Cerita seorang jutawan tersembunyi
Saya baru sahaja menghabiskan membaca majalah Malaysian Business bulan Januari ( agak lewat juga menghabiskannya
. Muka depan majalah tersebut membuatkan saya teruja untuk membelinya (people& company to watch 2006 ). Muka depan mengandungi gambar ketua-ketua pegawai ekskutif dan tokoh-tokoh korporat terkenal di Malaysia. Mereka pastinya bergelar jutawan layak dengan status jawatan yang dipegang dan syarikat yang dikuasai mereka.
Selepas membelek-belek majalah tersebut, saya menyimpulkan bahawa mereka adalah jutawan yang sedia dikenali masyarakat dan nama-nama mereka sudah agak biasa didengar dalam dunia korporat. Hampir semuanya berpangkat Dato’, Dato’ Seri, atau Tan Sri. Bagus bagi kita untuk menjadikan mereka idola untuk berjaya.
Begitupun, dalam pemikiran saya, sebenarnya terdapat ramai rakyat Malaysia juga yang bergelar jutawan cumanya mereka tidak dikenali ramai dan diantara mereka sendiri tidak mahu dikenali. Mereka inilah jutawan tersembunyi. Saya akan menyingkap bagaimana jutawan tersembunyi ini mengendalikan kehidupan mereka tanpa glamor seperti jutawan-jutawan lain yang sedia dikenali.
Saya akan bercerita berdasarkan pengalaman saya melihat bapa saya yang mempunyai beberapa kenalan yang bolehlah dianggap jutawan yang terlindung dari pandangan umum. Mereka jika dilihat seolah-olah sama seperti rakyat kebanyakan tetapi sebaliknya mereka mempunyai harta bernilai jutaan ringgit, bukan kerana harta hasil warisan keluarga tetapi harta melalui usaha mereka sendiri.
Baiklah, rata-rata orang Malaysia selalu menyimpulkan seorang jutawan haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:
1) Rumah besar, mempunyai kolam renang.
2) Kereta-kereta mewah seperti Mercedec Benz, BMW dan sbgnya.
3) Bermain golf.
4) Selalu melancong ke luar negara.
5) Menjadi ahli kelab-kelab ekslusif.
6)Berkahwin lebih dari satu (mungkinkah?? hehe)
Inilah definisi jutawan bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Ini sememangnya terjadi kerana saya sendiri pernah melihat bagaimana seorang biasa meragui kekayaan seseorang tersebut yang saya ketahui kekayaannya “Ya ke die kaya, apsal pakai kereta proton je”, “Ya ke die kaya, kenapa pakai baju murah je”.
Sebenarnya, bukan semua jutawan harus berlagak seperti dalam drama-drama tv. Mereka juga memerlukan privasi seperti orang lain. Tidak mahu dikenali ramai kerana bagi mereka ianya banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.
Jujur saya katakan, ada rakan ayah saya walaupun mempunyai kekayaan dianggarkan bernilai belasan juta, beliau masih berkain pelikat memakai selipar jepun mengunjungi kedai kopi pada waktu pagi. Beliau memang dikenali oleh orang terdekat sebagai seorang jutawan tetapi kerana gaya hidupnya yang bersederhana, ramai yang selesa mendampinginya dan beliau tidak akan lupa menderma jika ada kesempatan. Beliau juga tidak sukakan publisiti, dan beliau hanya memandu kereta nasional jika ke mana-mana.
Jika saya sudah tentu hendak merasa memandu Jaguar, Ferari, BMW dari mamandu kereta nasional? Begitu juga anda bukan? Haha. Tapi itulah kisah jutawan tersembunyi. Mereka juga tahu menguruskan kekayaan mereka dengan bijaksana.
Saya pernah bertanyakan kepada rakan ayah saya “Pakcik kenapa tak beli S-Class, kalau saya macam pak cik, bukan sahaja S-Class, C-Class dan macam-macam Class lagi saya nak beli”. Untuk pengetahuan, saya selalu dibawa bapa saya kepada apa-apa program perniagaannya. Jadi, kadang-kadang saya kenal sesetengah rakannya walaupun mempunyai jarak usia yang jauh.
Bapa saya mencelah “Orang muda banyak membazirkan duit dengan bende-bende tak berfaedah dan bende yang turun nilai. Bukan apa, ambil la contohnya, kereta yang dimake up-make up. Sampai make up Kancil pun nampak nak lawan Ferrari. Ntuk apa? Passion? Pakai setahun dua aje, nanti lama-lama boring tukar yang lain pulak. Bukan tu saja, lama-lama harga kereta pun akan turun, so beli bende-bende macam tu langsung tk memberikan nilai. Yang kaya bukan tukang pemilik kereta, tauke kedai-kedai aksesori jugak.
Yang pemilik kereta dahla duit bulanan kereta tak abis bayar lagi, lepas 2,3 tahun mulalah nak jual kereta. Lepas tu timbul masalah, siapa nak beli kereta mereka yang pelik-pelik. Orang biasa takkan beli (orang berkeluarga tkkan beli kereta ekzos macam telinga gajah), dan nk suruh orang yang sama golongan dengan mereka beli? Sure diorang tkkan beli kerana diorang pasti ade taste yg berlainan terhadap make up kereta”.
Saya tersengih diam. Betul juga apa yang dikatakan. Saya kagum dengan kebanyakan jutawan tersembunyi sebegini. Mereka bijak menggunakan wang mereka dan hidup mereka tidak dibebani hutang piutang seperti sesetengah orang. Bagi saya, tidak ada salahnya hidup mewah jika mampu tetapi biar berpada. Saya suka dengar nasihat yang diberikan rakan ayah saya ini.
