Nota: Kepada pembeli buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet yang masih belum menerima buku anda, belum memaklumkan kami pembayaran telah dibuat atau tidak mendengar sebarang berita dari kami, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami.

Kepada peserta Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet, sila semak nama anda di www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm (bawah sekali),jika nama anda tidak tersenarai, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami. 

Semalam, saya berpeluang untuk bertemu dengan beberapa orang pembaca buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”. Saya mendengar kisah-kisah dan idea perniagaan internet mereka dengan penuh minat. Sebenarnya, potensi perniagaan Internet ini luas. Sangat luas. Kenapa saya katakan demikian? Kerana idea-idea yang mereka timbulkan kebanyakannya telah bermain-main di minda saya sejak sekian lama. Hampir pasti 75% akan membawa kepada keuntungan jika kena cara pelaksanaanya. Tapi, kenapa saya tak buat?

Pelajaran #1: Jangan tamak. Tumpukan kepada beberapa projek yang anda boleh berikan komitmen dahulu. Jika projek tersebut telah berjaya, baru berpindah ke projek seterusnya. Buat ikut minat. Aturkan keutamaan anda.

Satu lagi yang menarik perhatian saya. Orang Malaysia ni rata-ratanya pandai dan pintar. Sangat Bijak. Jadi kepada sesiapa yang menyatakan mentaliti rakyat kita masih berada di tahap yang kurang memuaskan, saya rasa mereka tidak mengalami apa yang kami alami.

Baiklah, kami sebenarnya melakukan sedikit promosi buku di sebuah pusat beli belah tanah air. (kira 17 jam berjauhan dari komputer, tetapi SaifulSham tetap berjalan dengan post-post menarik. Nah, ini lah automasi yang saya katakan! ;) ) Dan ketika sesi kami, kami berjaya menarik perhatian orang yang lalu lalang di kompleks tersebut untuk mendapatkan buku kami dan bertanya sedikit sebanyak soalan kepada kami.

Tuan-tuan dan puan-puan (Cik included),

Walaupun mereka bukan “targetted“, tapi rata-rata mereka mempunyai idea ataupun gambaran kasar mengenai perniagaan yang mereka ingin buat di Internet. Seorang pakcik (50+), hendak memajukan projek homestay kampungnya dan seorang (30+) hendak memajukan projek kebudayaan India.

Nah, ini orang biasa! Lihat, dari banyak2 orang yang berjalan-jalan membawa keluarga di pusat membeli belah, berapa orang yang ada idea perniagaan Internet sendiri? (walaupun mereka tak buat lagi, tapi at least perkara tersebut sentiasa bermain di minda mereka. Cuma mereka tak tahu bagaimana) Dan saya boleh katakan, idea tersebut not bad juga. Well done. ;)   

Jadi, kepada bakal peserta seminar kami, khususnya peserta sesi 1, jika anda datang tanpa idea, sedihlah saya… :)

Gergasi Pun Nak Makan Hati Nyamuk

Tapi inilah perkara pokok yang akan saya katakan hari ini sebagai tanggungjawab sosial saya kepada masyarakat dan negara. Perkara ini saya kupas dari cerita pakcik di atas kepada saya. Pakcik H (bukan nama sebenar) adalah seorang pakcik yang amat berwawasan. Beliau bercadang untuk membawa projek homestay kampung beliau, kampung ABC (bukan nama sebenar) ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Beliau mahu melakukan pemasaran projek homestay tersebut di Internet. Dan, untuk pengetahuan anda, pakcik ini bukanlah seorang pensyarah, doktor, pengarah syarikat pelancongan. Beliau adalah orang kampung biasa.

Untuk memajukan cita-cita beliau, beliau telah meletakkan harapan kepada sebuah syarikat korporat Multinasional….jeng jeng jeng

oops! Nak tahu cerita selanjutnya? Sabar ya…hehe :) Saya telah melakukan sedikit kajian terhadap tawaran syarikat tersebut, tapi saya tak berjumpa pakej yang ditawarkan pakcik tersebut. Beliau dikenakan RM 380 untuk sebuah subdomain!!!

Terlampau. Tak apa, saya akan rujuk kembali Pakcik tersebut, dan jika benarlah hati nyamuk pun hendak di makan oleh gergasi ini, saya akan dedahkan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan ini. Sebelum itu, izinkan saya menyiasat leboh lanjut. :) Â