Hartanah : Jenis hartanah
Hello pembaca SaifulSham,
Hari ini tiada pos mengenai perniagaan internet.
Sebenarnya, sudah lama saya mendiamkan diri dari menulis mengenai hartanah. Satu sebab mengapa saya tidak menulis mengenainya kerana saya masih dalam proses pembelajaran. Saya tidak akan menulis semborono dan mengajak anda melabur tanpa sebarang asas kukuh.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Seperti yang diketahu anda, bahawa bapa saya adalah pelabur hartanah sejak lebih dari 15 tahun yang lalu. Dalam artikel yang dahulu, saya menyentuh mengenai bagaimana pelaburan hartanah yang dibuat bapa saya berasaskan “capital appreciation” iaitu dengan membeli tanah, kemudian memecahkan lot, kemudian menjualnya kembali.
Bunyinya nampak mudah tetapi sebenarnya, kebolehan untuk mengaut keuntungan lumayan akan bergantung kepada situasi keadaan dan juga kepakaran anda sendiri dalam memilih lokasi yang strategik.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Oleh sebab bapa saya tinggal di Kuantan, dan melibatkan diri dalam pelaburan hartanah di 3 buah negeri berbeza iaitu Pahang, Kelantan dan Johor, kebanyakan dari pelaburannya lebih kepada membeli tanah, memecah lot dan menjualnya kembali kepada pembeli.
Dalam situasi ini, ia amat berbeza dengan cara dan penglibatan pelabur hartanah yang tinggal di lokasi bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan mungkin jga Johor Bahru.
Disana, kebanyakan pelabur lebih gemar kepada untuk membeli sesebuah bangunan dan disewakan kembali. Ini jauh berbeza dengan cara bapa saya kerana satu faktor utamanya, tanah disana adalah terlalu mahal.
Ada juga antara pelabur di sana membeli bangunan dan menjualnya kembali. Kaedah ini dinamakan untung atas angin, iaitu pelabur tersebut menyambar bangunan/rumah di kawasan strategik pada awal penjualannya dan kemudian menjualnya kembali kepada pembeli lain pada harga yang lebih tinggi.
Keuntungan melalui cara ini mungkin tidak terlalu lumayan tetapi ia adalah cara terbaik untuk mengaut keuntungan dalam masa singkat.
Baiklah….
Ramai yang bertanya kepada bapa saya soalan yang popular, apakah boleh dijamin kekayaan dengan sebuah hartanah.Â
Menurut bapa saya, sebenarnya, bukan senang untuk menjadi kaya dengan sebuah hartanah. Selalunya, untuk menjadi kaya atau lebih tepat lagi jutawan, anda harus sekurang-kurangnya memiliki 3 dan lebih buah hartanah yang baik.
Jadi, bagaimana untuk memiliki banyak hartanah…
Jawapannya mudah sahaja, apabila anda memiliki sebuah hartanah yang baik, besar kemungkinan anda akan seterusnya memiliki lebih hartanah.
Bab kata SaifulSham sendiri dalam sesi seminar perniagaan internet, “Start Small Finish Big”~
Jumpa lagi dalam tajuk hartanah yang lebih menarik.


September 13th, 2006 at 11:05 am
bapa saya pernah beli sebuah rumah teres 2 tingkat di damansara pada tahun 1992 dgn harga rm50k kalau tak silap…. setelah disewakan selama beberapa tahun…dgn duit sewa itu bapa saya bayar balik pinjaman bank, dan ade la skit sahaja keuntungan dr sewaan tu, lepas tu bapa saya jual rumah itu pada tahun 1996 sebelum krisis ekonomi dgn harga rm135k…dan dgn duit itu bapa saya dpt membeli satu lot tanah dan membina rumah mengikut spesifikasi sendiri…. hartanah mmg lumayan jika tahu caranya.
September 13th, 2006 at 12:51 pm
Saya berkata kpd diri saya : “Tahun 2015 adalah tahun untuk saya memasuki bidang hartanah” . Kalau dah ramai yang jadi jutawan kerana hartanah, mesti saya pon boleh juga!
September 13th, 2006 at 2:07 pm
Assalamualaikum.
Aduh..semakin pening saya.
byk cara rupanya untuk buat duit dan menjadi kaya ni.
semuanya depend on usaha dan cara.
Terima kasih kerana sudi mengajar.
Wassalam.
September 13th, 2006 at 10:58 pm
Betul jugak, kena dengan “Start Small Finish Big”. Terima kasih sebab kasi idea. Sebelum nie saya hanya nampak “Start Small Finish Big” kat satu bidang saja.
April 19th, 2007 at 10:54 am
memang benar bidang hartanah ni boleh menjadikan kita banyak duit. ada beberapa langkah bagaimana kita dapat wang dalam bidang ini dan salah satunya ialah menjadi broker jual tanah. caranya kita pergi ke kampung-kampung dan semestinya ada orang yang mahu menjual tanah dan kita tolong lah menjual tanah tersebut dan sebagai contoh saya pernah menolong menjual tanah dengan mendapat untung sebanyak 10k dalam 3 hari sahaja
May 2nd, 2007 at 7:41 pm
assalamualaikum.
saya baru terjumpa website ni hari ni. terima kasih kerana sudi berkongsi idea kepada orang-orang seperti saya yang masih tercari-cari cara bagaimana untuk meningkatkan kewangan diri.