Hartanah?
Ramai rakan-rakan seuniversiti saya yang mengetahui kewujudan SaifulSham bertanya kepada saya “Apakah tujuan link hartanah diletakkan didalam SaifulSham?”. Saya hanya tersenyum kepada mereka dan menjawab “Nanti saya explain kepada awak…..”
Masa berlalu pergi dan saya merasakan perlunya saya menjelaskan kepada pelawat SaifulSham sendiri, apakah motif saya meletakkan link hartanah dalam SaifulSham. Begini ceritanya, saya sendiri menyuruh Sabri meletakkan link tersebut kerana saya akan menceritakan sesuatu mengenainya ( walaupun sehingga hari ini ianya kosong terbiar tanpa sebarang artikel!)
Jujurnya adalah begini, saya sebenarnya secara langsung sedang terlibat dalam bidang hartanah sejak lebih setahun lepas. Saya telah menghabiskan wang simpanan saya di bank untuk melabur dalam bidang hartanah bersama-sama bapa saya. Kami satu famili bermula dari bapa,ibu, dan adik-beradik saya melabur dalam pasaran hartanah. Kami bukan menyertai mana-mana ejen tetapi kami melabur dan menguruskan sendiri pelaburan tersebut.
Saya pun masih dalam proses belajar mengenainya daripada bapa saya yang sudah berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang hartanah. Kami tidak mengikut model perniagaan hartanah seperti dalam buku Azizi Ali, tetapi kami mengikut model hartanah yang lain. Nak tahu apakah ia? Tunggu, dan itulah sebabnya saya merasakan relevannya link hartanah di SaifulSham. Ia satu bentuk pelaburan yang boleh memberikan keuntungan jangka panjang yang lumayan.
Hingga kini, pelaburan kami sudah mendapat pulangan hampir 200 peratus dalam masa 1-2 tahun. Pulangan tersebut tidak mampu diperoleh di mana-mana institusi kewangan dan pelaburan dalam tempoh tersebut.
Oleh sebab itu, saya menjangkakan dalam masa setahun dua ini, akan terdapat artikel yang ditulis saya sendiri mengenai hartanah. Hanya masa menantikannya.


February 26th, 2006 at 9:12 am
assalamualaikum..saya iging meminta pendapat dari SaifulSham..saya mempunyai tanah pusaka di Pengkalan Kubur,Kelantan.TApi tanah itu saya rasa tidah mempunyai value, dan tidak tahu bagaimana untuk uruskan tanah itu.Terda[at beberapa 3 penyewa di atas tanah itu..dan satu penyewa tidak membayar apa2..duduk free sbb arwah nenek saya tak pernah minta sewa sbb dia anak saudara nenek saya. Ayah saya pernah menyatakan untuk menjuar tanah tu, tapi saya menghalan, kerana ada cara lain untuk memajukan tanah itu.Tapi saya tak tahu bagaimana caranya, kerana ia adalah kawasan terpencil dan kawasan kampung.Disini, sy meminta jasa baik Team SaifulSham untuk memberi pendapat terhadap masalah saya ni.Terima Kasih.Wassalam.
February 24th, 2011 at 5:59 pm
emailkan saya mengenai investment tanah. dan tanah2 yg mahu dijual.saya akan cuba membatu anda dan jika ada link yg boleh join ventutre. sila maklum pd saya.tq.