Hello pembaca Saifulsham,

Jujurnya, ramai orang berkata kepada saya, bidang hartanah adalah satu bidang yang hanya boleh dipunyai dan diuruskan oleh syarikat-syarikat gergasi, oleh orang-orang kaya, dan bermacam segala jenis pandangan yang seolah-oleh membawa pengertian kita orang biasa tidak layak untuk semua itu.

Semua pernyataan diatas adalah salah. Hari ini, dunia semua sudah berubah, hartanah bukan lagi hanya untuk orang elit dan tahukah anda, hatta orang-orang elit ini sekalipun, dahulunya seperti kebanyakan orang. Cuma bezanya, pemikiran mereka dan tindakan mereka melebihi apa yang difikirkan oleh kebanyakan orang. Sebab itu jugalah mereka kini sudah boleh duduk sebarisn dikalangan barisan ahli kelab jutawan-jutawan.

Saya ceritakan sedikit bagaimana bapa saya bermula sebagai seorang pelabur dalam bidang hartanah. Saya tidak akan menyorokkan apa-apa rahsia dari anda.

Walaupun bapa saya dilahirkan dalam keluarga peniaga, beliau tidak pernah dimanjakan seperti sesetengah orang fikirkan (drama Melayu selalu menyogokkan kehidupan kaya raya golongan peniaga, hidup senang lenang, tidak payah belajar). Tetapi itu semua cerita dalam drama, bapa saya sama sahaja seperti kebanyakan orang dari sebelum menjadi pelabur dalam bidang hartanah hinggalah kini (walaupun statusnya sebagai jutawan hartanah).

Back to early 90′s.

Bapa saya ketika itu bekerja sebagai akauntan di sebuah agensi kerajaan. Faham-faham sahajalah, bekerja di bawah agensi kerajaan memanglah gaji tidak seberapa setimpal dengan lulusan. Tetapi, itu langsung tidak menghalang bapa saya dari menyimpan wangnya untuk tujuan pelaburan.

Bapa saya hanya menyedari peluang untuk melabur dalam hartanah apabila pada satu hari beliau terbaca sebuah kisah rakyat Amerika yang menjadi jutawan hanya dengan melakukan beberapa kerja mudah dalam bidang hartanah.

Saya tidak ingat nama jutawan tersebut, tetapi kisahnya seperti ini.

Saya berilahnya nama John. Si John ini merupakan sebilangan graduan lepasan Universiti California. Pada waktu awal, John ini hanya bekerja makan gaji dengan sebuah syarikat di California.

Pada satu hari, si John ini berjalan-jalan disebuah kawasan perumahan di sebuah bandar. Beliau terlihat sebuah rumah yang ditinggalkan dan dibiarkan usang. Di pintu rumah tersebut, ditampal sebuah poster untuk menjual rumah itu. Poster itu pun sudah kelihatan agak usang, mungkin rumah tersebut tidak menarik perhatian pembeli. Ialah, sudahlah buruk, malahan usang lagi.

Tetapi, lantas si John terfikir, rumah ini tentu boleh memberikannya sesuatu. Lantas beliau menelefon pemilik rumah terbabit, alangkah gembiranya pemilik rumah tersebut apabila ada pemanggil menelefonnya untuk membeli rumah tersebut walaupun sudah lebih setahun, poster itu ditampal.

Nampak sangat rumah tersebut tidak disukai orang. Tetapi John ada strategi yang berlainan. Beliau menggunakan simpanannya, dan sedikit meminjam dari keluarga dan rakan-rakannya, akhirnya beliau membeli rumah tersebut dengan harga yang sungguh murah.

(Si pemilik rumah tersebut tentu berfikir, John adalah manusia paling bodoh kerana membeli rumah tersebut sedangkan ramai orang tidak tertarik akan rumah tersebut ).

John tidak menunggu lama apabila beliau lantas mengupah syarikat pembaikan membuat pengubah suaian terhadap rumah tersebut. Maka, habislah lagi sedikit wang John untuk mengubahsuai rumah itu.

Tetapi, akhirnya, rumah tersebut telah menjadi cantik dan cukup menawan. Lantas John membuat jualan terhadap rumah tersebut. ( Sekali lagi tuan rumah sebelum ini sudah dapat mengagak bahawa John memang sudah tertipu, dan beliau tahu sangat, akhirnya orang akan tentu akhirnya menjual rumah buruk itu).

Apa yang memeranjatkan, rumah yang diubahsuai John itu mendapat bidaan sehingga berpuluh orang. Hinggalah pada saat akhir waktu bidaan itu ditutup, beliau berjaya mendapatkan jualan yang 3 kali ganda dari harga rumah tersebut dibeli!

Lantas, John membayar kembali wang pinjamannya kepada keluarga dan rakan. Dan usaha John itu tidak terhenti disitu. Apabila beliau tahu dan terhidunya peluang mendapat wang disitu, beliau terus mencari rumah-rumah seperti itu untuk ‘dikerjakannya’.

