Fikiran orang-orang Malaysia…..
Hello pembaca SaifulSham,
Psst, musim bola sepak sedang melanda. Saya memang sukakan musim ini, sebab saya akan membuat kerja ditengah malam (perniagaan internet) sambil-sambil melayan perlawanan di Astro.
Jika berasa boring di hadapan komputer, bola sepak menanti saya! Siap bancuh air lagi!. Sambil itu berfikir-fikir, apakah yang harus ditulis untuk pembaca SaifulSham.
Hari ini, saya sebenarnya kering idea untuk menulis, sebab masa saya banyak dihabiskan diinternet menumpukan kerja-kerja bisnes disitu. Jadi, saya rasa otak saya tidak sempat untuk berfikir artikel yang menarik untuk anda.
Dan kebetulan semalam saya sempat membelek buku terbaru Azizi Ali “Pelita Jutawan”, dan saya mendapati sebuah artikel yang menarik perhatian saya.
Jadi, saya akan mengolah mengenai artikel tersebut.
( Disclaimer: Artikel ini diolah dari buku terbaru Azizi Ali, “Pelita Jutawan” )
Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, pernahkah anda terfikir, jika anda memandu sesebuah kereta, apa yang anda selalu fikirkan? Setiap orang mempunyai sebab untuk mempunyai sesebuah kereta;
Mari kita lihat mengapa dan apa yang difikirkan orang Malaysia apabila mempunyai sesebuah kereta.
- Kancil – Murah! Senang! Lagipun lebih baik memandu kancil dari menaiki motor. Nak ambil parking pun senang.
- Kelisa – Kelisa lebih menawan, impian kalbu. Lagipun tambah berapa ribu sahaja dari Kancil dah dapat Kelisa.
- Juara – Hei, setiap orang berhak membuat satu kesilapan dalam hidup mereka!
- Perdana – Aku tak faham mengapa orang menagung-agungkan kereta mewah dari Barat, Perdana ni dah cukup hebat dan mewah, setanding dan lagi murah.
- Satria Neo – Inilah model terbaik proton yang pernah kumiliki.
- Honda Civic – Aku rasa oklah kereta aku ini. Nak pakai lagi hebat, rasanya kena tunggu AFTA la.
- Toyota Vios – Ya, aku pun nak tunggu AFTA.
- Volvo – Rasanya inilah kereta paling selamat untuk dipandu seumur hidup aku. Harga lebih murah tetapi setanding BMW dan Mercedes.
- BMW 3 Series – Lepas ini aku sudah pasti menjadi jejaka idaman semalaya. Bangganya dapat memiliki kereta ini. Harap-harap tiada awek tahu aku membuat pinjaman selama 8 tahun.
- Mercedes Benz E-Class – Ha, aku nak tunjuk depan bekas bos aku. Baru dia tahu siapa aku yang dia duduk maki hamun sebelum ni.
- Mercedes Benz S- Class – Inilah lambang kejayaan aku sebagai seorang usahawan berjaya.
Jadi, dimana anda berada semua berada? Mungkin tidak semua akan berfikiran sedemikian bukan, hehe tetapi saya percaya, sudah pasti kadangkala terlintas juga dalam fikiran kita apabila kita memandu sesebuah jenis kenderaan.
Yang penting, dalam memacu kekayaan, ukuran material yang susut nilainya seperti kenderaan bukanlah penting.
Pemikiran orang Malaysia, kalau tidak semuapun masih lagi berfikir, barangsiapa memiliki sebuah kenderaan mewah, dialah kaya.
Barangsiapa memandu kancil, dia hanya seorang biasa.
Tetapi, pernahkah anda bertanya kepada pemilik BMW, ini anda beli cash ke buat pinjaman dengan bank? ( Saya berhadap anda tidak akan dikejar dengan penyapu)
( Amaran: Janganlah anda bertanya sedemikian dihadapan bakal bapa mertua anda, nescaya, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya )
Ok, berbalik kepada isu tadi, saya ingin tekankan, kekayaan bukan diukur pada aset susut nilai, tetapi kekayaan diukur bagaimana seseorang menguruskan kekayaan mereka.
” Ia bukanlah mengenai bagaimana anda ingin membuat satu juta tetapi bagaimana anda membuat satu juta kepada dua juta, tiga juta”
- Maksudnya, menjadi kaya mungkin bukan senang tetapi mengekalkan kekayaan lebih susah.
Anda harus membuka kembali kepada sejarah yang telah berlaku, bagaimana jutawan-jutawan dari sebuah Felda di Negeri Sembilan balik semula seperti kehidupan biasa mereka.
Sejarah tidak pernah menipu, bahawa anda perlu tahu, pengetahuan mengekalkan kekayaan adalah yang paling penting.


