Buat Duit Dengan Ebay Au Aww | Kisah Saudagar Minyak Dari Kerteh
Beberapa hari lepas saya telah bercerita mengenai potensi Lelong, bahkan sebenarnya jika anda telah lama bersama Team SaifulSham, baik melalui emel dan juga blog ini, saya kira anda sudah hampir khatam bab-bab mengenai laman lelongan ini, kerana sudah terlalu banyak saya kupaskan dari pelbagai sudut. Sebagai pembeli dan sebagai penjual.
Potensi laman lelongan juga terlalu besar kepada sesuatu perniagaan internet. Bukan sahaja sebagai supplier, trend monitor, tempat membeli belah bahkan juga sebagai medan ujian pertama kepada newbie-newbie yang ingin mencari keyakinan dengan online business. Truth is, laman lelongan akan sentiasa mendapat tempat istimewa di hati kami, kerana di sinilah “taman permainan” kami yang pertama.
Sekarang saya ingin bercerita mengenai peluang buat duit dengan Ebay Au Aww dan kepintaran seorang lagi protege kami. Sebelum itu, jangan salah sangka, Ebay Au Aww bukan terletak di Lorong Haji Talib ataupun Chow Kit.
 Ebay Au adalah Ebay Australia. Sebelum ini kami ada mencadangkan kepada newbie yang baru bermula untuk bermain-main di Ebay Malaysia & Lelong, assuming anda telah mengikut nasihat tersebut, mari kita lihat langkah seterusnya.
En Zamzam adalah peserta Bengkel Perniagaan Internet kami siri Pantai Timur (ya, ya, kami sebenarnya telah selesai tour seluruh Malaysia atas permintaan beberaoa penganjur persendirian) Dalam bengkel tersebut, beliau ada menceritakan kepada saya bahawa beliau ingin menjual sejenis minyak. Saya mencadangkan agar beliau bermula dengan laman lelongan tempatan dan mungkin berkembang ke Ebay Singapura untuk mendapatkan “international flavor”.
Namun, En Zamzam sangat pintar dan mempunyai inisiatif (saya harap pembaca dan protege kami yang lain dapat contohi)
Beliau mendapati laman lelongan tempatan tidak dapat “terima” produk beliau pada harga yang sepatutnya, dan Ebay Singapura walaupun ada “international flavour” mempunyai banyak persaingan dan harga penjual sedia ada sudah rendah.
Jadi beliau melakukan kajian dan “study” (his own word) dulu peluang yang ada. Akhirnya beliau memutuskan untuk menyertai Ebay Australia kerana persaingan untuk produk tersebut kurang dan walaupun mengenakan bayaran, bayaran yang dikenakan oleh Ebay Australia adalah antaran bayaran Ebay yang paling murah. (dibandingkan dengan Ebay US & UK)
Hasilnya, beliau berjaya menjual minyak tersebut yang didapati pada harga RM 70 kepada AUS$70+. (normal, sebab perbezaan kuasa beli, taraf hidup & matawang). Dan sehingga kini, bergantung kepada stok, beliau semakin aktif dengan perniagaan minyaknya.
Dari mana saya tahu?
Walaupun En Zamzam telah menyertai Bengkel Perniagaan Internet kami di Pantai Timur, beliau masih mahu (telah) menghadiri Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet SaifulSham di Berjaya Times Square baru-baru ini pula kerana beliau telah nampak hasil dari pelaburannya yang pertama dulu. (tiada upsell, sukarela
)
Kepada pembaca SaifulSham dan juga protege-protege kami, saya galakkan anda mengambil contoh En Zamzam atas inisiatifnya melakukan “study” dan keberaniannya mencuba. Kudos kepada seorang lagi protege SaifulSham.
Potensi Ebay Au:
- Overlooked by Mat Salleh Amerika
- Harga Yuran Yang Rendah
- Ada Produk Yang Mempunyai Persaingan Kurang
- Penduduk Ramai!
- Berbahasa Inggeris
p/s: Anda juga boleh mencontohi En Anas dari SmartHalal.com , tapi semenjak launch dan naik “syiok” sebab bisnes jalan (ayat beliau sendiri), beliau nak berehat kejap. Ehem, ehem En Anas, jangan rehat lama2 no…Bagi abis 30 hari dulu
p/p/s: Kalau anda berani dan faham bahasa Siam, anda juga boleh menyertai Ebay Thailand yang baru dibuka! Ada angle yang boleh anda manfaatkan. Satu tips dari SaifulSham, seller Thailand lebih ramai dari seller Malaysia di Ebay International walaupun Ebay Malaysia di buka dahulu. Nah, fikirkan kenapa dan anda mungkin dapat “hint” mengenai potensinya.


September 19th, 2006 at 3:04 pm
Dah lama juga baca SaifulSham. Cuma kali ni baru nak bersuara..
Saya juga pernah cuba membeli buku second-hand (Unlimited Power-Anthony Robbins) melalui Ebay Singapura. Kebetulan mmg dah lama saya berhasrat nak beli buku tersebut selepas kali pertama membaca buku beliau ‘Awaken the Giant Within’ tahun lepas.
