Hai pembaca SaifulSham.com,

Ada berita baik bagi pembaca SaifulSham.com yang tinggal berhampiran UIA Gombak. Team SaifulSham telah mengusulkan supaya talk kami ini dibuka kepada orang awam terutama bagi pembaca SaifulSham yang berminat untuk menyertainya.

Selepas pihak UIA berbincang, mereka bersetuju bahawa talk selama setengah jam PERCUMA ini akan turut dibuka kepada orang awam. Ini maklumat terperinci mengenainya:

Hari : Jumaat
Jam : 8-10 malam (slot kami akan bermula jam 8.30 malam tetapi lebih baik anda datang awal kerana ditakuti ada sebarang perubahan diluar jangkaan)
Tarikh: 10 Februari 2006
Lokasi : Main Auditorium

Ini maklumat peta sedikit sebanyak yang diberikan pihak UIA kepada orang awam yang ingin ke sana pada tarikh tersebut.

Untuk ke Main Auditorium, jika anda memasuki pintu hadapan UIA, anda akan menemui bulatan, dan sila ambil ke laluan kiri (arah jam 9). Selepas itu anda akan menemui junction pertama, dan ambil laluan ke kanan. Di situlah terletaknya Main Auditorium.

Baiklah apa yang menarik yang akan kami ceritakan kepada peserta talk kami? Mengapa hanya setengah jam?

Ini jawapannya. Selama setengah jam tersebut, kami akan mendedahkan sedikit sedutan isi kandungan dari buku kami yang bakal dilancarkan, dan juga sedutan VCD tutorial yang disertakan dalam buku tersebut. Selain itu, kami akan bercerita secara ringkas mengenai peluang dan idea-idea bisnes di internet. Soal teknikal seperti membina website, menerima payment processor tidak akan diceritakan pada talk tersebut kerana masa yang diberikan tidak mencukupi.

Tetapi jangan bimbang, anda tidak akan pulang dengan tangan kosong. Selepas talk terbabit, kami akan membuka ruang bagi sesiapa berminat menyertai seminar separuh hari bersama kami di UIA yang tarikhnya akan diberitahu pada malam tersebut. Harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan iaitu harga pakej pelajar ( kami rasakan dalam lingkungan RM 50 ke bawah – hey ini amat murah jika dibandingkan dengan seminar setengah hari orang lain. Psst…kami tidak menetapkan harga tersebut, semuanya dalam bidang kuasa UIA, kami hanya memberi jangkaan, tetapi sebagai pelajar sudah tentulah mungkin di bawah RM 50, kalau tidak siapa mahu datang? ;p)

Oh ya, dalam seminar setengah hari itulah, barulah kami berkesempatan bercerita mengenai perniagaan internet secara lebih mendalam, bermula dari A to Z. Apa yang penting, kehadiran anda di UIA pada Jumaat ini adalah kerana anda berpeluang menyertai seminar setengah hari pada harga yang cukup murah. Harga ini tidak mungkin didapati jika kami membuatnya diluar IPT. Jangan risau jika anda tidak pandai membina laman web dan tidak tahu langsung mengenai internet bisnes, semuanya akan kami bongkarkan nanti.

Satu lagi pesanan kami, oleh kerana ramai pelajar UIA belum mengetahui mengenai internet bisnes, maka janganlah anda expect kami untuk bercerita perkara-perkara advanced seperti advanced internet marketing. Perkara itu boleh kami ceritakan tetapi itupun jika semua peserta kami sudah faham asasnya. Namun, anda boleh bertanya kerana kami akan membuka kesempatan untuk sesi soal jawab. Ringkasnya, talk ini amat sesuai jika anda masih belum pakar dalam perkara-perkara asas internet bisnes.

Jadi, jika berminat, jom sertai kami di UIA jumaat ini!