Hello pembaca SaifulSham,

Tiada pos kali ini, cuma saya sekali lagi mewakili Team SaifulSham memohon feedback dari anda yang telah membaca buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”.

Memandangkan ini kali pertama karya kami dijual secara umum di kedai-kedai buku, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kualiti penyampaian buku kami.

Apa yang kami minta selain testimoni adalah:

1) Perkara apa yang masih belum difahami anda selepas membaca buku tersebut. Jika ada, nyatakan secara jelas kepada kami.

2) Perkara apa yang ingin anda ketahui secara mendalam. Ada beberapa perkara kami bincangkan secara sepintas lalu, oleh kerana jika diterangkan secara detail, dikhuatiri ada yang akan tidak memahami maksud yang hendak disampaikan. Akan tetapi, jika itulah perkara yang tetap ingin diketahui, nyatakanlah juga kepada kami.

Satu persoalan yang ingin kami tahu, apakah anda sudah boleh memulakan perniagaan internet anda sendiri? Jika belum, nyatakan juga kepada kami. Kami sedaya upaya akan membantu sehingga anda siap memulakan perniagaan internet anda sendiri.

Satu perkara, jika terdapat permintaan untuk FULL VCD pembinaan laman web, kami bersiap sedia untuk menerbitkan satu VCD yang lengkap yang menunjukkan dari awal, satu-persatu hinggalah proses mencantikkan laman web. Lengkap selengkapnya. Itupun, jika ada yang memintalah.

Harapan kami hanya satu, selepas membaca dan menonton buku dan VCD keluaran kami, akan ada bertambahnya peniaga internet Malaysia! Semoga maju jaya.