Dropshipper perniagaan keusahawanan Jika anda mencari post terbaru SaifulSham, klik di sini. Selasa nanti baru normal perjalanan SaifulSham. Syazwan sedang angau dengan Patric Chan, dia kata dia tak puas tengok gambar dia dengan Patric Chan, jadi post ni saya biarkan di sini. (IMHO: Saya tak sure dia minat tengok gambar Mr Chan or Mrs Chan) Lantak kau lah labu…. ;)

Sebenarnya semalam saya menggagahi diri yang demam ini untuk menemubual Patric Chan. Wah, tingginya! Namun saya berbangga jugalah kerana sekurang-kurangnya kepala saya cecah jugalah bahunya. Terlampau banyak input yang dikongsi oleh Patric, beliau tidak lokek bercerita, banyak input baru sebenarnya yang dirakam. Patric bercerita mengenai formula guru dalam memulakan perniagaan internet (rahsia berbeza), sedangkan SaifulSham dalam seminar kami menggunakan teknik “Underachievers”. Satu kombinasi yang sungguh mantap.

There are a lot of things yang kami pelajari dari Patric secara direct dan dengan hanya melihat style Patric bekerja. What a nice guy. Jika anda mahukan video tersebut, ehem3…anda tahu lah caranya kan? ;) Kepada alumni peserta seminar kami, usah gusar. Video tersebut masih dalam editing dan akan diberikan apabila siap. Good things happened to people who wait. ;) Patric,if you are reading this, thank you again for your kindness, especially for the Milo, we act forgot to thank you for the drinks because we are, well…quite thirsty at that time…And he said, I’m funny…hahaha ;)

Patric Chan Jutawan Internet Low Profile

Patric Chan Jutawan Internet Low Profile

Suprise of the day pula, petang tersebut kami bertemu dengan En Zamri Nanyan.

“Formal sangatlah, Zamri je dah lah…” ujar beliau… ;)

Ataupun, kami panggil Abg Zamri. Kami berbual agak panjang, dari pusat beli belah berhampiran pejabat Patric Chan (yang sungguh mewah & ekslusif!) hingga ke dalam kereta hingga ke Sungai Dua.

You don’t know what’s cooking up north… :p

En Zamri adalah seorang usahawan internet Malaysia yang senior, lebih lama dari SaifulSham dan niche beliau agak special. Saya masih ingat meminta nasihat2 beliau ketika zaman WebMasterMalaysia lagi. En Zamri sudah naik pangkat sekarang, cayalah! :) Banyak juga input baru, sangat berguna dan sangat spesifik yang kami “download” dari En Zamri. Bertukar-tukar idea. Wahh….

Patric Chan Jutawan Internet Low Profile

Cukuplah jika kami katakan, semalam kami dapat compare perniagaan internet kami dengan “benchmark” yang paing tinggi martabatnya dan kami gembira kami berada di landasan yang betul.

“Syazwan, naikkan altitude, tambahkan kelajuan”

Jika dulu kami bermula dengan pesawat Pilatus kemudian diupgrade kepada pesawat Fokker 50, dan kemudian ke Boeing 737, kini saya boleh katakan, kami sedang memandu Jumbo Jet B747

(jangan bimbang para pembaca, kami sekali-kali tidak akan menukar kepada pesawat korporat seperti Learjet ataupun pesawat tentera kerana pertamanya, kami nak berkongsi kejayaan dengan ramai penumpang yang turut berjaya dan keduanya kami cintakan keamanan.)

Joke of the day with Syazwan, Bitol: “Whose -censored- again?”, said Patric

Joint Venture , Kerjasama , Partner

Boleh saya katakan SaifulSham merevolusi dunia keusahawanan internet. Blog, gaya dan style… Selepas pertemuan dengan Patric dan En Zamri semalam, kami (saya, Syazwan & Hafiz CheapestCovers) oh ya, Hafiz ikut juga… (friend is friend,tapi Hafiz ikut strictly on business reason as a reward for his achievement. Other protege, you are next if you achieve something!) melakukan sedikit debriefing.

Ketika sesi debriefing tersebut, Hafiz memberitahu CheapestCovers mahu membrandkan diri mereka sebagai “UBERSEXUAL”. Jangan tanya saya ubersexual tu apa, saya serahkan kepada Hafiz untuk memberi penjelasan. ;) (saya rasa Hafiz semakin stress dengan projek Pet Sustenance Kit-tandas bergerak haiwan peliharaan beliau) 

Balik kepada topik asal, JV dan Partner. Saya ingin mengingatkan anda:

Rahsia Niaga: Jangan menyinggung perasaan JV partner anda ataupun membelakangkan mereka dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan mereka. Jika tidak susah untuk anda berkembang JIKA anda bercita-cita tinggi.

Perkara ini saya dapat tahu dari CheapestCovers sendiri ketika sesi debriefing tersebut. Walaupun saya telah berpesan kepada Hafiz berminggu2 dahulu, tanya, tanya, tanya. Tetapi akibat kesibukan beliau terlupa. Jadi saya harap dengan mengumumkan secara public ini, Hafiz akan cepat-cepat melakukan apa yang sepatutnya.

Kepada anda semua, pilih partner yang dinamik dan progresif serta menguntungkan semua pihak yang anda dapat belajar daripadanya (dan bukan satu pihak sahaja dipergunakan), kerana ia akan membawa anda pergi lebih jauh…lebih jauh… ;) Dan setelah anda mendapat partner tersebut, jaga dengan baik. Jangan jadi seperti CheapestCovers.

(kami tidak segan silu melakukan “public flogging” kepada protege-protege kami, jadi pastikan anda ada progress dan tidak statik)

Sehingga ke hari ini, kami telah berpeluang bekerjasama dan berhubungan dengan ramai usahawan internet Malaysia yang approachable untuk beberapa projek lepas, sedang dan on the way seperti (tiada turutan tertentu):

  • Shuth
  • Kidino
  • Smartzul
  • Patric Chan
  • Kidino
  • Alang
  • Zamri Nanyan
  • Gobalakrishnan
  • Mohd Sufian
  • Beberapa nama yang below the radar lagi…

(oh ya, betul-betul tau diorang kenal. Bukan saya sebut saje….err,err, begitu rupanya)

Banyak juga sebenarnya…Zul, diam-diam ubi tau… ;) Insya allah, SaifulSham sentiasa terbuka dalam hal kerjasama ini dan kami tidak taksub kepada luar negara ataupun dalam negara sahaja. Keseimbangan itu penting… :)

Cuma ini adalah buruan terbaru saya:

Sham Raja Adsense Perniagaan Internet

Jika anda mempunyai maklumat mengenai beliau sia hubungi saya, tapi jangan tanya apa projeknya. Insyaallah, jika beliau bersetuju, kami akan sama-sama umumkan (atau beliau sendiri yang membaca Sham, emel address kat komen tu betul ye?) ;) Ada projek “Orang-orang Besar” untuk dibincangkan… ;)