Biar saya berkongsi satu tips pemasaran berkesan:

1) Berikan apa yang pelanggan mahu!

Contohnya di SaifulSham.com, siapakah pembaca SaifulSham?

Pembaca SaifulSham.com terdiri daripada mereka yang berpendapatan sederhana hingga rendah dan lazimnya mempunyai kemahiran teknikal yang terhad. (Mereka bukan teknogeek, penggodam komputer dsbnya)

Thin Differently To Win Customers : Gambar Hiasan

Bahkan, ada yang menghubungi kami menyatakan mereka pemandu teksi KLIA, penganggur, guru dan pelbagai lagi lapisan masyarakat. Apa yang mereka mahu? Infomasi mengenai keusahawanan dan sesetengahnya bagaimana memulakan perniagaan internet.

Tapi informasi bagaimana? Informasi apa yang boleh mereka terima dan fahami?

Sudah tentulah, informasi yang mudah-mudah dan sekadar cukup untuk memulakan
perniagaan internet mereka sendiri. Jika kami memberikan informasi yang dasyat-dasyat, akan berlakulah information overload yang sangat dasyat!

Jadi timbul pertanyaan, apakah niat SaifulSham ini nak berlagak atau membantu?

Saya katakan, kami berlagaklah jika kami menceritakan yang pelik2 kerana
kononnya “POWER” dan kurang 70% pembaca kami tidak dapat mesej yang kami
cuba sampaikan.

Kami cuba menggunakan konsep KISS (keep it simple & solid)- Ada orang kata Keep It Simple Stupid. Tapi kita pilih yang lebih sesuai. Supaya semua orang boleh faham, diingatkan semula ataupun refresh apa yang kita sudah sedia tahu.

Yang penting bukanlah berapa banyak ilmu yang dicurahkan tetapi berapa banyakkah ilmu yang berjaya diaplikasikan oleh pembaca. Dan itulah misi kami, membantu anda sehingga berjaya! :)

Bayangkan seorang professor yang terlampau terror mengajar sehingga membosankan pelajar sehingga satu apa pun tidak difahami. Adakah professor tersebut professor yang baik?

Namun itu tidak menghalang kami dari sesekali menceritakan mengenai teknik
yang agak sukar. (kami akan nyatakan) kerana ya, bukan semua pembaca kami
dari golongan orang yang baru.

Bukankah bodoh tindakan kami (dan tidak layak digelar usahawan) jika syok sendiri
menunjukkan kehebatan kami, dan membelakangkan kehendak pembaca? Atau lebih malang lagi mengesyokkan sebilangan kecil pembaca dan merugikan diri sendiri?

Namun, timbul satu lagi persoalan. Bukankan usahawan internet yang baik (dan berjaya)
perlu memenuhi kehendak pelanggan dan membantu pelanggan tersebut berjaya?

Jadi kita akhirnya tertanya-tanya. Who walks the talks?

Dari pengalaman kami, benar. Beri apa yang pelanggan anda mahu dan keuntungan akan mengekori. Jadi kami praktikkan pengalaman tersebut dan sebarkan.

Maaf,terpaksa petik dari pengalaman kami sendiri, sebab kami tidak cakap
apa yang kami tidak tahu.

Anda, pembaca kami yang budiman adalah hakimnya. Kes ditutup. :)

Baiklah, hari ini saya telah menyediakan sebuah artikel untuk menjawab persoalan
mereka yang masih baru di internet. Inilah artikel yang saya janjikan dahulu berkaitan bagaimana kita boleh menggunakan search engine untuk melihat trend produk yang hangat di pasaran dan kenapa statistik enjin carian itu tepat.

Baiklah, mari kita baca dan lihat buktinya:

http://www.saudagar.com.my/rahsiaseo.htm

Jangan lupa, kepada yang belum mendapatkan buku kami, Rahsia Buat Duit Dengan Internet, dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran atau tempah online di www.saudagar.com.my :)
Â