Cara Baru Buat Dan Terima Bayaran Untuk Orang Malaysia
Anda dengar pertama dari Team SaifulSham.com. Dengar baik-baik tips ini:
1) Kalau anda tidak mengunakan debit kad atau kredit kad lagi, Bulan Jun ini, anda boleh membeli prepaid kredit kad (Mastercard) dari 7Eleven.
2) Perkhidmatan BidPay sudah ditamatkan sejak akhir tahun 2005. Alternatif, MoneyGram & Western Union (kalau nak tahu bagaimana ia berfungsi, dapatkan buku kami, Rahsia Buat Duit Di Internet di pasaran ). Money Gram Boleh didapati di Maybank (baru ditawarkan) & Affin Bank, manakala Western Union di (Pejabat Pos & BCB).
Got to rush, nak renew lesen & road tax…
Â


May 26th, 2006 at 6:25 pm
Wah kene beli buku ni… gaji dah masuk boleh beli.
May 26th, 2006 at 8:36 pm
Prepaid card MasterCard? WOW !! Memang berita hangat.! Perlu di ketahui juga tentang kadar penembusan Prepaid Card tuh. Kalau ada promosi yg besar, mmg besar la jugak market online biz di malaysia nih karang.
ps: leh bg link ke source of the news tak? Nak Clarify sket jer >
GTG… rush nak renew streamyx.. !
May 26th, 2006 at 9:36 pm
tgk iklan piala dunia 7eleven…
Btw, kepada mereka yang blur2.. ni bukan prepaid telefon ye.. Ni kredit kad yg di pra bayar kan. Lebih kurang mcm debit card, cuma tak perlu ada akaun.
Boleh didapati dengan mudah di US, tp baru bertapak di Malaysia…
May 27th, 2006 at 10:29 am
Bole rujuk comment salah seorang pengguna Mastercard 7-11 di US. http://www.cardoffers.com/introComments/posted/card.asp?idmin=23671
Salah satu faktor transaksi e-commerce yang rendah di Malaysia adalah kadar pemilikan kad kredit yang rendah. Mengikut kajian Household Use Internet Survey 2005 oleh MCMC, 42.3% pengguna internet adalah berumur di bawah 24 tahun dan pastinya belum memiliki kad kredit sendiri (melainkan supplement card dari ayahanda atau bonda).
Disebabkan fakta tersebut pembelian melalui internet juga adalah terhad. 43.8% bertujuan untuk mendapatkan tiket kapal terbang (tentunya anda tahu kapal terbang yang mana!) dan selebihnya pembelian buku dan muzik.
Sudah tentunya generasi baru lebih berani dalam melakukan pembelian secara online untuk apa jua barangan atau perkdimatan jika dibandingkan dengan pengguna yang lebih berumur ( tua!) . Lagi pun mmg jarang lah nak carik budak2 yang beli tiket kapal terbang!
Trend pembelian pasti berubah dengan memperkenalkan konsep kad kredit prepaid. Pemilikan pastikan ditujukan untuk golongan sasar berumur 24 tahun ke bawah dan juga dengan ada nya kad ini transaksi juga akan bakal memecah monopoli pembelian tiket kapal terbang dengan pembelian pelbagai lain barang2 melalui internet.
Sekadar berkongsi fakta.
May 27th, 2006 at 10:57 am
Hmmm, betul jugak. Patutla trend pembelian melalui internet lembab sedikit di Malaysia yg tercinta nih
Memandangkan tak ramai yg tahu pasal bender nih, apa kata para internet blogger semua pakat2 sebarkan melalui blogger mereka juga. Makin cepat maklumat nih tersebar, makin cepat trend internet transaction malaysia akan develop, makin kaya la mastercard dan peluang kita ber biz internet nih pun makin tinggi..
ps:- pandai mastercard buat bisnes ek..
May 30th, 2006 at 5:52 pm
ermm, ada apa2 syarat atau hal2 yg berkaitan? Benda ni diterima di seluruh dunia ke? Kalau ya, baguslah.. Hal lain, walaupun semua orang boleh pakai kad kredit dah nanti, bagaimana penerimaan orang2 luar terhadap pembeli dari Malaysia? Mesti mrk tetap berhati2 terhadap pembeli dari Malaysia.. Dan mesti akan byk prosedur, leceh, dll.. Ya lah, kita ni top ten credit card fraud..
Cabaran….
Kepada yg pernah guna debit card atau credit card utk buat pembelian dari luar, ada masalah tak? Kalau no prob, baguslah..
June 3rd, 2006 at 8:38 am
I just called 7-Eleven shop, they told me that the MasterCard prepaid card will be on 6 of June 2006… that’s mean on Selasa.. I hope this is a good news untuk kita semua…
June 3rd, 2006 at 1:00 pm
waaaaahhh, mastercard pun dah jadi prepaid. berita bagus nie! boleh la aku start sewa hosting and daftar domain name macam nie. Aku pasti cita2 aku nak menjual roti canai segera di internet berjaya…
June 11th, 2006 at 7:01 pm
saya dah pegi ke 7 eleven dan bertanyakan kad prepaid mastercard…diorang pun x tahu ape itu kad prepaid mastercard dari 7eleven
January 4th, 2007 at 4:49 pm
saya dah register online debit kad public bank..ntah cammana saya terlupa nak send cek pada public bank sebagai fee…kalau sesapa nak register online lagi senang …cepatttt!!!
syah
http://www.pil-fiber.com
February 28th, 2007 at 11:16 am
Kalau blacklist leh apply debit kad tak?
February 28th, 2007 at 11:21 am
Ya En HazKurie,
Blacklist pun boleh apply. Sebab dia macam Savings akaun juga..