Business Card: Pentingkah ‘mereka’?
Hello pembaca SaifulSham,
Dalam beberapa bulan yang lepas, sewaktu buku ‘Rahsia Buat Duit Dengan Internet’ dilancarkan, kami sempat membuat bisnes kad di kedai membuat bisnes kad ekspress (sejam sudah siap!).
Dalam memikirkan jenis dan corak bisnes kad itu, mata kami berdua berpinar-pinar untuk memilik corak bisnes kad. Begitu banyak contoh yang menarik yang ditunjukkan penjual.
Kebetulan pada waktu itu, kami inginkannya segera, maka kami dengan bijaknya, mencorakkan sendiri bisnes kad SaifulSham (bakat seni memang out). Pada waktu itu, kami hanya mahu bisnes kad itu ada/wujud, dan tidaklah memikirkan dari segi corak persembahan.
Sebenarnya, tidak ramai orang yang sedar kepentingan bisnes kad, walaupun saya akui rata-rata, bisnes kad yang diberikan kita kepada potensi pelanggan akan disimpan ataupun dibiarkan begitu sahaja. Soal tersebut adalah perkara biasa dalam hidup kita, tetapi bagi saya, jika kita menjalankan perniagaan, bisnes kad adalah wajib.
Berbalik kepada cerita SaifulSham, sebenarnya, sebelum itu, kami berdua tidak mengendahkan bisnes kad, kebanyakan orang yang bertanya kami meminta bisnes kad, kami memberikan jawapan, “Oh, belum buat lagi” (ini ayat baiklah), ada juga kami terpaksa “alamak, tertinggal di dalam kereta” (padahal tidak buat pun).
Oleh sebab kami berurusan dengan pelanggan besar seperti UIA, MMU, dan lain-lain lagi, mahu tidak mahu, kami tidak boleh berterusan mengelak membuat bisnes kad.
Satu sebabnya saya tidak terlalu sukakan bisnes kad, sebab kebanyakan yang diberikan itu, akan disimpan didalam kocek, terjatuh, dibiarkan, dibuang (ini yang tak best), dan macam-macam lagi.
Namun, selepas membuat bisnes kad, barulah saya faham, walaupun akan wujudnya kes-kes sebegitu, bisnes kad sebenarnya adalah satu alat bantuan perniagaan yang hebat, yang perlu ada pada setiap ahli perniagaan.
Satu sebabnya, ia kecil, murah, dan akan kekal lama walaupun bertahun-tahun meninggalkan tangan kita.
Kalau kita perasan, bisnes kad mewakili lebih dari segalanya dalam membantu perniagaan kita, antaranya:
- Memberitahu bakal pelanggan nama anda dan nama perniagaan anda.
- Memberitahu cara kepada bakal pelanggan untuk menghubungi anda (telefon, faks, e-mail)
- Mewakili taste, stail, personaliti anda (kad bisnes yang huduh, orang akan berfikir orang ini tidak minat berbisnes, atau menghilangkan minat orang menghubungi anda)
- Boleh digunakan berulang-ulang, dari satu orang ke orang yang lain (mudah kerana mesej yang disampaikan dalam kad tersebut sama).
Satu lagi, apa yang saya perasan, bisnes kad ini juga salah satu teknik viral marketing yang berkesan. Contohnya, saya pernah memberikan bisnes kad ini kepada seseorang dalam bulan lepas, dan dalam minggu ini, seseorang telah menghubungi saya untuk menyertai seminar.
Saya tanya kepadanya, dari manakah beliau mendapat nombor telefon saya kerana beliau tidak mendaftar di laman web untuk menghadiri seminar SaifulSham.
Dan katanya, “Kawan saya pernah berjumpa awak, dan awak memberikannya kad bisnes, dan kebetulan saya berminat untuk belajar perniagaan internet. Dan kawan saya tadi memberikan saya kad bisnes awak untuk dihubungi…”
…….Jadi, anda nampak betapa hebatnya kad bisnes yang kadangkala tidak dipandang serius kita. So, apa lagi, buatlah kad bisnes anda hari ini!


