Inovasi Teknik Rahsia Buat Duit Dengan Ebay
Ya, artikel yang ditunggu ramai sudah siap!
Terima kasih atas kesabaran anda dan sebagai hadiahnya, saya akan berkongsi rahsia yang sangat rahsia. Rahsia yang akan saya kongsi melalui artikel kali ini seingat saya masih belum dikongsi di mana-mana lagi, termasuklah internet marketer antarabangsa. Boleh dikatakan ini adalah antara beberapa rahsia yang masih terjaga rapi oleh internet marketer seluruh dunia.
Baiklah, sebelum itu, izinkan saya berceloteh sedikit. Memandangkan Syazwan telah menyentuh sedikit mengenai brand SaifulSham, izinkan saya menambah bagaimana cara kami bekerja. Anda mungkin telah banyak kali mendengar mengenai orientasi minat dan kepakaran kami, jadi kali ini saya akan menyentuh mengenai preferences kami dan cara kami berurus niaga. Setiap kali kami berdepan perkara baru, baik berkaitan pelaburan projek baru, kekangan baru, persaingan dan sebagainya, kami selalunya berbincang dengan mendalam terlebih dahulu untuk menetapkan pendirian. Setelah berbincang dan menetapkan prinsip asas, maka semua keputusan akan datang akan diputuskan berdasarkan prinsip tersebut.
Contoh: Dalam membuat pelaburan baru, kami menetapkan “Start Small, Finish Big” . Maka sebarang pelaburan yang menggunakan modal awal yang besar akan ditolak. Atau jika pelaburan tersebut sangat berpotensi, kami akan mencari cara untuk meminimakan kos dan risikonya.
Dan bagusnya, kami jarang sependapat. Yang merupakan satu perkara yang bagus. Masing-masing membawa persepsi dan perspektif baru untuk SaifulSham.com . Percaya, atau tidak Saudagar V2 dirombak 11 kali!~ :p
Ya, begitulah komitednya kami dalam memenuhi aspirasi untuk membantu anda memulakan perniagaan internet anda sendiri. Syazwan lebih adventurous, sedangkan saya lebih konservatif. Begitu juga dalam komunikasi perniagaan. Untuk pengetahuan anda, saya lebih serius dan no-nonsense , manakala Syazwan lebih berdiplomasi.
Saya suka berterus-terang dan saya cukup benci golongan yang main-main ataupun sekadar inginkan keuntungan segera. Jika anda membaca nada-nada tegas Team SaifulSham, saya lah tu (saya boleh membebel dengan panjang lebar di sini, mengenai apa yang saya suka dan apa yang tidak, tapi mengikut kata Syazwan, jangan tekankan cerita peribadi…
)Â
Malahan, QC tidak rasmi SaifulSham.com, Mya ada berpesan “Jangan tulis garang-garang sangat, nanti orang tak nak baca”Â
Tapi apapun dan walau berbisa bagaimanapun ayat saya, saya harap anda faham satu perkara. Saya akan membantu dengan sedaya-upaya saya jika anda benar-benar serius mahu belajar, tanyalah mereka yang pernah berkomunikasi dengan saya. Saya komited dan sangat tekun berusaha supaya anda juga dapat memulakan perniagaan internet anda, jadi saya terpaksa serius, kerana bisnes bukan tempat untuk bermain-main. Â
“Saya marah sebab saya sayang kamu semua, saya nak kamu berjaya”… ayat favourite guru-guru sekolah rendah saya dahulu
oh ya, terimalah artikel terbaru saya, Teknik Rahsia Buat Duit Dengan Ebay
Â


June 3rd, 2006 at 8:47 pm
Wah…garangnya sifuku…..
. Saya betul-betul nak mulakan perniagaan internet…Help me!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
June 3rd, 2006 at 9:09 pm
Ha betul ayat tu.. aku setuju. Ni lagi satu Esok besar kamu nak jadi apa?
June 3rd, 2006 at 10:53 pm
“Ha betul ayat tu.. aku setuju. Ni lagi satu Esok besar kamu nak jadi apa?”
Nak jadi Jutawan Internet kekekek……
June 4th, 2006 at 8:19 am
Mungkin tu lah cita2 budak2 zaman sekarang. Kalau dulu, nak jadi polis, askar, doktor, cikgu, kurang juga yang nak jadi ahli perniagaan. Semuanya makan gaji.
June 4th, 2006 at 8:24 am
Kombinasi yg baik dlm team saifulsham
June 5th, 2006 at 10:07 am
jgn le gaerng sangat sifu..cian..kang ada yg merajuk nak belajor internet biz pulak…tapi garang bertempat ok….