June 21st, 2006 at 12:49 am
waa.. entry kali ini ada iras2 azizi ali la..
) hik! hik!..
June 21st, 2006 at 1:11 am
Shuth, saya olah balik buku terbaru Azizi Ali “Pelita Jutawan”. Sbb artikel ni nampak mengujakan dan melucukan tetapi ada byk maksud tersirat di sebaliknya.
Hikhikhik…..
June 21st, 2006 at 1:57 am
saya sambung kat blog saya sikit..
June 21st, 2006 at 4:49 am
lucu…tp itu le realiti. Org masih fikir sape drive keta besar, dialah kaya. padahal realitinye hutang..hehe. Biar bergaya, asal pape..org cakap..
June 21st, 2006 at 6:36 am
Laa hasrul, patutlah. Lepas masuk blog hasrul then masuk sini. Aik, saifulsham pon citer pasal kete jugak? hehe..
Hmm, betul… Kekal kekayaan, kebahagiaan, kemajuan, semuanya perlukan kemahiran dan pengetahuan..
PS. Saya suka kereta lembu. hahaha…
June 21st, 2006 at 10:30 am
Azizi Ali “Jutawan dari Planet Jupiter” erm… bila sebut kisah kereta, mmg saya akan teringatkan kepada penulisan Azizi Ali. Walau sebesar, semewah mana pon kereta yang dipakai, tu semua hanya pandangan orang sahaja yang mengatakan kaya atau tidak seseorang tu. tapi hakikatnya, kereta tu lama-lama akan susut nilai, tuan punya kereta pulak berhempas pulas nak bayar bulanan kereta, orang lain pulak dah tak pandang dah kereta tu. jadi, belilah kereta ikut kemampuan & untuk keselesaan. kereta tu bukan boleh tambah duit sebab ia akan susut nilai. baik beli hartanah
tapi teruja jugak tgk satria neo, sporty….
June 21st, 2006 at 10:54 am
Best! tambah sket jenis kereta:
Kereta sport:- Aku nak cepat sampai, sambil semua mata awek memandang kepada aku dan teruja dengan kepantasanku! Harap-harap mereka tidak tahu ini hanyalah wira yang diconvert jadi evo III.
hehehe. ;D
June 21st, 2006 at 11:42 am
saya bawak kancil jer..
tapi ada terdengar perbualan kaum cina,
beli keta mahal sebagai investment,
untuk pancing big job.
June 21st, 2006 at 2:58 pm
Saya pernah teringin utk membeli mercedez 2nd hand. Tapi bila tgk saudara kembar saya punya maintainenance utk repair kereta merce dia (beli dari UK) tu mahal sgt, tak jadik pulak. Pikir2 balik, better beli iswara aja. Haraganya murah, and tak kecil sgt. Duit lebih boleh melabur atau beli property
June 21st, 2006 at 7:15 pm
Perbualan sy dgn sorang kwn cina satu ketika dulu…
QUESTION- Wa emak lu kaya ha? Tapi apasal kereta lu tarak mahal jugak?
ANSWER – Alo manyak B*** lah lu , apasal lu suka manyak hutang ah? itu keleta (kereta) emak saya beli cash lu tau? tadak hutang! emak saya kalau beli rumah- rumah, baru dia hutang. Emak saya cakap kalau hutang untuk property ah, dia panggil “good debt” .kalau hutang kereta dia panggil “bad debt”. haiya..lu skolah sampai mana ah ?…
June 22nd, 2006 at 9:16 am
Encik Azhar,
Izinkan saya bertanya. Bagi saya, sepatutnyer kereta la kita patut berhutang, manakala properties kita tidak perlu berhutang. Sbb kereta interestnyer very dari 1.8% – 4.5% (sedikit), tetapi proeprties interstnyeer vary dari 5.65%-10% setahun. What do u think?
And what saifulsham would say about this?
THank you.
September 29th, 2007 at 2:50 am
menarik gak…sbb saya sebenarnya ader gak hajat nak tukar keta..dr kancil ke persona….tp bila baca komen2 diatas tu rasa mcm tak jadi plak….camaner yer….lg 3 thn habis bayar….lepas tu nk beli rumah pulak…hahaha….
Ader aper2 tak nak nasihat kat saya…yang tak baper reti ni hehehe…
Terima kasih
December 7th, 2008 at 3:46 pm
pakai jer kereta apa pun selagi mampu.. lagi boleh bayar loan. nak simpan duit sampai bila..sampai umur 60 jadi jutawan umur 61 mati..susah 60tahun senang setahun tak berbaloi.lagipun feel dia berbeza di usia muda dan usia tua. tapi jangan plak sampai tak boleh bayar, ukur kewangan sendiri.. nikmatilah kehidupan yang pendek ini