July 17th, 2006 at 9:50 am
Kepada usahawan2 baru jangan segan2 buat business card anda. Sekurang2nya contact card.
Kebanyakan usahawan baru agak malu2 untuk membuat business card. Mungkin ada rasa kurang yakin dengan business baru yang anda wujudkan, atau mungkin rasa tak kene bila address pada business card menggunakan address rumah! Atau mungkin juga menunggu business stabil dan gah baru nak buat kad…
Falasi ini merupakan kerugian besar kepada mereka yang baru menceburi business. Pada peringkat awal perniagaan inilah anda perlu menunjukkan apa perniagaan anda, apa yang anda tawarkan dan bagaimana untuk menghubungi anda. Peringkat ini anda memerlukan network. Nah! Inilah peluang anda untuk sebar2kan business anda. Murah dan mujarab.
Bak kata Dr Fadzillah Kamsah ” Kalau nak kasi kad tu pada seseorang, kasi berulang2 kali lebih2 lagi kepada potential client”.. Client akan ingat pada anda.
July 17th, 2006 at 9:50 am
Setuju sangat dengan pendapat anda. Offline marketing (ie. business cards, phamplets, brochures, letter head dsb) amat berguna dlm bisnes internet! Alamat lmn web kita mesti dimasukkan ke dalam semua perkara tersebut, malah kalau dibuat t-shirt pun mesti ditulis alamat lmn web kita. Tengoklah nanti syarikat2 besar pengeluar brgn sukan spt Reebok, Nike atau Adidas akan mengeluarkan t-shirt yg bercetak alamat lmn web mereka –> offline promo
(tak tahulah pulak kalau dah ada tp saya belum nampak lagi mereka buat begitu!)
July 17th, 2006 at 11:20 am
Yes… buatlah bisnes kad yang canggih-canggih melalui kompeni saya. Media Surf Corp. SB. Kami pembuat bisnes kad segera yang terkenal di Sepang. Ya, Sepang yang glamour dengan KLIA dan F1 tu… Tempahan boleh saja secara online … Harga biasa-biasa saja. just make a phone call or sms ke 019-2768342. Saya juga buat printing services – invois/resit/bill pada harga yang berpatutan. Semuanya boleh dipos sahaja terus kepada anda… Kalau anda nak buat ID kad pun saya boleh buat. Kuantiti tak kisah… Just make a phone calll!
July 17th, 2006 at 5:26 pm
Hehe, kad tu penting… Sebab kekadang potential client dalam masa tertentu nak cepat then mereka akan minta kad bisnes kita agar mereka boleh contact nanti. Hal ini pernah berlaku kepada saya.. Huuh, ruginya…
July 17th, 2006 at 6:01 pm
Aku ada jumpa along punya kad pinjam 1000 bayar 1100
siap senarai pinjam berapa bayar berapa lagi tu.
July 17th, 2006 at 7:53 pm
Ada 3 jenis orang. Ada yang buang jer terus, ada yang tak buang tapi letak sepah², ada yang simpan dalam album, beg duit atau tempat letak business card.
Tugas kita, beri jer. Terpulang pada mereka nak simpan ke tak. Pengalaman saya, dia orang biasanya simpan.
Ada satu kes, seseorang memanggil saya dari UK. Ingatkan nak apa, rupanya dia terjumpa beg duit pelanggan saya di sana. Nombor yang ada untuk dihubungi hanyalah nombor saya sahaja. Sampai jugak business card saya kat sana yer.
Orang akan simpan business card kita kalau merasakan yang kita ni penting. cheh… macam penting jer aku nih.. haha
July 19th, 2006 at 12:41 am
Kad bisnes memang tidak boleh dinafikan kehebatanya didalam mempengaruhi seseorang sehinggakan ceti haram pun menggunakanya… betul tak?? :p
July 20th, 2006 at 7:54 pm
a’a bisnes kad memang penting.. tp kekadang mcm segan lak bagi dgn org yg high class kan.. maklumlah kita ni baru nak start.. hmm
July 24th, 2006 at 5:40 pm
penting sangat!!!
January 4th, 2009 at 2:50 pm
Untuk rekabentuk dan cetakan business card berkualiti:
http://www.mycreativeprint.com