Jadilah Penjual Yang Cerewet
Nota: Kepada pembeli buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet yang masih belum menerima buku anda, belum memaklumkan kami pembayaran telah dibuat atau tidak mendengar sebarang berita dari kami, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami.
Kepada peserta Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet, sila semak nama anda di www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm (bawah sekali),jika nama anda tidak tersenarai, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami.Â
 Kita selalu mendengar pembeli yang cerewet. Tapi pernahkah anda dengar, penjual yang cerewet?
Tuan tuan dan puan puan. Nak tahu siapa penjual yang cerewet?
- Cuba anda cari, siapakah peguam terhebat dan termahal di Malaysia. Cari beliau dan katakan anda hendak mengupah beliau (bukan understudy atau staff, beliau sendiri) mewakili anda kerana anda mempunyai satu saman trafik yang tertunggak dan perlu masuk mahkamah.
Beliau akan cadangkan anda mengambil sahaja khidmat pembantunya dengan alasan sama kualiti,pembantunya tetap merujuk kepada beliau, bayaran lebih murah, jadual beliau sudah pack, dsbnya. Tambah2 jika nama anda pendek sahaja dan tiada tambahan gelaran.
- Cuba anda ke kilang elektronik di Kulim Technology Park, beritahu mereka anda hendak mencetak Cip Elektronik sebanyak seratus papan sahaja, tetapi anda mahu segera.
Mengikut satu penceramah jemputan yang saya dengar memberitahu,”assembly line” kilang-kilang ini telah ditempah sehingga 2 tahun penuh. Dan mereka jarang mengambil tempahan dari orang perseorangan. Dalam kuantiti kecil lagi lah jauh.
- Cuba anda ke mana-mana bank, katakan anda mahu apply kad kredit yang mempunyai limit yang paling tinggi (ala2 kad Platinum camtu)
Mereka akan pelik dengan permintaan anda. Dan jika anda tidak layak, mereka dengan jujur akan mengatakan anda tidak layak.
Bahkan, pemandu teksi pun dah pandai. Cuba anda katakan kepada dia sebelum menaiki teksi, “Saya nak ke KLCC ikut jalan yang paling dekat dan tidak jam, awak kena guna meter kalau tidak saya akan report pada JPJ, awak tak boleh tipu tambang sebab saya biasa naik teksi, saya tidak akan bayar lebih dari RM2.50, saya nak tengok lesen memandu awak dulu sebelum naik, saya takut awak penjenayah yang dikendaki polis”
Kalau lah anda pemandu teksi tu, anda nak bawa pelanggan seperti ini?
Begitu juga dalam perniagaan Internet. Persuade pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan anda atau membeli produk anda, tetapi jangan sekali-kali paksa. Jika pelanggan was-was ataupun terkenal dengan sikap yang cerewet, permudahkan beliau untuk tidak membeli. Jangan sampai nanti untung sedikit, merana perniagaan anda seumur hidup.
Benar,menjadi penjual yang cerewet menguntungkan anda kerana segala sumber masa dan tenaga dapat digunakan untuk memuaskan hati dan memberikan sepenuh perhatian kepada pelanggan yang memerlukan khidmat kita. Lagi, lagi jika anda menawarkan produk berkualiti, anda over deliver, pada harga yang berpatutan. Tidak salah anda demand. Sebab, it’s a fact. Ada orang memang sukar dipuaskan. Jika kita memberikan perkhidmatan “super”, mereka akan cakap, “It’s expected, I pay you good money” tapi sekadar okay atau so-so, kecaman mereka sehingga boleh melingkupkan perniagaan.Â
Oh ya, sudahkah anda baca blog CheapestCovers mengenai karenah seorang pelanggan mereka? Contoh yang baik.*
Mujurlah, perkara seperti itu tidak pernah terjadi kepada kami. Itulah kami beringat-ingat kepada diri sendiri dan juga anda semua, jadilah penjual yang cerewet. Lagi-lagi jika produk anda berkualiti. Menolak seorang pelanggan yang cerewet tidak merugikan jika dibandingkan sepuluh yang bakal hilang setelah mendengar pelanggan tersebut memburukkan anda.
Jaga brand!
*Apapun, hormati pelanggan anda. Ingat cerewet dalam memilih pelanggan je, bukan ambil mudah. Pelanggan adalah penggerak sesuatu perniagaan, jadi tatang mereka seperti minyak yang penuh.


June 23rd, 2006 at 3:46 pm
Terima kasih kerana mention blog kami, tapi memang benar tentang apa yang diperkatakan itu (ayat skema lah plak).
Kalau jual produk pun kena pilih pelanggan, untuk yang buat servis macam kami ni lagi lah. So berhati-hatilah kepada semua peniaga di luar sana, jangan sampai usaha anda sia-sia.
Jumpa esok, guys.
June 23rd, 2006 at 5:48 pm
Yup..thanks saifulsham…maybe ade yg xtau lagi blog kami ni, boleh lawat ke http://www.road2millionaire.com
tentang komen saifulsham ni, boleh check kat title “Malay – Yay or Nay”
Sabri: Bitol, aku hijack komen ko ni ye…ngeh3..
Tapi pembaca semua, kita kena cerewet pilih pelanggan yes. Tapi, kitorang x juga condone mendedahkan hubungan penjual-pelanggan kepada umum, kecuali atas sebab2 tertentu yang dirasakan patut ya..  ;)
June 23rd, 2006 at 8:55 pm
Benar.. itu perkara dalam perniagaan.. pandai-pandailah manage dan buat keputusan
June 24th, 2006 at 5:31 am
Baru jer nak tulis pasal pelanggan yang cerewet kat blog saya, tapi saifulsham yang lebih arif dah tulis. Baguslah…
Masalah ini amat ketara dalam bisnes berbentuk servis atau perkhidmatan seperti design ecover (ehem..), web atau hosting contohnya..
Saya mendapat seorang pelanggan baru, tetapi bab teknikal tidak begitu tahu.. Bila kita terangkan, dia semakin pening… huhuhu.. Tapi nak lebih.
Saya rela ada seorang pelanggan setia daripada melanggan lima orang pelanggan yang cerewet.
PS. Najmi, awak salah eja nama URl yer –> http://www.roadtomillionaire.com/. Ngeh3…
June 24th, 2006 at 8:47 am
Tula…terpakse superhero ni dtg membantu, heheh
June 24th, 2006 at 8:32 pm
Tu la pasal.. URL blog sendiri pun silap eja.. keskeskes..
June 25th, 2006 at 6:34 am
jagan terlampau cerewet dah le
PS: admin saya selalu menghadapi masalah apabila ingin memberikan komen.
setiap kali mesti tulis 2 kali sbb soalan tambah di bawah walaupun jawab betul dikatakan salah.
September 20th, 2006 at 10:44 am
I have looked both URL mention and found different