Hantar Produk Anda Ke Seluruh Dunia
Jika anda mempunyai komen mengenai wajah baru SaifulSham, sabar dahulu. It's being implemented. Masih belum lengkap. Target kami in 24 hours akan selesai.
Hello pembaca SaifulSham,
Kebelakangan ini ramai yang bertanya kepada saya, apakah cara terbaik untuk menghantar produk ke luar negara. Walaupun saya kira jawapan tersebut sudah dijawab dalam buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” tulisan Team SaifulSham, ramai yang masih tertanya-tanya dan takut untuk bermula.
Sebabnya, kos penghantaran terlalu mahal!
Tuan-tuan dan puan-puan,
Tidak ada magic yang boleh dilakukan untuk mengurangkan harga penghantaran produk terutama dalam menghantar sebuah produk ke sebuah tempat di luar negara.
Maknanya, kalaulah kos penghantaran tersebut adalah RM100 menggunakan kurier, tidak ada cara untuk menjadikannya RM10 atau RM1 (kalaulah begitu, sudah lama syarikat kurier bankrup)
Melainkan anda membuat perniagaan berasaskan dropship. (Sebab selalunya base dropship tersebut di Amerika, dan jika anda perlu menghantar produk kepada pelanggan Amerika, ia akan jadi murah tetapi tidak pula kepada pelanggan Asia).
Jika anda mempunyai produk anda sendiri yang harus dihantar diluar negara, jangan segan dan takut untuk pergi ke pejabat pos dan bertanya (ingat, malu bertanya sesat jalan — atau anda boleh melihat segala maklumat di laman web mereka: contoh www.pos.com.my).
Tips untuk mengurangkan kos:
- Gunalah pos biasa (seperti mel udara, mel kapal); ianya menjimatkan tetapi lambat.
- Jika gunakan kurier, setakat ini kos termahal pernah didengar saya adalah DHL. Jadi, seboleh-bolehnya gunakan syarikat kurier lain (tetapi harganya tidaklah jauh berbeza walaupun murah).
Dalam perniagaan internet, kos penghantaran boleh menjadikan produk kita tidak kompetitif berbanding pesaing kita.
Cara terbaik, adalah memberi kelainan kepada perkhidmatan anda dan nilai tambah. Sebab kita memang tidak mempunya magic untuk mengurangkan kos penghantaran dengan banyak, jadi gunakanlah kaedah lain untuk menyerap kos tetapi masih berdaya saing.
Contoh mudah: Walaupun harga barangan elektronik jenama Sony agak mahal berbanding jenama Sunny, majoriti dari kita akan memilih Sony kerana mutu serta perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang. Sunny akan mempunyai pelanggan mereka sendiri dengan harga murah, tetapi Sony tidak akan sedikitpun terjejas dengan kehadiran Sunny
(maksudnya: Sony tidak punya banyak cara untuk mengurangkan kos produknya berbanding Sunny, tetapi Sony mempunyai kelebihan dari sudut mutu dan perkhidmatan selepas jualan menjadikannya sebagai jenama yang terus digilai ramai)
Jadi, saya kira anda sudah faham akan mesej ringkas saya hari ini. Jumpa lagi.


August 2nd, 2006 at 11:40 am
jadi adalah penting untuk membina jenama melalui perkhidmatan,g2 kan?
erm,komen utk wajah baru saifulsham…hebat!!! kalo dulu berwajah comel tp kini berubah jd nampak lebih dewasa,koporat dan professional!!!
nampaknya wajah baru nie akan dapat menarik perhatian golongan korporat dan dewasa, tp mungkin sedikit menggerunkan bagi newbie dlm netbiz nie (sbb nampak garang).
anyway,tahniah atas revolusi saifulsham.com ni.
August 2nd, 2006 at 11:47 am
wah.. saifulsham skrg dah berwajah baru le
August 2nd, 2006 at 12:05 pm
hoho…(tiru shuth)
Dulu comel ye?
Saya rasa dulu ayu2, ala-ala gadis Melayu camtu,sejuk mata memandang.
Yang ni? Hmm… tunggu 2, 3 ari sat.. nak dapatkan “feel” dulu..
August 2nd, 2006 at 12:55 pm
Assalamualaikum
Tahniah.. Mmg wajah baru yang sejuk dimata..
Bkn ape, Design yg dulu tu saya pnah tngok org lain guna.. 1st saya ingat SaifulSham tapi org lain..
PS: Sebaya rupanya kita.. Xpun saya muda stahun.. He he..
August 2nd, 2006 at 12:55 pm
Muka baru nie great…entrepreneurship ahead, and since saifulsham dah move forward………. dan warna sama dengan branding kann ……All the best
August 2nd, 2006 at 2:01 pm
Wah! Nice design! I love orange! BTW, camner cara senang nak dapat list dropship company? Susah ler nak cari kat google..
August 2nd, 2006 at 2:21 pm
cun nye blog ni….
August 2nd, 2006 at 3:23 pm
wow…dh berwajah baru SS ari ni…makin macho la..
anyway camne nk tau dropship company yg leh dipercayai/bagus ek?
August 2nd, 2006 at 4:30 pm
congrate 4 da new look! erm..cam robotys kata, susah tul nak carik dropship ya..
August 2nd, 2006 at 4:48 pm
ait..buka2 jer saifulsham.com, tekejut giler..cantikknyerrrr…..lembut mata memandang.
Tahniah!
August 2nd, 2006 at 7:44 pm
Tahniah SS! Cantik design baru ni
Corporate colour pun dah tukar la… dulu hijau, skrg dah oren dah…. nampak lagi matang
Saya pun sedang cari rahsia mcm mana utk tukar wajah blog drp biasa kepada yg nampak mcm website…. blh kongsi sikit?
August 3rd, 2006 at 1:55 am
what is your business my fren??
August 3rd, 2006 at 2:44 pm
Huh! kale oren! cam belanda….huhuhuhuh
August 3rd, 2006 at 2:47 pm
“Kebelakangan ini ramai yang bertanya kepada saya, apakah cara terbaik untuk menghantar produk ke luar negara. Walaupun saya kira jawapan tersebut sudah dijawab dalam buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet†tulisan Team SaifulSham, ramai yang masih tertanya-tanya dan takut untuk bermula”
Buku blum dapat lagi…so tak leh komen ler…huhuhuhuhu
August 30th, 2006 at 11:55 pm
Tak lama lagi akan muncul protege² kreatif dari pantai timur…anyway…tahniah & syabas diucapkan kpd syazwan & sabri kerana berkat usaha anda berdua, akan melahirkan usahawan² muda yg semakin kreatif & innovatif…
ade klass gitu…
November 20th, 2008 at 1:05 pm
Lepas baca pos nie…saya buat polisi ‘Free Shipping WorldWide’ di website saya. alhamdulilah customer makin bertambah kerana memang betul ramai customer yang risau pasal kos penghantaran yang mungkin melebihi harga barang!