Ingatkan bila tunggu lama2 sikit harga di kedai buku (spt MPH & Kinokuniya) akan turun lah. Rupa-rupanya tidak sama sekali! Nasib baiklah ada terjumpa dalam Ebay. Maka, saya dapat beli buku tersebut dengan harga yg amat murah dgn menggunakan PayPal!!
Tak lama lg nak cuba pulalah menjual melalui Ebay seperti yg SaifulSham sarankan.. Produknye saja yg belum ada! heheee..
Syah
September 19th, 2006 at 3:31 pm
Wah… semakin ramai saudagra baru sekarang baguslah
September 19th, 2006 at 6:10 pm
En sabri, saya bukannya berehat betul2, sebaliknya tak menang tangan order tak putus2 (walaupun tak banyak tapi setiap hari ada sales) sampai terputus2 bekalan (psst.. iklan skit:..kepada client sy yang baru order buku tu, nampaknya tuan/puan terpaksa menunggu sekejap kot..buku dah out of stock’ la..maaf yea..tapi tak pe, blh baca e-book free sy tu dulu..)
En sabri plak selalu dok sebut2 nama saya ni (honestly, segan jgk sy, sbb mash kategori newbie, pas ni sabri blh mention protege lain yang hebat2 dlm viplounge)…
Kongsi rahsia skit: saya buat keja online ni ada partner, bukan buat sorang2.. kalau nak cepat, cari partner yang pandai IT. (..dialah yang pakai ayat ‘syiok’ tu sebab dia jaga ‘department’ import eksport..hehe..) 2 is always better than 1. Contoh terbaik SS sendiri. Zul & Suth..
Buat masa ni bisness online saya baru jer bermula dan di kategorikan as bisness kecil2an sebab 1) bukan produk sendiri 2) baru 1 produk dan 3) market Malaysia
Tapi apa yg saya dapat?
1) kepuasan berkongsi ilmu dgn orng lain (blog)
2) dpt ramai kawan (network) baru (blog’s member, client)
3) dpt belajar byk benda2 teknikal (viplounge, dari parter sendiri)
4) pengalaman baru (bukan retorik, bukan teori, tapi amali)
5) dpt duit? opps syukran…Alhamdulillah.
Start small…
Next?…banyak keja lagi, InsyaAllah..
(maaf yea terpanjang laks)
September 19th, 2006 at 7:02 pm
Saya pun saudara baru dalam eBay tapi dah membeli dan membida, seronok pulak. Menjual tak lama lagi.
Mari meriahkan dunia biz internet Malaysia.
Jangan takut eBay tak jual orang punya.
September 19th, 2006 at 7:16 pm
Huhu…ayat En Anas sendiri tu..
Sebenarnya saya bukan letak link saja2, saya letak link sebab nak tolong promot tu..hehe.. Kalau En Anas buat aff program, kembung poket saya… :p
September 19th, 2006 at 8:20 pm
E-bay ye.. Nantilah saya blajar..
Skrg kena tumpukan mana yg kat dpan mata dulu..
Saya pnah test kat E-bay m’sia tp xmeriah.. tngoklah akan datang..
PS: He he.. Biarlah rahsia
September 19th, 2006 at 10:17 pm
fai ni..asyik rahsia dari dulu..tengah tunggu gak 1st produk dari fai..
September 19th, 2006 at 11:48 pm
Testimonial tu penting.. Itukan pandangan ikhlas…
September 20th, 2006 at 1:26 am
Encik saifulsham, kenapa encik ban ip saya, saya bukan scammer dan spammer, ? boleh jawab? mungkin ada orang lain guna ip saya, skang ni saya masuk guna proxy, saya pakai streamyx 66rm jadi ip saya adalah dinamic bukan fix , encik berdua selesaikan sekarang ok? bye
September 20th, 2006 at 7:30 am
Buat masa ni saya tak pernah lagi berurusan dengan e-bay.Lelong tu adalah tapi sebagai pembeli je.Boleh la saya cuba untuk buat pasaran di sana.Saya pun baru lagi dalam usahawan internet ni.
September 20th, 2006 at 9:16 am
Adeih En muhdmuax,
takde keje kami nak mem”ban” IP orang lah..
Prob connection di belah En la tu..
Laa Irwan, ingatkan napa testimonial2 nih.. nak link ke post berkenaan testimonial rupanya ya..
September 20th, 2006 at 11:40 am
Dear Saiful Sham Duo.
Thank you for the compliment report. Another AWWW! for me as my name was mentioned and I never expect this at all! Thanks again (Tunjuk ajar ku Sifu……..!)
September 20th, 2006 at 12:44 pm
oh yer ke, sebab dah banyak kali saya masuk web ni, tapi tak leh, mekasih, yang balas nih en sabri atau en syazwan?
September 20th, 2006 at 1:14 pm
kalau nak marketkan “service” kat ebay camne cara yang betul ek?
October 4th, 2006 at 4:43 pm
BIZ dlm Ebay…Untung berlipat kali ganda, itulah yg saya boleh katakan.
Realiti pendapatan yang sebenar dan telus.
Saya menggunakan ebay.co.uk
apa barang yang dijua?, itu rahsia..ehehehe