Si John menggunakan model yang sama dengan apa yang telah dilakukan terhadap hartanah pertamanya. Tup, tup, dalam tempoh 2 tahun, John bergelar Jutawan Hartanah pada usia muda.

Kisah John (walaupun bukan nama sebenar), inilah yang menarik minat bapa saya mengkaji dan mendalami ilmu hartanah.

Berinspirasikan John, bapa saya membuat cubaan pertamanya dalam bidang hartanah apabila membelinya pada harga cukup murah. Seingat saya pada waktu itu adalah tahun 1995.

Dan model pertama bapa saya berjaya dengan cemerlang. Hingga kini, nilai hartanah pertama yang dibelinya, dianggarkan bernilai lebih dari Rm1 juta walaupun pada tahun 1995 beliau hanya membeli pada harga RM100,000.

Banyak lagi hartanah yang dibeli bapa saya, dan untuk pengetahuan anda,semuanya dijual kembali pada harga 2,3 kali lebih dari nilai pada waktu ianya dibeli.

Saya sememangnya memang mencadangkan sesiapa sekalipun, jika mempunyai wang, laburlah dalam bidang ini. Anda pasti tidak akan menyesal malahan anda akan ghairah untuk mencari lagi hartanah yang lain.

Sebenarnya, ramai orang kita lebih suka untuk melabur wang kepada perkara yang tidak membawa manfaat.

Saya suka untuk bercakap mengenainya kerana memang itulah penyakit masyarakat kita.

Saya berikanlah contoh:

Anak-anak muda sebaya saya selalunya gemar untuk membuat banyak ‘kerosakan’ kepada kereta mereka. Maaflah kepada peminat-peminat kereta yang gemar mengubahsuai kereta mereka.

Saya ada rakan yang memang gilakan kereta. Keretanya memang lain dari lain. Tidak ada dipasaran. Semuanya hendak dimodify. Tetapi, sakitnya, beliau banyak berhabiskan wang, malahan wang biasiswa untuk membubuh ekzos sebesar telinga gajah, tinted cermin kereta yang dianggapnya stylo. Menukar enjin dan bermacam lagi.

Tetapi, malangnya, beliau berhutang untuk mengisi minat dan hobinya. Beliau terpaksa meminjam ribuan ringgit dari rakan-rakan.

Saya tidak mahu mengulas mengenai hobi dan minat kerana memang setiap orang manusia mempunyai minat berbeza. Tetapi, jika sampai berhutang untuk mengisi minat dan hobi, saya rasa itu bukan caranya.

Si kawan saya ini pernah memperli saya kerana kereta saya tidak ada apa-apa yang menarik. Kereta saya adalah seperti itulah sewaktu mula ia dibeli. Tetapi, saya sebenarnya tidak kisah akan itu. Sebabnya, saya tidak menyusahkan orang lain untuk meminjam wang.

Saya juga sukakan kereta yang hebat, nampak muda tetapi saya sedar kemampuan saya. Dan satu perkara, melabur dalam modify kereta hanyalah untuk puaskan hati sendiri yang sentiasa berubah-ubah.

Mengikut hati dan nafsu tidak akan selesai perkaranya. Masalahnya, nilai kereta itu akhirnya akan turun juga. Dan kita yang aysik melabur dalam bidang ini, makin hari makin miskin. Tiada apa faedah yang diberikan.

Hoho, banyak yang dibebelkan.

Baiklah, jadi anda sudah tahu sedikit sebanyak bagaimana bapa saya bermula sebagai pelabur dalam bidang hartanah. Beliau tidak bermula dengan modal berjuta ringgit, beliau tidak bermula dengan modal dari duit pusaka keluarga, tidak.

Yang pentingnya, beliau bermula dengan wang gajinya yang disimpan dari mula beliau bekerja. Kadangkala saya rasa bertuah mempunyai seorang bapa seperti beliau, tetapi saya juga sedar akan nasib orang lain. Saya mahu berkongsikan kisah kejayaan ini bersama anda yang berhasrat menjadi jutawan hartanah.

Selagi ada ruang untuk membantu terutama dalam bidang kepakaran Team SaifulSham (bisnes internet, hartanah, saham), kami Team SaifulSham akan sentiasa membantu.

Saya selalu memegang kata-kata ini.

“Wang memang tidak boleh membeli kebahagian, tetapi wang adalah pemudah jalan untuk mendapatkan kebahagiaan”

Terpulang kepada anda, jika anda menggunakan wang dijalan betul, anda bukan sahaja dapat hidup kaya-raya tetapi juga bahagia.

Hidup miskin mungkin boleh juga bahagia tetapi jika diberi pilihan, adalah baik menjadi kaya dari miskin.

 

 

 

 

 

Â