Nokia Hewlett Packard Perniagaan InternetSebelum hati anda kembang kuncup dengan andaian bahawa Team SaifulSham akan mempromosi barangan HP pada harga “rock bottom” diskaun, atau menawarkan peluang pekerjaan di Hewlett Packard kepada pembaca, biar kami menafikannya. Tapi kami akan berkongsi satu tips perniagaan yang digunakan oleh konglomerat besar ini. (strategi yang dirangka oleh graduan-graduan sekolah perniagaan terkemuka dunia)

Testing & Tracking

Testing & tracking adalah teknik yang digunakan untuk melihat kebekersanan sesuatu kempen ataupun program yang dibuat. Contohnya, jika kita mengiklan di sesebuah laman web, kita perlu memberinya satu URL khas (biasanya boleh menggunakan script aff) untuk melihat samaada beriklan di laman web tersebut berkesan ataupun tidak.

Kita juga boleh melakukan “testing & tracking” untuk melihat impak warna, harga (peserta seminar RBDDI tahulah mengenai rahsia kami yang ini), headline kepada prestasi jualan sesebuah laman web.

Jadi, setelah mengetahui data-data ini, kita buang kempen-kempen yang merugikan (stop iklan di laman web yang tak berkesan) dan fokus kepada kempen-kempen pengiklanan yang menguntungkan. Dengan method ini, kita dapat memaksimumkan potensi perniagaan internet kita.

Bijak kan? ;)

Apa Kaitan Hewlett Packard Dalam Cerita Ini?

Untuk pengetahuan anda, untuk satu produk yang sama, Hewlett Packard akan memberikan dua nombor siri yang berlainan. Satu untuk “target” pelanggan biasa, dan satu lagi untuk “target” pelanggan business. Dalam hal ini, Hewlett Packard akan tahu sepenuhnya, produk tersebut laris kepada jenis pelanggan yang bagaimana dan apakah ciri-ciri yang diingini oleh kelompok pengguna ini.

Seterusnya, mereka akan membuat produk yang lebih hebat sesuai dengan ciri-ciri yang dikehendaki oleh pengguna mereka.

Contoh untuk HP IPaq 4150, ia dikeluarkan untuk pengguna biasa dan HP IPaq 4155 dikeluarkan untuk pengguna perniagaan . Ia secara asasnya adalah unit yang sama, tetapi mempunyai target market yang berbeza

Relevansi Dengan Perniagaan Internet

Kami test & track setiap aspek perniagaan internet kami. Kami tahu berapa banyak pendapatan yang datang dari Ezine Percuma kami, berapa banyak yang datang dari blog kami. Dan sudah tentu, di manakah “sweet spot” untuk beriklan di Internet. Dan inilah kekuatan, “insider secrets” atau “trade secrets” kami. Jadi, dari situlah kami dapat menumpukan untuk beriklan di tempat yang lebih berhasil.

Apa, anda nak tahu?

Mengikut kata shuth dan Siti Nurhaliza, “Biarlah Rahsia” ;)

Oopss.. Baik, baik… Jika anda nak tahu juga, ikutilah artikel-artikel di SaifulSham.com setiap hari dan daftar di ruangan SaifulSham FC di penjuru atas kanan. (bila bilangan ahli kelab SS FC lebih dari Mawi FC, kami akan buat Parti! ;) )