 2006 at 8:18 pm
Saya pun masih tercari niche ni
July 18th, 2006 at 9:19 pm
Wahh…. nyanyi2 lak…. tq for tips :p
July 19th, 2006 at 2:06 am
hoho.. ada irwan ada…
cari jangan tak cari…
July 27th, 2006 at 11:53 am
Syarikat MLM membelanjakan berjuta2 ringgit untuk mengkaji niche yang pasti ada pembeli. produk yg kekal dalam senarai produk mereka hari ini adalah produk yg memang ada pembeli. produk yg tak de pembeli, awal2 lagi dah digugurkan dari senarai produk mereka. so,
anda cuma perlu
1.sertai mereka
2.kaji senarai produk mereka
3.menyesuaikan satu produk pilihan anda untuk satu mini website niche anda(di sinilah kretiviti anda diperlukan)
4.promosi promosi promosi(80% usaha untuk langkah ini)
5.ambil keuntungan hasil penjualan produk
6.ambil keuntungan bonus
7.ajarkan kepada kawan anda (luaskan network anda) perkara 1 hingga 6 di atas.
Nampak? masalah niche sudah terjawap
nak atau tak nak je…
nampak cam senang kan? so anda buktikannya sendiri.
January 4th, 2007 at 5:11 pm
susah juga nak cari niche produk ni..langkah bijak adalah kita perlu bertanyakan kengkawan ada x lubang bissness..jika ada produk terbaru..kita amik jual kat internet sebelum orang lain sapu…
syah
http://www.pil-fiber.com
January 1st, 2008 at 3:45 pm