Dari usahawan offline ke online!
Hello pembaca setia SaifulSham,
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dalam menyokong Team SaifulSham untuk terus menyumbang info keusahawanan kepada masyarakat dengan percuma!
Saya tahu ada kalangan pembaca SaifulSham terdiri dari golongan usahawan dunia luar (bukan usahawan internet) yang berminat untuk mencari maklumat mengenai perniagaan offline. Jangan tutup terus tetingkap anda jika saya berceloteh mengenai perniagaan internet (hehe kerana ini specialist kami) kerana saya juga akan menyingkap mengenai perniagaan dunia nyata.
Dan hari ini, sebagai memenuhi permintaan tersebut, sukacitanya saya akan ceritakan bagaimana Team SaifulSham membantu suri rumah yang mempunyai perniagaan di dunia nyata dan kami bawa beliau ke pasaran online. Sesuatu yang masih dalam peringkat kertas kerja antara kami dan suri rumah tersebut dan akan dilaksanakan secepat mungkin.
Beginilah kisahnya, suatu ketika dalam sebulan yang lepas, saya menerima e-mail dari seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan biskut (cookies) di kawasan sekitar perumahannya dan beliau meminta kami, Team SaifulSham memberikan pendapat, apa yang perlu beliau lakukan untuk meluaskan pasarannya. Suri rumah ini bolehlah saya gelarkan usahawanita yang hebat! Saya memanggil beliau, Kak Jun.
Saya hanya menjawab beberapa patah perkataan sahaja. ” Kak Jun harus mencuba untuk menjadi usahawan online dan juga kekal sebagai usahawan offline”. Selang beberapa hari, Kak Jun membalas ” Kak Jun memang berminat dengan saran pihak SaifulSham, tetapi Kak Jun tidak tahu cara dan takut akan risiko yang pernah Kak Jun dengar dari orang”.
Saya membalas dengan penuh keyakinan, ” Kak Jun jangan risau kerana Team SaifulSham sentiasa berdiri di belakang Kak Jun jika Kak Jun benar-benar berusaha untuk merealisasikan perkara tersebut. Kami Team SaifulSham tidak pernah bankrup sejak menceburi perniagaan internet, oleh sebab itu kami hendak menolong seramai mungkin rakyat Malaysia menceburi perniagaan internet. Risiko tetap ada tetapi perniagaan offline pun mempunyai risiko, kenapa tidak mencuba membawa perniagaan cookies Kak Jun di internet?”
Dan selang beberapa hari kemudian, Kak Jun dengan semangat berkobar-kobar menelefon saya (saya berikan nombor telefon kepada yang benar-benar berusaha seperti Kak Jun sahaja), dan saya berikan khidmat nasihat percuma selama hampir sejam kepadanya. Kini, Kak Jun sedang dalam proses untuk membina laman web cookies beliau dan kami Team SaifulSham sentiasa mengikuti rapat perkembangan beliau. Kami akan membaiki apa jua kesilapan dan menambah baik laman web beliau yang sedang dalam proses pembikinan. Haha, nanti saya beritahu nama laman web tersebut jika Kak Jun berikan lampu hijau!.
So, apakah moral disebalik cerita ini. Senang sahaja, bagi usahawan di dunia nyata (menjalankan bisnes di muka bumi), saranan kami, mengapa anda tidak mencuba perniagaan internet? Jangan limitkan perniagaan anda yang mungkin hanya tertumpu di kawasan sekitar perumahan tertentu kepada perniagaan internet yang luasnya tanpa batasan ke seluruh dunia. Anda masih kekal sebagai usahawan offline tetapi anda juga boleh bergelar usahawan internet tanpa mengorbankan apa-apa perkara.
Bapa saya mempunyai kawan yang tinggal di kampung sahaja menjalankan perniagaan internet menjual barangan kraf kampung ke seluruh dunia. Beliau mempunyai bengkel dan kedai kecil di kampungnya menjual kraf kampung tetapi jangan terkejut jika saya katakan pelanggan beliau kebanyakan datang dari luar negara. Ini kisah benar. Apakah cara untuk beliau lakukan, apakah beliau menaiki kapal terbang untuk ke luar negara menjaja produknya.
Tidak, beliau hanya gunakan internet sebagai medium menjual barangannya. Ini kerana beliau adalah usahawan offline yang bersemangat tinggi dan akhirnya juga menjadi usahawan online. Jadi, mengapa tidak anda juga lakukannya. Jangan segan untuk bertanya kepada kami, Team SaifulSham kerana kami ikhlas membantu anda untuk berjaya dalam bisnes internet dan mengekalkan anda dalam bisnes offline yang anda jalankan.


March 6th, 2006 at 2:59 pm
wah..jual biskut offline maju jadi online..great!
btw;weh wan no tepon ko dah tuka ek..aku msg xdpt pun..nk tny psl buku,dah kuar ke..?
March 7th, 2006 at 1:44 am
Team saifulsham, pastikan kak Jun tu berjaya.. Then, kena buat follow up kalau orang yang nak kita bantu tu ‘senyap’.. Kena bagi mereka motivasi, semangat dan jalan yang jelas. Biar mereka nampak jalan sebenar, jangan bagi konfius.. Lebih2 lagi orang tu amat2 newbie dalam e-bisnes dan IT.
Saya berkata begitu sebab saya juga ada beberapa orang yg offline nak buat e-biz.. Tapi, mula2 sahaja bersemangat. Lepas tu senyap jerk.. Buat follow-up pun tak berbalas.. Dah dah siap serba serbi nak bantu. Tak tahulah cara saya salah ker..
March 8th, 2006 at 8:32 am
saya rasa, ada beberapa sbb…
mungkin keyakinannya dah kurang…tak yakin dgn online n lebih selesa dgn offline….
mungkin jugak not so clear what online is all about…byk teknik kena tahu dlm online ni (website, SEO, salesletter, PPC etc)..n kl novice @ newbie tentu awalnya pening sikit nak paham, tp lama2 bole ok…
March 8th, 2006 at 10:02 pm
apa kata tambahkan satu lagi produk iaitu ebook cookies..maksud saya..ebook bagaimana membuat cookies (‘how-to’…term yg biasa menjadi penyelesai kpd sesuatu masalah)..
May 10th, 2009 at 11:50 am
En saiful,
saya juga mempunyai biz cookies. Boleh bantu dr segi marketing online? Bagaimana dgn fee nya?
May 10th, 2009 at 11:52 am
En saiful,
saya juga mempunyai biz cookies. Berminat utk memasar secara online. Bagaimana dgn fee nya?
May 10th, 2009 at 11:53 am
saya berminat utk memasarkan cookies saya secara on line. Bole bantu dan bagaimana fee yg dikenakan?