Dari Jemapoh ke Manchester!
Teringat saya pada sebuah filem yang pernah ditayangkan pada 2001, yang berjudul “Dari Jemapoh ke Manchester” dimana ianya mengisahkan 2 anak muda dari Jemapoh (sebuah kawasan pedalaman di Negeri Sembilan) yang berhajat ke Manchester membawa hajat masing-masing dalam tahun 70an. Seorang anak muda tersebut ingin bertemu bintang pemain bolasepak kegemarannya, George Best dan seorang lagi ingin mencari ayahnya yang dikatakan berada di Liverpool. Walaupun filem tersebut bukanlah filem box-office seperti filem lain, saya agak teruja dengan kesungguhan anak kampung yang berhajat ke luar negara hanya dengan menaiki kereta pinjam. Pada waktu itu, saya hanya mampu tergelak dengan impian tinggi yang dicita kedua-dua tersebut.
Kini, selepas 5 tahun berlalu, saya mula teringatkan kepada apa yang telah dilakukan saya dan Sabri (Team SaifulSham.com), ia seakan-akan sama dengan jalan filem tersebut, cumanya kami mungkin lebih bernasib baik daripada nasib pemuda filem tersebut. Walaupun bezanya mungkin kami ini anak bandar, ada satu perkara yang ketara perbezaanya, kami mencapai keinginan ke Manchester! Adakah kami ke sana? Jawapannya tidak tetapi produk yang dijual kami diinternet telah terbang dari Malaysia ke Manchester, malahan juga merata tempat lagi diseluruh dunia. Inilah kelebihan perniagaan internet berbanding perniagaan konvensional.
Sebelum kami kenal perniagaan internet, tidak terlintas langsung dalam fikiran kami bahawa produk kami akan satu ketika berada di New York, London, California, Texas dan banyak lagi tempat di dunia ini. Bagi kami, produk yang berada diseluruh dunia hanyalah dipunyai syarikat-syarikat gergasi yang mempunyai cawangan di merata dunia. Tetapi, pandangan sempit itu akhirnya berubah selepas kami mengenali dunia internet yang sebenar.
Walaupun menjadi usahawan global amat menarik, tugas yang menanti amatlah mencabar kerana pelanggan luar negara terutama dari negara-negara maju sentiasa mengharapkan kualiti dalam setiap yang ditawarkan baik dari segi produk mahupun khidmat sokongan pelanggan. Jika anda berhasrat menceburi perniagaan internet, anda tidak boleh lagi berniaga sambil lewa seperti yang mungkin boleh anda lakukan didalam negara.
Jika anda masih mengambil sikap sambil lewa, jangan berangan dari Jemapoh ke Manchester.


January 15th, 2006 at 10:48 am
hi, wht r u guys selling?
January 17th, 2006 at 12:17 pm
We practice a few business models. But, unlike other netpreneurs we focus more on physical products. “Real” products some say.
Let me leak one.
We sell selected MLM products (not memberships) that match our website audiences need.
Hope that helps!