Hello pembaca SaifulSham,

Anda semua tentu perasan Sabri akhir-akhir ini jarang sekali menulis di SaifulSham. Sabri sebenarnya sibuk menguruskan hal-hal teknikal SaifulSham dan membantu protege-protege seminar kami.

Dan saya mengambil alih menulis di SaifulSham dan juga menguruskan perniagaan internet.

Hari ini ada satu tips rahsia perniagaan internet kami. Cukup berkesan dan memberi impak kepada perolehan perniagaan internet kami berdua sejak dari 3 tahun yang lalu.
Apakah anda pernah berfikir untuk membuat duit di hari raya? Rata-rata dari kita mungkin berfikir berniaga di bazar ramadhan, berniaga mercun (hehe), dan apa sahaja yang difikirkan sesuai.

Yang sebenarnya, hari raya dimaksudkan saya adalah hari-hari perayaan bagi pasaran pengguna internet terbesar diinternet.

Antaranya adalah perayaan krismas, Tahun Baru Cina, hari raya aidilfitri, perayaan Halloween, hari ibu, bapa dan macam-macam perayaan lagi. Semua perayaan ini sebenarnya memberi seribu makna bagi golongan-golongan tertentu.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk berniaga diinternet.

Mengikut perangkaan Amazon.com sendiri, perbelanjaan pengguna internet akan meningkat apabila tiba waktu-waktu perayaan.

Kebanyakannya membeli untuk dihadiahkan kepada orang lain atau untuk kegunaan sendiri.

Mengikut pengalaman kami, produk anda tidak perlu berasaskan perayaan tersebut, tidak kiralah produk anda fizikal atau digital, yang penting, anda tidak lepaskan untuk merebut peluang di musim-musim perayaan sebegini dengan menawarkan tawaran pembelian, potongan harga, dan berbagai-bagai promosi mengikut kretiviti anda.

Buktinya, kami pernah membuat promosi dihari krismas dan halloween, dan terbukti jualan kami meningkat hampir 100 peratus! Kebanyakan pertanyaan kami kepada pelanggan kami, jawapan mereka adalah mereka sedang mencari hadiah untuk seseorang.

Menarik dan praktikal cara ini. Cubalah untuk perniagaan internet anda. Anda akan merasai kesannya.