June 5th, 2006 at 10:35 am
bukan garang, tapi nampak berlagak, karang orang meluat..
sekadar komen, okey..
June 5th, 2006 at 1:23 pm
alhafidz3d,
Thnx ur comment,
Kitorang tidak bermaksud untuk menunjuk-nunjuk tetapi kadagkala, kita harus juga menekankn ketegasan, kalau selama-lamanya kami berlembut, selama itulah juga ada yang mungkin mengambil sikap tidak endah.
Artikel jutawan pula bukan bermaksud mendewa-dewakan bapa saya. Ia sekadar pendedahan kisah benar, terpulang pada pembaca untuk diambil kisah atau tidak.
Apapun kitorang hargai komen anda.
June 5th, 2006 at 9:56 pm
isee,
cuma tak berapa faham, nak ketegasan apa tu?,
apa maksud saifulsham?
adakah saifulsham mahukan semua pembaca mengikut apa yang dikatakan oleh saifulsham?
adakah apa yang dikatakan oleh saifulsham 100% betul dan mesti diikuti?
adakah bermaksud pembaca tidak mempunyai pilihan lain? tidak ada kebebasan pendapat?
sekadar inginkan kepastian,
tq.
June 5th, 2006 at 10:21 pm
Hafiz,
Jangan salah faham.
Ketegasan di sini apabila kami menerima emel seperti ini:
“Saya berminat mengenai internet bisnes. Nak no. telefon. Tolong saya ye.”
(pendek je)
“Kami nak JV dengan saifulsham. Pihak anda email perkhidmatan kami kepada list anda dan kami akan emailkan produk saifulsham kepada 10000000 orang”
“SaifulSham banyak duit. Jomla join Swiss Cash under XXXXX. Boleh dapat balik pelaburan seminggu. Apa salahnya join SwissCash kalo btol banyak duit.”
Emel2 pendek (dan pointless) ini adalah antara contoh, emel yang tidak kami balas.
Kemudiannya kami mendapat (memang huruf besar, memang pendek):
“SAYA ADA HANTAR EMEL. KENAPA TAK BALAS?”
Jadi dalam post yang terdahulu, saya, (Sabri) ada menyebut, saya tidak suka emel2 pendek sebaris dua ini, dan saya memang tidak akan balas. Tapi bila saya baca balik, post tersebut agak bernada tegas dan kepada pembaca baru, mungkin mereka tersinggung dan tidak tahu alasan saya berbuat demikian. Kepada yang lama, mungkin mereka tersinggung emel mereka tidak dibalas. Jadi saya “cover” balik, saya kata kadang-kadang saya terpaksa tegas dalam melayan permintaan dan soalan-soalan pembaca.
Ini post yang saya maksudkan. Dan inilah ketegasan yang saya maksudkan.
http://www.saifulsham.com/index.php/archives/2006/05/20/jumpa-team-saifulsham-di-plaza-alpha-angle-esok/
Harap menjawab soalan Hafiz.
Berkenaan SaifulSham betul atau tidak, kami tidak pernah menimbulkan isu tersebut. Malaysia negara bebas. Terpulanglah kepada individu.
Kami hanya berkongsi sesuatu berdasarkan pengalaman kami tentang kejayaan dan kesilapan sesuatu teknik yang kami alami untuk membantu memendekkan “learning curve” pembaca. Namun, kami tidak rugi apa2 jika pembaca tidak mahu menerimanya. Ada banyak cara untuk pergi dari A ke B. Boleh belok2, boleh pergi straight, boleh lompat, boleh gali terowong bawah tanah, boleh jalan, boleh terbang, boleh merangkak, boleh berlari, (dan teknologi akan datang) boleh teleport, dan lain-lain teknologi yg bakal tercipta. Semuanya boleh.
Ada pepatah berkata,
“kita boleh membawa kuda ke tepi sungai, tetapi kalau kuda itu tidak mahu minum air tersebut, kita x boleh paksa” kan?
(dalam hal autosurf, skim cepat kaya dan sebagainya)
Diharapkan penjelasan ini mencukupi utk memuaskan Hafiz.
Terima kasih.
Sabri.
Â
June 5th, 2006 at 11:04 pm
Yes,
saya suka ni:
[b]Kami hanya berkongsi sesuatu berdasarkan pengalaman kami tentang kejayaan dan kesilapan sesuatu teknik yang kami alami untuk membantu memendekkan “learning curve†pembaca.[/b]
terima kasih,
June 11th, 2006 at 9:39 pm
hmmm.. small matter jer nih… cool…
March 6th, 2007 at 11:29 pm
Thanks SaifulSham Artikel Ebay nie memang
banyak manfaat utk newbie cam saya