” Kalau kaya pun biar berpada hidup kita. Tak salah nak pakai S-Class ke, make up kereta ke, tapi fokus utama jika membeli sesuatu harta, utamakan yang memberi nilai tambah kepada kita untuk masa-masa hadapan, bukan yang turun nilainya. Contoh terbaik adalah membeli hartanah. Kerana kita tak tau apa akan jadi pada masa depan. Hari ini mungkin kita boleh memandu S-Class, mana tahu esok lusa kita hanya mengayuh basikal. Jadi, seelok-eloknya, belanjakan wang ke arah pelaburan bukan ke arah kesoronokan semata-mata”.


February 7th, 2006 at 8:06 am
agree with you, your thinking are quite similar to mine.. but guess what? many people still judge others from their outlook. But many ‘wealthy’ people, they look nice from outside, but actually they’re poorer than middle range people.
February 9th, 2006 at 1:08 pm
saya rasa pendapat saudara tu betul gak
May 6th, 2006 at 12:24 pm
many thought of it this way : ‘ biar papa asalkan bergaya”. woo, thats totally wrong concept
May 14th, 2006 at 11:55 am
Saya tertarik dengan post ni ape tau?
“…dan beliau tidak akan lupa menderma jika ada kesempatan….”
Baru semalam sy baca tulisan Dr Joe Vitale bertajuk “The Greatest Money Making Secret In History “… dalam tu dia kata, lebih kurang cam ni…
“you want money, first you must give money away, give and do not expect return from the one you give, but do expect return from(other) multiple stream.”
RAHSIA jutawan senyap adalah “give money” atau “menderma” . tanpa mengharapkan balasan dari org yang diberi derma tu, dan tetap percaya TUHAN akan memberi 100 kali ganda nilai derma tu (dari pelbagai cara lain yang tak disangka2)
sekarang ini, selepas teruja dengan artikel joe vitale semalam, ari ni sy sebenarnya tgh cari tempat menderma di internet.. hehe, taip keyword “tempat derma secara online” then tiba2 dapat sampai ke saifulsham ni.. hehe… ingatkan nak derma sket2.. sbb skrg ni tengah duit kering ni… harap dengan derma sikit tu, nanti ALLAH balas balik 100 kali ganda..
so, sy ingat nak try derma RM10.. so kalo ALLAH bg 100 kali ganda… leh dapat RM1000.. WOW!!!!
best nyer eehehheeh
tapi kat mana nak derma ni? any idea? hmmm malas kuar umah, nak derma cara online je… seme online kan skrg ni hehe.
“cita-2 ku adalah menjadi jutawan senyap…”
November 5th, 2006 at 8:04 pm
saya adalah seorang yang ingin melibatkan diri didalam urusniaga secara online ini. keluarga saya akan menjalankan perniagaan kedai makan di Rawang, Selangor dan manakala saya merancang untuk menjalankan perniagaan berteraskan perkhidmatan. sehingga kini terdapat beberapa ‘idea’ yang telah saya rancangkan untuk tujuan perniagaan secara talian ini. Minat yang mendalam dalam perniagaan telah mengerakkan saya untuk mencuba teknik atau kaedah perniagaan secara online ini.oleh itu saya meminta bantuan saudara untuk memaklumkan kepada saya dimana saya boleh mendapatkan pembelajaran atau kursus untuk mengendalikan laman web terutama untuk tujuan perniagaan ini disekitar Kuala Lumpu?. Adakah terdapat satu persatuan perniagaan untuk perniaga secara talian ini? Harap bantu saya untuk tujuan ini.
sekian terima kasih.
Anuar bin Safian
Tangkak, Johor
September 25th, 2007 at 12:35 pm
Saya baru sahaja melayari website ni but saya rasa pengisiannya adalah amat menarik. Sebanarnya saya juga mula tercari2 sesuatu untuk memulakan perniagaan sendiri tetapi sampai sekarang saya tidak tahu apa produknya dan bagaimana hendak memulakannya. Yang cuba saya buat adalah menyelesaikan hutang2 yang ada dan merancang kewangan saya agar lebih teratur dan berhemah. Boleh cadangkan kepada saya apa yang sepatutnya saya buat (the first step to take)? Please email to me. I need an advice from the expert.
October 10th, 2007 at 8:00 pm
hi..aku pun nak jadi kaya gak…
aku nak minta nasihat pasal program internet menjana pendapatan yang mempunyai autodowline..dorang nak aku bayar rm100 untuk sertai.ok ka tu? Thanks.
October 19th, 2007 at 6:00 pm
hye…sy seorg pelajar ict.. teringin nak mencuba perniagaan internet.. tp sy x tau mcm maner nak mulakan..barang aper yg patut sy jual? nak buat website pun saye x pandai.. please email kpd sy tentng perniagaan internet nih..
October 19th, 2007 at 11:44 pm
ila.
semua perkara perlu dimulai dari bawah
anda perlu belajar perlahan².. pertama sekali anda perlu tahu cara untuk membina laman web.
beli la produk apa yang patut..contoh produk yang ada anda boleh klik pada nama saya.
Harap dapat membantu
December 23rd, 2008 at 10:45 am
Marilah kita belajar dan berani merebut peluang perniagaan di internet. Bukan sahaja masa yg amat fleksibel tetapi kos juga rendah dengan kadar risiko rendah… Kalau perlukan kursus yg berwibawa Saifusham ada menawar kursus tersebut.
SmartBusiness4u