Jumpa Team SaifulSham di Plaza Alpha Angle Esok!
Catatan ringkas untuk hari ini:
1) Saya telah selesai menduduki peperiksaan semester, Syazwan on the way. Esok saya akan berada di Plaza Alpha Angle, Wangsa Maju jam 2-4 petang untuk pelancaran buku Bisnes terbitan PTS. Jika anda tinggal di kawasan berhampiran dan ada pertanyaan atau saja mahu berjumpa saya, jemputlah datang. Seperti yang dilakukan En Tazilan, En Azhar, Pn Suriani dan ramai lagi (maaf, tak dapat nak senaraikan semua, jangan kecil hati) yang berjumpa kami di PWTC tempoh hari.
2) Sekarang, saya akan mulakan aktiviti saya dengan membalas emel dan pertanyaan anda. Beri saya sedikit masa, 4 hari mungkin. (banyak tau!)
3) Penghantaran buku-buku tempahan yang tertunggak, akan dibuat pada Isnin ini. Jadi anda akan terima buku-buku anda minggu hadapan juga. Jangan bimbang.
4) Saya akan menulis satu artikel mengenai pemasaran internet melalui enjin carian untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan internet. Kebanyakan mereka masih kabur dan buntu dengan keajaiban search engine. Mengapa? Kenapa? Dan Mana Tahu? anda akan terjawab. Beri saya masa seminggu.
5) Saya akan merangka dan menggerakkan kembali Akademi SaifulSham.com. Kepada pembeli-pembeli buku SaifulSham, bersedia! Kami tidak lupa janji kami walaupun anda sendiri dah lupa.
Pembeli-pembeli online buku SaifulSham akan dilatih secara sistematik melalui emel dan kami akan sentiasa keep in touch dengan anda. Tapi, saya pinta satu sahaja. Baca buku kami.
Baiklah sebagai nak menunjukkan ketegasan kami supaya anda berjaya dalam perniagaan internet dan mempunyai sikap yang betul. Saya nak mengumumkan, Jika anda menghantar emel bertanyakan soalan yang sama walaupun maklumat tersebut telah ditulis didalam buku kami, kami akan terus tarik balik segala keistimewaan anda sebagai pelanggan kami. (support, khidmat nasihat dsbnya)
Jadi, make sure. Bisnes internet bukan bisnes main-main. Peluang dan ilmu di depan mata, jangan disesiakan. Lagipun kami terpaksa berbuat begini kerana mereka yang menghantar emel dan meminta bantuan semakin banyak, jadi wajarlah mereka yang serius sahaja dilayan, bukan?
Dan juga, walaupun Team SaifulSham digerakkan oleh 2 remaja yang “nampak” muda, namun kami berfungsi sebagai professional dan mempunyai sistem kerja sistematik. Maksudnya, segala sms, request utk YM, emel pertanyaan yang dihantar ke alamat emel peribadi, sukar nak dilayan. Walaupun jika anda jarang “online” dan memeriksa emel. Jika anda sendiri susah nak “online”, bagaimana nak bina perniagaan internet. Tak kena lah bukan?
Sometimes you need to be cruel to be kind.
Jadi, untuk bantuan dan sebagainya, gunakan Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami, http://support.saifulsham.com dan untuk respons segera, sila pilih department yang betul. (salah department nanti 2, 3 hari pula pending sebab kami perlu redirect ke department berkaitan)
Kepada pelanggan kami, anda juga telah dapat satu alamat emel yang direct kepada saya dan Syazwan. Jika anda tidak mahu berurusan dengan Bahagian Perkhidmatan Pelanggan kami, boleh gunakan emel tersebut.Â
Jadi, walaupun kami ni nampak mesra dan mudah didekati, tidak sebenarnya. Kami buat-buat seperti mudah didekati sahaja…
Tetapi, kebajikan anda sebagai pelanggan tetap kami utamakan. So, sila gunakan sistem sedia ada dengan sebaiknya untuk mengelakkan communication failure. Tahniah kepada mereka yang saya kira pelanggan “smart” & teladan. En Fairuz, En Abdul Qadir, Pn Suriati (emel nanti 2,3 hari saya balas ya Puan. Panjang skit nak komen) dan beberapa nama lagiÂ
Dan keduanya, saya nak share satu tips. Tips ini saya panggil Tips 7 Baris dan saya kongsi dengan orang-orang yang rapat dengan saya dan memerlukan. Kadang2 saya panggil Tips Sejengkal. Apakah tips ini?
Jika anda menghantar emel pertama kali kepada orang yang tidak mengenali anda, pastikan lebih dari 7 baris. tetapi jangan berjela2 pula.
Jadi jika anda pernah menghantar emel sebaris dua kepada kami, maaf. Kami dah setkan emel kami supaya emel2 pendek ditolak dan dipadamkan terus serta merta. Pandai-pandailah dan ambil serius etika emel dalam perniagaan internet ini.
Oh ya, berkaitan kursus online dan follow up pembeli buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” ini, 7 hari lagi.
6) Jika anda pelanggan Team SaifulSham , anda amat digalakkan keep in touch dan selalu mengunjungi portal informasi ini. Buat pengetahuan anda, SaifulSham.com sentiasa diupdate dengan maklumat baru dan perkembangan terkini kami (seperti pengumuman ini) Jadi jimat masa.
Jika anda malas membaca, (kat SaifulSham ni kan tulisan panjang2) , Maaf saya katakan, anda sukar nak berjaya di Internet. Kalau berjaya pun, sudah tentu bukan dengan kami. Kami mahu membimbing dan membantu mereka yang serius sahaja.
Oh ya, sementara sudah membuat pengumuman ini, saya juga nak beritahu, seminggu ini saya akan aktif menjalankan kerja-kerja “housekeeping” SaifulSham, tetapi selepas itu, Syazwan akan hold dan cover saya untuk seminggu dua, kerana saya akan menumpukan kepada aset-aset perniagaan Internet kami yang lain dan lain2 tugas mengemaskan sistem SaifulSham.com Networks.
Ini kerana dalam pertengahan Jun ini, Pesta Extravagansza SaifulSham.com akan bermula!
Kepada pembaca-pembaca baru SaifulSham, terutamanya yang baru, bacalah koleksi tulisan-tulisan “Best Of SaifulSham” (klik di menu bar atas), anda akan mendapati ilmu-ilmu yang tak ternilai harganya.
Sekian dari kami, saya mewakili Syazwan dan Team SaifulSham.com mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan anda semua, dan kami tidak akan mengecewakan anda.
p/s: oh ya, esok jika anda ingin mengenali Sabri, Sabri akan memakai baju rasmi “Team SaifulSham” berwarna biru. Jadi jika anda melihat ada orang memakai t-shirt SaifulSham dan di dadanya bersulam nama “Sabri” , maka itu lah orang yang anda cari.
p/p/s: Alamak! Tangan saya dh sangat gatal nak menaip artikel ni… otak saya macam dah nak mengamuk dan muntahkan idea. Ada 2 topik hangat yang saya nak kupas. Tak boleh tidur saya sebab otak tengah mencambahkan idea… isy, xleh jadi ni. Dahla seminggu tidur tak teratur. Tak apalah, saya balik dari KL, saya akan terus menulis.
Â


May 21st, 2006 at 5:27 am
wahh, saifulsham semakin ‘lantang’ yer.. Good, itu membuktikan bisnes internet bukan perkara main-main atau cuba-cuba.. Semoga yg ingin membina perniagaan internet akan berjaya walau di peringkat awal mengalami kesusahan. Belajar dari kesilapan..